Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi

Rabu, 28 Oktober 2009

Berehatlah utk Periksa...

Salam, masih memikirkan benda yg menarik...
peperiksaan semakin terasa, diselangi latihan jiwa..hu3
insya allah berada di jalan yg benar..

Jadual rasmi test dah kuar...
slip periksa jgn lupa
mohon maaf pada orang tua
ibu bapa, serta pendidik kita...

kepada yg sentiasa membaca blog tidak ternama...
mungkin lama agaknya hendak berblog semula..walapon xmenulis sepurnama..
sayang terasa di dalam dada..

ucapan sayang dan semoga berjaya kepada semua sahabat perjuang negara...
mulalah berjalan ke alam persediaan, supaya matlamat dengan insyaAllah terlunas jua...
ampun dipinta sahabat pembaca, tidak dilupa sahabat yg terasa..hu3
walau selalu tidak percaya, ada salah segeralah ampunkannya..

wasalam, kejayaan milik bersama..di dunia mahupun di akhirat...

Sabtu, 17 Oktober 2009

Ungkapan dari Sahabatmu...

hidup ini memang begitu...
namun ada sesuatu yang boleh kta ubah...percaya lah....

sejak akhir2 ne, betemu dgn teman menghadapi masalah
kesulitan mereka dalam kehidupan seharian menjadikan mereka kebingungan...

diri ini bukan bermotifkan mencari simpati mana-mana pihak..
tetapi menjadi suatu kelebihan menceritakan kepada anda sesuatu yg bermakna..
apabila masalah timbul, kita harus mengatur perancangan yg tepat mengikut waktu..
kalau lah kecemasan, kte kena bertindak secepat mungkin..cthnya dalam bertemu dgn penjenayah berpistol..kena berundur...dan pemahaman berundur itu bukan lah bermakna kalah...

sahabatku ini, menghadapi pergolakkan nafsu nafsi..perlu diingatkan...
pemahaman kta mengenai sesbuah tindakan perlu jelas...
cthnya dalam Agama Islam, niat tidak menghalalkan cara...kecuali darurat..
apabila dalam keadaan minum air arak di bar setelah diundang rakan, tidak boleh dan masih haram hukumnya walaupon niat utk menerima pelawaan.
jadi, pemahaman mengenai Tindakan itu penting kerana kita tahu setiap perkara yg salah tetap salah dan akhirnya membawa kepada kesannya.

kisah kwn ku ini pula, aku sentiasa menasihatkannya agar menjauhi perkara yg sia2 itu. Hidup ini walaupon seindah pelangi, bukanlah indah kalau ia dirobek kemasalahatan baik keluarga mahupun Agama Tercinta. Jangan pertaruhkan Iman di hati, kelak di alam lain nanti siapalah peneman kalau bukan Iman.
perkara yg salah...tetap akan sia2...seperti tupai yg melompat, tanah jua jatuhnya..


Pepatah melayu ada menyebut..harimau mati meninggalkan belang..
Jadi kalau anda mati, anda meninggalkan apa utk org di dunia? harta yg haram? nama yg cerca? peribadi yg hina?
Perubahan harapan kita semua..
dan ini belom ditimbangkan pada pandangan PENCIPTA kita, Allah SWT..
bahagialah buat mereka yg mencari ReadhaNYA. Amin

Jumaat, 16 Oktober 2009

Kereta polis terpantas


Kereta polis terpantas


DUA anggota polis Itali (memakai sut) bersama polis Switzerland (tengah) bergambar di hadapan kereta polis trafik Itali, Lamborghini Gallardo, yang merupakan kereta polis terpantas di dunia semasa berhenti di kawasan rehat Bellinzona, selatan Switzerland, baru-baru ini.

Lamborghini tersebut dipamerkan di sidang polis antarabangsa di Belanda. - AP

Khamis, 15 Oktober 2009

SELAMAT MENDUGA PEPERIKSAAN!!




Exam bakal menjelang x lama lagi, apa lagi, sediakan teman dugaan iaitu Doa orang tersayang, Kesihatan, Ilmu, Masa, Solat, Tawakal, Sahabat Yang Baik dan JAUHKANLAH musuhku iaitu Malas dan Syaitan. Moga2 dengan kudrat yg ku kerahkan mampu membina kekuatan untukku bertahan. Selang 2 minggu kemudian ia akan berakhir jua. Harapan kedua2 orang ibubapa, sahabat handai dan para pendidikku mendorongku meneruskan perjuangan ini dan bukan utk ku bangga2kan. Ya Allah, gagahilah langkah ini dengan RahmatMU. Sungguhpun ku berusaha sedaya upaya, namun tanpa keizinanMu masakan ku yg kerdil ini akan berjaya. Ya Allah ampunkan dosaku ini, dan berkatilah usahaku dengan kejayaan dariMu. Salam junjungan buat kekasihMu, Nabi yang ku cintai dan rasulMu yang amat ku rindui, Nabi Muhammad SAW, Bahagia buatmu dan keluarga. Wasalam

p/s tq laman web iluvislam....byk artikel2 menarik dan penambah ilmu di dada. Teruskan Usaha!!

Isnin, 12 Oktober 2009

Final Exam; Master your knowledge.


Ingat
Xda rahsia utk berjaya...
Semua rahsia telah terbongkar...

Usaha Pasti Jaya
Usaha+Doa=Kejayaan
Fikirkan Boleh!!
KeTenangAn

InsyaAllah. Allah Maha Mengetahui yang Terbaik Buat Kita

Ahad, 11 Oktober 2009

Perancangan?

Serabut...tercari2 ruangan dan masa yg sesuai menulis blog...
sejak akhir2 ne, semakin hendak final exam, byk pulak rancangan org utk kte...
yang masalahnyer xda perancangan...
terbaru pidato keselamatan di redency hotel UNITEN....tanpa perancangan dan masih x sangka, tersasar ke arena Pidato...hu3
tp x mengapa setelah dipujuk oleh rakan2 seperjuangan, akhirnya pergi jua kat sana... mencari pengalaman dan cuba meneroka kemahiran lebih byk, maklumlah, ilmu..hu3
terjumpa pulak kengkawan dari UUM, dari UPSI, dari Politeknik KULIM, UNISEL, UNIMAS, UPNM...dan ramai lagi, tetiba seronok pulak... terima kasih buat penganjur UPNM kali ne...sangat prestige dari perkhidmatan dan kemudahan...tahniah kepada finalis2, Selamat berjuang utk rakan2 finalis. Tq buat Ammar UUM menemani sepanjang derita penungguan..hu3..pengalaman berharga dlm membuat text tidak berkertas dan menikmati keseronokkan meluangkan masa bersama teman2.

p/s kak bib masuk final pidato, satu2nya bunga..hu3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Berhentilah seketika bagi membiarkan kita menikmati saat-saat yang kita hadapi.