Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi

Khamis, 29 Ogos 2013

Kehidupan Debat Siri Ketiga

Pesaraan dunia debat adalah satu kerinduan tetapi adat kehidupan, kelatnya ditelan juga. Tahun 2013 menyaksikan pesaraan Chuan, aku dan Abg Hakim daripada dunia debat khususnya pertandingan debat lantas arena ini akan diisi oleh semangat-semangat baru, junior-junior ku. Selepas pesaraan akan kurang lah waktu "mendampingi" latihan-latihan debat dan adik-adik junior, ku doakan mereka berjaya dan semoga asas yang mereka pelajari akan dipraktikkan selalu.

Tahun ini juga adalah pesaraan Miss Ng selaku penasihat debat UTHM, setelah beliau bersama kami meniti perjalanan debat dari senior-senior ku sehingga lah detik Debat Perpaduan ku. Dia umpama ibu kepada pendebat-pendebat UTHM. Meskipun dilanda "gosip hangat" tetapi tiada siapa boleh menafikan sumbangannya meningkatkan efisiensi pengurusan debat kami sehingga diangkat di Universiti.
Abg Taslim
 Tidak dilupa teman rapat pendebat, Abg Taslim yang sentiasa senyum sudi membantu. Beliau Abang kepada pendebat2 semua, diuruskan perjalanan kami umpama adik-beradiknya. Seakan dia sudah mampu menjaga ragam kami pendebat yang selalu lalai dari segi pengurusan.. maafkan menyusahkan Abg Taslim :P.. Begitu juga dengan Kak syikin, Wak Khoiri, Pak Cik Jumatli, Encik Kamarul yang berkelapangan membantu kerancakkan debat UTHM.

Penghargaan juga kepada Naib Canselor, Prof Noh Dalimin beserta TNC HEP Prof Amir ^^ yang sering menitik beratkan pendebat-pendebat UTHM sedang kami minoriti tetapi usaha kami tetap mereka pandang.


Kesengsaraan serta kegembiraan kami juga turut dikongsi bersama teman-teman debat rapat bermottokan " berat sama dipikul, ringan sama dijinjing". Kehadiran mereka menyebabkan kehidupan minoriti debat tidak seperti terpinggir oleh masyarakat.... Mereka lah yang menyahut debat takkala yang lain diam tanda protes. ^^








 Hampir setiap generasi juga mereka memerah keringat khususnya dalam Debat Inter-Universiti yang diadakan setiap tahun bermula dari zaman Kak Yong sehingga yang terbaru. Maksudnya, setiap generasi akan mereka kenali bersama-sama. Idea dan perkongsian mata kalayak mereka hadiahkan buat diri kami pendebat  dan mereka lah juga tempat meluah perasaan takkala menghadapai liku-liku perdebatan. Mereka tidak kekok membantu, mereka kadang kala bertugas "multi purpose" Yang Dipertua, penjaga masa, juri, meskipun mereka sibuk dengan urusan masing-masing dan tidak mendapat bayaran. Teman sebegini lah yang diingini oleh setiap kelab, sentiasa menyokong usaha-usaha yang dilaksanakan dan membuat akhtiviti-aktiviti debat memang memenatkan menjadi ringan. 

Teringat aku petikan kata yang cukup aneh, ada sebilangan  menyamakan pertandingan debat ini sama seperti sukan..haha..yang akhirnya mereka beranggapan disebabkan jumlah kami yang sedikit tidak layak mendapat ganjaran. Hal ini tidak tepat, sukan tidak sama seperti debat; sukan yang strateginya dirangka oleh jurulatih dan pemainnya hanya fokus kepada suatu bahagian tertentu tetapi debat ini lebih kepada strategi pemikiran pendebat itu sendiri dalam memahamkan masyarakat dan jurulatih berfungsi meningatkan sahaja. Lihat, ini lah yang terjadi andai Pendebat mengasingkan diri dari kelompok pengurusan dan penyokong.

Sedikit pengalaman ku bersama junior2 yang agak berbeza semangat mereka takkala mereka bangun awal apabila dikejutkan.. ia sebenarnya jarang dilakukan pada zaman kami..bunyi mcm tua sgt dah huhu..
Namun disebabkan semangat mereka mempelajari dan disiplin, usaha mereka diperlihatkan Ilahi dengan pada usia muda berada di separuh akhir, ia jarang sekali terjadi sewaktu kami bergelar junior dahulu. dan pekara yang sangat melucukan apabila teringat peristiwa ketika berjalan2 ke dewan roll-call kelihatan seekor anjing lalu, "mengejutkan" kerana anjing yang tidak berbunyi dan mengejar telah menakutkan junior2 ku lari jauh sekali ke belakang haha. sungguh bebaloi mengingatinya... haha

Dengan ada ikatan yang kukuh lah menyebabkan debat tidak akan jatuh kerana kita akan sentiasa ada mereka menjadi penasihat dan penyokong. Mereka adalah sahabat yang setia. Kita lalai, akan ditegur supaya bangun. Andai lemah, mereka mendukung. Sungguh benarlah bidalan lama "Kawan ketika senang banyak sekali, Kawan ketika menangis tiada galang gantinya". Jadi hargai lah sesiapa yang sentiasa menyokong pembangunan debat kerana bukan semua faham erti kesukaran debat ini.

Penutupan Siri Kehidupan debat ini aku sebenarnya mempecayai junior-junior ku empunya masa depan yang cemerlang serta kami telah memberikan "pembaris serta peralatan lukisan" kepada mereka umpama asas kepada keadaan lukisan masa depan mereka sendiri cuma mereka harus melukis apa yang mereka ingini bersama asas yang telah kami didik In sha allah menyebabkan mereka tidak cacat piawainya. Semoga berjaya Juniorku dalam meneruskan kejayaan Debat UTHM!!



Sabtu, 24 Ogos 2013

Mesir + Sentiasa mengingati mati

pernahkan kita diperdengarkan 
"Jangan merampas kegembiraan yang lain hanya kerana anda tidak gembira"

ada beberapa tafsiran yang cukup berbeza boleh ditafsirkan dalam pekara tersebut tetapi kebanyakkannya menjurus kepada "jangan menulis sesuatu yang tidak mengembirakan untuk dikongsikan". Ia sebenarnya pelik, kita digalakkan untuk menulis sesuatu yang mengembirakan berbanding pekara yang menyedihkan.
Persoalannya, bagaimanakah dengan mati? Sudah pasti ia sesuatu yang tidak menyenangkan untuk diperdengarkan, menyebabkan ramai daripada masyarakat bertindak menutup mata. Sebenarnya falsafah "Jangan merampas kegembiraan yang lain hanya kerana anda tidak gembira" bukan melarang kita berkongsi kesedihan kita kerana dalam proses terapi pun kita perlu meluahkan kepayahan untuk mencari solusi. dan pekara mengingati mati ini adalah bertepatan dengan hadis nabi;


Sesi Terapi Kaunseling
Ibnu Majah telah meriwayatkan sebuah hadith daripada Ibnu Umar katanya;“Ketika aku duduk bersama dengan Rasul Allah s.a.w. lalu datang seorang lelaki dari kalangan al-ansar memberi salam kepada Nabi s.a.w., dan terus bertanya baginda: Siapakah orang mukmin yang afdzal. Jawab baginda: Orang yang lebih baik akhlaknya”. Lelaki tersebut terus mengemukakan soalan; siapakah orang mukmin yang  sempurna akalnya. Jawab Baginda:“اكثروا للموت ذكرا وأحسنهم لما بعده استعدادا أولئك الأكياس”Erinya: “Mereka yang paling banyak mengingati mati dan paling baik amalannya untuk persiapan selepas mati, itulah mereka yang paling  sempurna akalnya”.

Berbalik kepada Mesir, ramai daripada kita suka membisu dalam menyatakan pendirian kita terhadap pekara tersebut. Kerana ia menyedihkan? mungkin kita tidak mengalaminya sehingga kita tidak perlu menyatakannya, tetapi krisis di Mesir ini cukup berbeza, mereka tidak mendapat pembelaan. Bayangkan anda suatu masa nanti mengalami nasib yang sama, tidakkah anda berasa terbela apabila ada pihak di luar sana sudi menyuarakan pekara seperti yang anda alami?
Mesir. sunggguh detik ketika gambar ini ditangkap, sejujurnya remaja ini mengadu nasibnya pada Ilahi... detik ini, segala kezaliman hanya bisa bederai menjadi air mata... Allah Maha Mendengar adik. Kezaliman akan dihukum jua, mungkin tidak di dunia, tetapi kekal di Akhirat. Sabar. 




Apa yang boleh diperolehi andai kita berkongsi pekara yang tidak mengembirakan anda? Anda boleh memujuk hati-hati mereka yang keras menerima nasihat. Anda akan berhati-hati dalam melakukan tindakan.
Yang paling penting, Kita tidak LALAI kerana kita sentiasa mengingati diri sendiri akan kesedihan. Dengan daya kita yang berteknologi ini, kita sebarkanlah kekejamanan rejim Basyar dan junta tentera Mesir. Semoga masyarakt dunia mendengar suara kita dan bersatu membantahnya.




Malah, apabila kita berbicara hak yang tidak terbela, ia bukan tentang kesenangan kita tetapi kewajiban kita selaku manusia juga.

p/s Doakan keselamatan dan perlindungan buat insan yang tidak bersalah. Moga Malaysia dijaukan dari musibah.Sedih melihat adik2 kecil mati di Mesir dan Syria 

Selasa, 20 Ogos 2013

Rakan-rakan "Foreigner"

Aku cukup tertarik satu kisah rakan foreigner ini.
Namun, biarkan kisah itu kemudian kerana persepsi saya mengenai mereka juga pada awalnya cukup berbeza.


Teringat pepatah lama, kawan biar seribu, musuh jangan sekali.
Aku cuba mengenali mereka dalam situasi, label terhadap mereka cukup negative oleh masyarakat. Mungkin stigma masyarakat ini hadir disebabkan kes penculikan atau jenayah yang dilakukan segelintir mereka tetapi bagiku faktor mengapa aku menjarak kan diri pada awalnya adalah disebabkan sikap mereka yang tidak berdisplin... Jadi aku terfikir menemu-bual mereka dalam mendengar pandangan mereka sendiri.
** sudah di tafsir dalam Bahasa


"mengapa anda rasa pelajar malaysia tidak berkawan rapat dengan anda?" aku
"sebab kami dituduh melakukan kejahatan" dia

Pandangannya ini diceritakan yang mana dia merasakan masyarakat Malaysia gemar "sekali kauk" sikap mereka dengan foreigner yang lain-lain sedang kedatangan mereka hanya selaku pelajar. Dia merasakan ada sesetengah masyarakt dididik untuk melarikan diri dari mereka sedang baginya, ada sahaja masyarkat Malaysia yang melakukan jenayah dan mereka yang melakukan jenayah kadang kala bukannya dari negara yang sama tetapi masyarakat tetap melabel mereka pada tara yang sama.
Aku mula meluahkan kata yang dulunya sewaktu sedang belajar ramai daripada foreigner suka meniru, suka datang lewat dan tidak hormat pensyarah. pandangan aku mengenai mereka ini cukup berbisa kerana aku sudah cuba menerima mereka pada awalnya tetapi mereka tetap menghancurkan kepecayaan sepasukan dengan mereka. Bukan aku sahaja berkata begitu, malah pensyarah-pensyarah ku dan kawan-kawan ku. Pernah kisah kawan ku pengalaman bersama foreigner yang memasak dalam bilik yang tertutup penuh dengan pelajar lain. Kisah pensyarah ku pula berkaitan kebolehan pelajar foreigner yang sanggup ponteng Ujian dengan Surat MC palsu.
 Dia terdiam seketika.. mungkin padanya pekara tersebut adalah benar..Namun, dia cuba memahamiku bahawa dia juga mempunyai masalah yang sama terhadap foreigner yang lain bukan sekadar aku sahaja merasainya dan dia juga mengatakan ramai juga daripada rakannya yang Bukan-Foreigner suka meniru dan masih dia tidak melabel semua rakyat Malaysia ini suka meniru. Aku pun terdiam, ada benar katanya itu tetapi bezanya, dia adalah "Duta" kepada negaranya dalam mempamerkan tatacara hidup mereka di sana kerana kita Tidak pernah ke sana; pekara ini lah yang membuatkan aku sedikit terkilan dengan duta-duta kecil ini yang akhirnya pelajar Malaysia kurang mengemari berkawan dengan mereka.
Setelah berbual-bual aku pun tergelak takkala dia bercerita pengalaman hidupnya suatu hari sesat jalan di bumi Malaysia dan cuba bertanya arah di sebuah kedai tetapi sewaktu mendatangi kedai tersebut, penjaga kedai tersebut menguncikan dirinya dalam kedainya sampil melambai-lambai tangannya tanda tidak mahu... yerla mereka ini foreigner saiz nya agak besar dan siapa yang tidak kenal, pasti gentar juga..huhu

Ini adalah kisah kebanyakkan sahaja dalam kalangan foreigner yang kebanyakkan bermasalah tetapi ada foreigner yang lebih baik sikapnya contohnya kawan ku ini yang suka mempelajari Bahasa Malaysia, ada juga yang suka belanja kita makan..iftar ku hari itu ditaja...huhu.
Sungguh bagi ku sebenarnya mereka sama sahaja seperti rakyat Malaysia yang lain, berbeza-beza ragam tetapi ada baiknya berhati-hati  berkawan tidak kira lah foreigner atau tidak. Mungkin kerana prinsip orang seperti ku, sekali kecewa, mustahil kembali seperti sedia kala menyebabkan aku tetap sukar menerima kebanyakkan daripada mereka bersama sepasukan dengan ku tetapi aku tidak menafikan ada beberapa yang benar-benar layak digelar "Duta Luar Negara".

Rabu, 14 Ogos 2013

Jelajah Raya

Singkat raya kali ini dengan 4 hari sahaja...

Bunga Api Pasar Karat
Hari Ramadhan terakhir pada 1434 H tahun ini, merungkai malam kelam kepada percikan bunga api, kehadiran ke Pasar Karat Johor Baharu bersama Quin, Janifal dan Abg Hakim sedikit sebanyak menceriakan hati yang lewat pulang beraya ke Sarawak. Di Pasar ini, petunjukkan bunga api berlaga antara para peniga untuk menarik perhatian ramai, sedikit bingit telinga tetapi harap mereka berhati2 memandangkan raya hampir tiba. Tidak ingin, raya disambut di katil hospital pula.
Pasar Karat Terang Benderang
Begitu juga lah masyarakat Hindu menyambut "Walking Fire" di Kuil berhampiran Pasar Karat Johor Baharu bersama dendangan muziknya. Kemeriahan kongsi raya di raikan mereka dan kelihatan warna-warni baju raya berbeza antara penganut Islam dan Hindu di situ.

Satu Syawal aku menghabiskan masa menunggu dan mendarat di Lapangan Terbang, 3 Lapangan menjadi jejak kali ini, bermula Senai airport ke LCCT dan terakhir Lapangan Terbang Bintulu. Setibanya di rumahku di Jepak, rindu terubah melihat wajah ahli keluarga ^^ aku bersyukur dapat beraya bersama meskipun dua adik beradik ku tidak dapat hadir pada tahun ini. Medalam rasa Alhamdulillah dapat tidur di katil selesa dan ragamku yang boleh diterima, kan
sukar mencipta "kimia" bersama keluarga tercinta. Raya Kedua aku habiskan bersantai di rumah dalam proses Diziarahi saudara-mara. Kedatangan saudara-mara dihidangkan dengan kek lapis sarawak yang sudah menjadi tradisi makanan raya masyarakat sarawak. Makan bersama saudara-mara mengundang rasa kasih kepada mereka semua yang sudi datang memeriahkan suasana. Kaum keluarga yang lama tidak berjumpa, banyak lah bertukar cerita, memohon maaf kadang-kala terluka. Tidak sukar sebenarnya berjabat mesra yang kita ini tidak pernah lari dari sengketa almaklumalah sedang lidah lagi tergigit, ini pula saudara-mara.

Raya ketiga aku penuhi dengan ziarah bersama rakan-rakan ku di Tatau. Tahun ini paling ramai rakan-rakan yang bersama beraya sekali. Ini juga meliputi kami yang berkawan bermula dari sekolah lagi, seumpama reunion. Kadang-kala bagai tersentak takkala terfikir masa yang berlalu begitu lama, ada yang bujang sudah berdua, ada yang belajar kini bekerja, ada yang kurus sudah berisi. huhu..
Program Beraya bermula di rumah sepupuku juga best friend diikuti rumah faty, rumah ela, rumah amin, rumah e'a, rumah halif, rumah anis, rumah nurul, rumah dedek dan rumah kinah.Hari raya juga masa kami selalu berbual panjang kerana setiap mereka empunya waktu terluang yang yang tidak kena sehingga menyukarkan masa berbual. Sudah pasti Banyak kenangaan kami terubat apabila bersua, seronok menyaksikan mereka bahagia dengan hidup masing2. Minta maaf la kepada saudara mara serta rakan-rakan yang saya tidak berkesempatan beraya pada tahun ini, In shaa Allah tahun depan k . keesokkanya aku pulang semula ke Johor Baharu.

Jelajah Raya Cepat tapi Padat
Selamat Hari Raya Semua ^^ Maaf Zahir dan Batin

Ahad, 4 Ogos 2013

Kehidupan Debat Siri 2

Semejak bermula aku dalam debat ini,
aku mengikut jejak seniorku... tiga tapak generasi dikenangiku kerana mereka merupakan wajah debat yang aku lihat.

Generasi yang memulakan langkah sukar dalam debat adalah semestinya perintis debat UTHM..
bayangkan mereka dari golongan kejuruteraan hendak diadun menjadi pendebat yang memerlukan buah bicara untuk diperkatakan dan semestinya generasi ini lah nama-nama yang dikenangi ketokohannya, Dr. Afendi, Abg Zul, Kak Zuren...meluangkan masa, melempias kenangan debat dengan mencemar duli dalam pencarian bintang debat UTHM seboleh-boleh mereka.. sehinggalah generasi yang giat mencari peserta,

Kak Yong dan Kak Fatin...
Sungguh mereka golongan yang mesra tetapi berbisa


teringat kisah gelagat mereka bersama menaiki scooter merah yang selalu meyumbangkan jasa, ke hulu hilir mencari peserta, nasib scooter tu gagah membawa. Perjalanan mereka menganjur acara, kem sampai ke telinga kami juga, mereka membuat kem team-building yang penuh meriahnya. Jurutera yang bersemangat debat ^^ Kak Yong seperti biasa "masterchef" suka menghidangkan santapan diraja, kek coklat dan muffin kepada junior2.  Kak Fatin pula memang kaya falsafah hidup debatnya, "kita lawan jer!!" terngiang2 di telinga..meskipun dia sibuk membaca nota kuliahnya semasa junior sedang pertandingan debat, tangannya tetap menepuk meja, tanda sokongan buat kami semua. walau hakikatnya kami akan KALAH, tetapi dia bersungguh2 mengatakan tidak... haha..dan kami juga termotivasi . Sungguh aku berasa welcoming dalam keluarga debat ini. 
Generasi Kedua agak "gila-gila", bukan kurang cerdas akalnya... tetapi mereka sanggup mencari ilmu debat di hutan belantara. Kegilaan Abg Hakim dalam debat ini cukup hebat, ingatkah kisah aku berjalan kaki 20 minit ke UTHM untuk latihan, kisah ini adalah bersamanya dan dia ialah pembidas UTHM yang disegani. Bidasannya yang paling aku ingat;
"kalau perpaduan MUDAH dicapai dengan berlepas ke angkasa.  Jom kita semua naik roket ramai-ramai pergi ke angkasa" huhu... bidasannya mudah tetapi tepat.

Jane pulak pencipta slogan debat "Cakna ilmu dengan Meneroka Ilmu", jadi junior2nya akan diajar mencari maklumat sebelum berbicara andai tidak keSENTAPan lah alamatnya...huhu.. Chuan pula, mengajarku untuk meberi reponse persekitaran, pernah aku menggunakan pekataan "comel" dalam setiap pusingan kerana itu sahaja respone yang aku tahu pada ketika itu gara-gara ingin mengaplikasikan didikannya. Kegilaan generasi ini juga mewujudkan keriangan dalam keseriusan perdebatan dengan Umol, Kak Mira, Kak Beri, Azlan dan Abg Din. Teringat lagi kelas TEATER yang diadakan oleh Umol untuk membina karekter dalam perdebatan, sukar juga sehingga terpaksa belajar dengan Sang Dewi... dan sungguh kadang-kala memang lah ada pertengkaran dalam kalangan mereka semua tetapi adat adik-beradik, pasti tercantum semula. Mereka tidak akan pergi membawa diri kerana mereka profesional ketika berdebat dan debat adalah sebahagian hidup mereka. Setelah mereka hampir ke hujung karier debat setelah menghabiskan masa yang cukup lama, akhirnya rezeki tuhan tidak kemana, berbaloi lah dengan usaha mereka.Ada yang mendapat Johan, Naib johan, master, phD tetapi yang pasti mereka sentiasa bersama mengetahui perkembangan debat.

Generasi ketiga termasuk lah diriku, perjalanan ku bersama Datin Fazrina dan Datuk Azri memanglah sentiasa diingatanku... Aku pernah membuat onar, gara2 tertukar blazel, aku sampai mencari blazaelku sewaktu sedang berdebat kerana blazel aku hilang fokus...(waktu muda kaget la).. nasib lah mereka berdua cukup sempoi. Kami pernah bersama dalam misi kritikal membawa piala kejohanan semula ke UTHM menjadi johan Debat dalam Universiti yang akhirnya merangkul Johan.
Memandangkan kami ketiga-tiganya bersuara merdu... hahaha... maka apabila kami bersama junior, meskipun kami ini tidak dapat mengajar mereka sebaiknya, kami akan meluangkan masa dengan sesi karoke bersama. FYI, karoke memperjelaskan suara! tett. Mungkin diakhir karier kami tidak diletakkan sepasukan tetapi kami sentiasa menyokong usaha masing2. Berkat dorongan mereka juga lah aku berani menyahut debat perpaduan 2013 sebagai langkah terakhir kali debat untuk ku takkala aku sudah tekad menamatkannya. Syukur niat yang baik, ia merupakan "langkah kanan" dan Allah permudahkan jua. Terima kasih kepada keluarga debat yang menyokong dan tidak lupa mendoakan kejayaan tersebut. Terima kasih atas tunjuk ajar kalian semua. Kadang kala satu sebagai satu keluarga tidak perlu pun untuk berada dalam "pasukan utama" yang sama untuk menyerlah cukup sekadar saling memahami kesensitifan atau tetatertib perjuangan masing2, sebab itu kami bertiga serasi bersama. Harap junior2 ku boleh mempelajarinya.^^
Begitulah bahang debat secara ringkas aku dapat, ada lumpur tetapi cukup ku rasai kasih manis mereka bersama. Apalah guna sebuah gergasi andai ia tidak bernyawa? penuh kerumitan hanya membinasa.

Apakah junior-junior ku punya kisah yang sama?.. bersambung In Sha Allah

Jumaat, 2 Ogos 2013

Ramadhan Rempit

Tinggal beberapa hari lagi kita bakal meninggalkan bulan Ramadhan ini,
Mungkinkah bingit Rempit bertukar letusan mercun?

Aksi Rempit

Hampir setiap malam Ramadhan di Jalan Parit Raja-Batu Pahat ini akan nyaring bukan oleh suara tahfiz tetapi motosikal yang berulang-alik mencari hala tuju. Kalau ia motosikal yang berbunyi merdu bak suara ngajian tilawah al-quran atau Dato Siti tidak mengapa lah, , ini tidak, bunyi yang memekakan telinga pada TENGAH MALAM sedang orang sekeliling hendak beribadah dan tidur bagi bangun awal keesokkannya.

Aksi Supermen Rempit
Entah apa juga yang dikejar mereka ini, ingatkan dikejar polis trafik tetapi tiada juga bunyi siren polis yang menyebabkan mereka rempit ke hulu hilir jalan. Terfikir juga, adakah penduduk di sini sudah lali dengan karenah anak-anak muda yang lewat balik dan membuat bising di jalan raya?



Lepak. Lumba

Elak Kemalangan Maut
Belasan tahun meluru laju di jalan raya, saya tidak tahu sama ada saja menguji pandu motosikal masing-masing atau menempah maut. Tahukah anda, Jalan raya Parit Raja-Batu Pahat pernah "diangkat" menjadi no 1 untuk kawasan kemalangan jalan raya di Malaysia ini. Lebih merisaukan, kebanyakan muda-mudi "panas kepala" , tidak menggunakan helmet sewaktu merempit dan pada masa yang sama melakukan aksi-aksi hot seperti "supermen ke sisi tuhan".
Data kajian Forum Pengangkutan Antarabangsa Paris, ketika 30 negara menunjukkan penurunan kadar kematian jalan raya dari tahun 2000 hingga 2009, hanya tiga negara merekodkan peningkatan. Malaysia  bersama Argentina dan Kemboja dengan Malaysia berada di kedudukan paling atas dengan kadar kematian tertinggi iaitu seorang bagi 100,000 penduduk. Kadar kematian akibat kemalangan di Malaysia adalah 6.3 kali lebih tinggi berbanding dengan United Kingdom (UK), Sweden dan Belanda. Ini bermakna bahawa 6.3 kematian di Malaysia bagi setiap satu nyawa penduduk UK pada tahun 2009.
Kita bukan membantah daya kreativiti muda tetapi tidak mahu semangat ini disalah guna dan mengakibatkan kehilangan aset kepada negara. Barangkali tidak menyedari, perbuatan merempit ini juga boleh membawa kematian kepada insan yang tidak berdosa seperti orang yang baru pulang dari tarawikh atau kerja OT di kilang berdekatan. Kalau anda benar-benar berminat berlumba motosikal, jadilah seperti Zulfahmi Khairuddin, pemandu motosikal kelahiran Malaysia peringkat dunia dan cuba lah cari litar yang berdekatan contohnya Litar Pasir Gudang. Anda juga boleh layari laman sesawang di bawah untuk memperkembangkan minat anda :
http://www.johorcircuit.com.my/
http://www.motogp.com

atau anda suka beramai-ramai bermotosikal, ikutilah Kembara Mahkota .

Jiwa muda suka kelajuan tetapi jalan raya bukan medan perlumbaan. Jalan raya menghubungkan penempatan, boleh juga memutuskan hubungan antara hidup serta kematian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Berhentilah seketika bagi membiarkan kita menikmati saat-saat yang kita hadapi.