Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi

Khamis, 22 April 2010

Bahasa mengambarkan ANDA

Bahasa mengambarkan budaya. Sesetengah insan yang lemah, tidak akan mengakui pepatah tersebut kerana ia jelas tergambar pada diri mereka. Jika mereka mengakui pepatah tersebut mereka seolah-olah memakan diri sendiri dek kerana ia suatu kebenaran. Kepura-puraan kita dalam membina ayat untuk menagih perhatian masyarakat suatu yang juga jelas digamabarkan melalui perkataan. Manusia untuk menarik perhatian akan menggunakan perkataan seperti "ada aku kesah" yang sebenarnya mereka sangat mengambil berat mengenai perkara tersebut, cuma mereka menyembunyikannya dengan perkataan yang bertentangan. Jadi, kalau anda menjumpai manusia yang berbahasa seolah-olah mereka tidak kisah...mereka sangat mengambil berat mengenai perkara tersebut, masakan mereka memberitahu anda kalau mereka tidak kisah... Bahasa mengambarkan budaya, dari segi penerangan kita boleh mengambarkkan keikhlasan hanya untuk first impression apabila ayat yang digunakan oleh orang tersebut cukup senang untuk difahami.. Jadi, apabila anda mendengar manusia yang bercakap dengan tidak jelas atau kabur, mereka sebenarnya tidak mengetahui apa yang mereka sebutkan, lebih dikenali sebagai "mencuit sahaja"...sedikti sebanyak, sekarang anda akan mengenali manusia lain dan jangan tertipu dengan perkataan manis kerana perkataan manis mengambarkan kekurangan. fikir-fikirkan..

Jumaat, 16 April 2010

Karyawan di Malaysia

Menurut salah seorang editor Utusan Malaysia yang merupakan penilai untuk penulis baru dalam negara kita. Para penulis di Malaysia terlalu berahi untuk penulisan mereka dipampang atau disiarkan di media cetak dan media eletronik. Malangnya, hanya karya-karya yang bermutu dipilih untuk tujuan tersebut. Secara ringkasnya, adakah penulis-penulis di Malaysia ini tidak layak? Kesimpulan yang dibuat berdasarkan Sesi Dialog antara mahasiswa/i dengan editor tersebut ialah penulis-penulis muda lebih gemar melambakkan karya mereka tanpa menilai kepada aspek kualiti penulisan. Kualiti ini memperlihatkan pengolahan ayat yang jelas, tidak terlalu ber'BAHASA' seperti penggunaan Bahasa Arab, melangkaui fakta iaitu emosi. Perkara yang diperkatakan oleh beliau ini bukanlah suatu Propaganda untuk menarik bakat muda jauh mencaci serta melemahkan para penulis di Malaysia. Ilmu yang mereka ingin kongsikan menjadikan sebuah karya yang tidak bernyawa atau biasa untuk diperbaiki. Mutu tulisan yang baik sebenarnaya boleh memberikan motivasi dan falsafah kehidupan yang menyentuh sanubari manusia lain. Di antara karya yang mempunyai mutu adalah seperti Karya Khusyri Yusof ,Salju Jabal Musa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Berhentilah seketika bagi membiarkan kita menikmati saat-saat yang kita hadapi.