Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi

Sabtu, 26 Disember 2009

Azam Tahun 2009& Hari Jadi ku!



Insya Allah,
Setiap tahun, setiap insan sepatutnya mempunyai azam baru,
meninginkan perubahan demi memperbaiki diri,
azam manusia selalunya berat, kalau tidak tersangkut ke bulan, tersasar di bintang tidak mengapa.
Pastinya, azam kali ini akan diusahakan sedayanya untuk mengecapinya...
Keazaman untuk melalui segala rintangan yang bakal menjadi sejarah dalam hidup ku..
meneruskan perjuangan di universiti bagi memperoleh kecemerlanagan..
menentukan kepentingan beberapa perkara yang ku abaikan..
keinginan untuk belajar memanipulasikan masa dan kewangan..
berkongsi pengalaman di dada buat teman-teman yang tercinta..
mengurangkan kelemahan-kelemahan jiwa..
meluahkan perasaan yang sudah lama terpendam..
memikul tanggungjawabku dengan cermat..
memastikan kerja didahulukan dan siap dilaksanakan..

seperti biasa, azam kita akan menjadi prinsip hidup untuk tahun ini...
doaku kepada Yang Maha Esa, agar berjaya..dorongan dan sokongan keluarga dan saudara-masa..INsyaAllah

Jumaat, 18 Disember 2009

Buat Pasukan Bola Sepak Malaysia:TAHNIAH!!


Tahniah diucapakan kepada Pemain Bola Sepak Negara...anda telah berusaha keras dgn kritikan org2 luar mahu pun dalam negara sendiri. Anda layak bergelar Juara!!!!
*p/s gambar ne bersumberkan akhbar Utusan Malaysia 18/12/09

Khamis, 17 Disember 2009

Kegagalan Copenhagen Bukan Pilihan


Sebuah persidangan diadakan di denmark sebagai langkah kedua dunia mengatasi masalah perubahan iklim dunia selepas Protokol Kyoto. Secara jelas, beberapa negara mengambil mudah Persidangan Copenhagen ini seperti negara Amerika syarikat yang berdalih menyeratakan cara menangani masalah iklim berdasarkan pembangunan di sesebuah negara. AS lebih merasakan negara China yang sekarang merupakan negara yg menguasai industri dunia perlu mengambil langkah yang lebih drastik daripada AS. Namun, Kegagalan dalam persidangan ini bukan pilihan. Masalah dunia semakin tenat, dari kejadian pencairan ais di persekitan gunung Everest sehinggalah kehilangan kepualaun ais di Alaska membuktikan suhu global yang meningkat. Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak menegaskan kewujudan undang-undang sedunia adalah jawapan kepada suatu bentuk persidangan yang drastik ini. Jika persidangan ini gagal mewujudkan undang2 sebegitu, Malaysia akan membuat kesepakatan dgn negara2 membangun yang lain utk mendeklarasikan undang2. Kewajaran kewujudan undang2 ini merupakan suatu bentuk mekanisme kawalan dan penambahbaikan perubahan iklim yang baik kerana apabila Protokol Kyoto dahulu dilaksanakan, kekurangan undang2 menyebabkan kesannya terhadap perubahan suhu tidak ketara. Maka, cadangan pembentukan undan2 Malaysia ini berbaloi, andai benar kita selaku penduduk bumi ingin membuktikan kita peka kepada alam. Risiko sekiranya persidangan ini gagal jangan difikirkan sangat, sepatutnya kita mendoakan ia berjaya mencapai matlamatnya dan bukan memusnahkan harapan rakyat dunia hanya kerana kita bergelar pemimpin.

Rabu, 9 Disember 2009

Tahniah!!

Salam, suatu kegembiraan buat universiti kecil ini,
seringkali ia jatuh, namun ketiadaan sebab ditinggalkan begitu sahaja...
mungkin benar, org merasakan usaha itu pasti jaya...
tetapi, utk sebuah pasukan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ini memijak platform diraja itu....usaha yang dikerah lebih dari sedayanya melawan arus kebiasan putaran debat apabila muncul menjadi buah mulut disaksikan kerabat diraja Perak.. kadang-kadang orang terpedaya, usaha itu hanya kerana pecaturan manusia. Setelah berjaya ia diangkat, sebenarnya tanpa sokongan rakan-rakan debat yang lain, siapalah lagi yang setia menolong dan hendak mengajar kita..
bagiku, kemenangan universiti dlm debat itu adalah kemenangan buat semua pendebat2 universiti2 yang setia menyokong rakan2 dari universiti lain dan berjiwa besar bagi megecapi kegemilangan yang sama suatu masa nanti, suatu persinggahan utk meneruskan perjuangan ini tanpa kenal putus asa. kedua, ia merupakan pembuka mata, bagi mereka yang sudah berputus asa agar terus mencuba belajar walaupon sering dipandang sepi oleh mata2. ketiga, bagi mereka yang merasa bangga, kemenangan ini diaturkan olah Allah, Tuhan Yang Maha Esa agar jangan berasa bangga dan hendaklah kita merendah diri, pandai2lah membawa diri kerana kita adalah hambaNya yang lemah dan hanya berharap kepadaNya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Berhentilah seketika bagi membiarkan kita menikmati saat-saat yang kita hadapi.