Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi

Sabtu, 27 Februari 2010

Salam Maulidur Rasul

Salam maulidur rasul buat teman-teman sekalian
Menghayati maulidur rasul, Nabi Muhammad saw yang menerajui peranan sebagai contoh khalifah terulung sepanjang zaman. Kekuatannya menyebarkan ajaran yang membawa keputihan dalam kegelapan siang. Manusia mana menyangka kelahiran keturunan Quraisy ini peneraju kepada suatu syiar kepada tanah gersang Arab. Bermula dengan menongkah arus kebiasaan tamadun dengan kelahirannya yang bukan dari keturunan kebanyakan nabi iaitu kaum Yahudi. Tiada berkesempatan menagih kasih sayang seorang ibu dan bapa yang diidamkan setiap anak setelah kehilangan mereka berdua. Meskipun sudah ditunjukkan Ilahi keistimewaan anak kecil keturunan Quraisy ini seawal kelahirannya dengan terpadam api berhala di Mekah, sehinggalah diperakui oleh perawi Kristian ketika sedang dalam perjalanan untuk berniaga takkala melihat awan kepulan memayungi diri Nabi Muhammad saw. Perjuangannya apabila meningkat dewasa dengan dakwah persendirian kepada ahli-ahli keluarga yang rapat dan kawan-kawan baik beliau. Baginda berhadapan dengan kepercayaan Ilahi diizinkan melebarkan keyakinan baginda dengan berdakwah secara terang-terangan. Baginda dicaci, dimaki dan dikatakan manusia gila pembawa ajaran sesat ketamadun kebanggan kaum Quraisy ketika itu. Namun,tidak ia mematahkan semagat baginda demi menghadapi masa hadapan manusia agar betamadun jauh dari sifat jahiliah. Kemurnian usaha beliau membuahkan hasil dengan penawanan Kota Mekah dan Kota Madinah dan seruan baginda mencipta sebuah negara yang memberikan kebebasan kepada masyarakat di dalam negara tersebut unntuk memeluk agama masing-masing. Ini baru sedikit kisah pegembaraan Nabi Muhammad saw beserta kehidupan beliau. Jadi, cubalah anda menghayati kehidupan baginda untuk dijadikan teladan kita menghadapi masalah-masalah yang menjadi lurah dalam kehidupan kita. Semoga kita memperolah kejayan dalam kehidupan dan berjaya menjunjung kepimpinan Rasulullah saw melalui sunnah mahupun hadis.
Wasalam.

Isnin, 22 Februari 2010

Lirik Lagu Tahajjud Cinta - Siti Nurhaliza

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud

ASTAR

Tahniah kepada pendebat2 yang terlibat dgn ASTAR 2010. Juga kepada AJK2 yg bertungkus lumus dalam meastikan perjalanan berjalan dgn lancar. Kepada penganjur terutama teman UM selau pengarah program, Mai, Tahniah buat Mai kerana kesungguhan beliau membuahkan hasilnya, teruskan usaha buat Kolej Pertama UM dan juga runner UTHM B, Dayah..hu3

Buat barisan pendebat UTHM, sekalung tahniah buat anda semua yg berjaya menzahirkan usaha2 anda kepada para penonton. Pendebat2 yg beraksi seperti Azri,Azreen,Amirul,Anbia,BG,Liza,Samat...usaha lagi dan teruskan usaha....
Kepada Juri2 UTHM, saudara Hakim,Chuan,Faz dan kak Fatin, terima kasih kerana meluangkan masa cuti menemani pasukan debat ke UM kali ne, tidak dilupakan, Abg Taslim, yg meenjadi pengiring UTHM dan berbakat dalam arena bowling..tettt

Rakan2 yg berperanan menyokong kami, terutamanya pendebat2 senior dari pelbagai universiti..seronok menimba ilmu dari anda semua... keng kwn baru dari setiap universiti..semoga berjumpa lagi... dan kepada yg terasa hati, jgn lah terasa, kesilapan itu harap dimaafi...dari hujung kaki ke hujung rambut...

Buat Famili tersayang, terma kasih di atas dorongan..salam sayang dr awang buat anda semua di Sarawak...Luv u all..ha3

Ahad, 14 Februari 2010

Koleksi Movie

Bagi seorang pengemar cerita atau movie, kita sebenarnya menceritakan tentang hasil tangan sekumpulan karyawan dalam merialisasikan mesej mereka dalam bentuk penceritaan... tahap sesebuah filem itu sebenarnya bergantung kepada pemikir yg menganlisis filem tersebut.. kalau korang berkesempatan...simmpan lah cerita yang korang gemar, supaya korang meraasakan semula, apakah yg sebenarnya dirasai oleh korang sewaktu menyaksikan movie tersebut... pasti! jemu akan bertukar emosi, apabila ada perkara untuk dilakukan dan digembirakan...dibawah merupakan filem2 yg nostalgik buat diri ini..hu3..biasakan peminat filem sedih k..hu3

Ahad, 7 Februari 2010

Isu Liwat

Untuk pengetahuan semua Isu liwat ini mejadi perbualan sejak seminggu ini, berikutan perbicaraan Anwar dan Saiful, juga mengenai kes2 kejadian liwat yg menjadi2. Kes dalam Isu Dato, Anwar dan pembantunya belum mencapai kata putus, masih dibicarakan diperingkat mahkamah. Namun, media massa hanya bersifat melaporkan dalam isu ini tanpa menimbulkan konklusi. Setiap perbicaraan mahkamah dicatatkan dgn teliti hasil daripada usaha wartawan menghadiri perbicaraan tersebut. Lebih-lebih lagi kes tersebut merupakan suatu isu yang hangat di Malaysia. Ada sesetengah masyarakat menganggap tindakan media massa melaporkan setiap bait2 kes ini sebagai fitnah, ingin menjatuhkan maruah seorang pemimpin. Walaubagaimanapun, ingat, diantara tanda2 kiamat ialah manusia berzina secara terbuka dan sesuka hati seperti himar(keldai). Jadi, kalau pun zina itu berlaku, manusia akan membiarkan perkara tersebut kerana bagi mereka itu suatu kebiasaan. Dalam kes2 liwat ini, atas kepecayaan terhadap berlakunya hari kiamat, kita hendaklah tegas dan telus memandang isu ini secara serius, sebab itulah media massa bersungguh2 melaporkan perkara sebegini, agar kita memandangnya lebih serius. Media massa bukan memburukkan Anwar tetapi mereka menjadi medium informasi untuk rakyat mendekati perbicaraan dan supaya apabila keputusan dikeluarkan nanti, rakyat tidak sewenang2nya menyalahkan sesiapa baik anwar mahupun saiful..rakyat akan cuba untuk mengetahui proses2 perbicaraan dan kalau boleh ingin bersama pemimpin mereka yang tersayang dalam memahami situasi yang terjadi kepada Beliau. Kesan positifnya sejak akhir ini, kes2 liwat mulai dipandang serius oleh masyarakat, contohnya dalam kes parti2 liar gay dan lesbian...dan terbaru bayi berumur 5 bulan mati didera dan diliwat di Petaling Jaya.. Masalah sebegini memerlukan pembabitan rakyat menanganinya... Di atas kesedaraan masyarakat demi kematangan. Perubahan yang baik, perlu untuk masyarakat yang membangun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Berhentilah seketika bagi membiarkan kita menikmati saat-saat yang kita hadapi.