Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi

Rabu, 26 Mei 2010

Perasaan Gulana

Berada di tanah kelahiranku, melegakkan kesibukkan mindaku. Memandang terus dikejauhan bumi yang terbentang, untuk menjawab persoalan yang masih bermain-main difikiranku. Mindaku semakin gersang memikirkan kemampuan dan kejayaa yang memungkinkan masa depanku. Memang payah bagiku mengecapi kejayaan di tapak yang bukan bidang ku. Namun, manusia tidak boleh menjamin kejayaan mereka selain melakukan yang terbaik dan tidak berputus asa. Apakah "yang terbaik" dalam bidang ini? mendalami atau mengikuti. Kadang-kadang mengikuti lebih baik darpada mendalami, jadi, bilakah waktunya kita perlu lebih mengikuti daripada mendalami? Rasanya,kita tidak perlu memenatkan kepala untuk memikirkan persoalan tersebut kerana dalam mencapai kejayaan kita menggunakan segalanya untuk mencapainya. Tetapi kerana terlalu memikirkan perkara tersebut, kita tidak kemana juga. Maka, Apalah guna memikirkan cara, lebih baik memikirkan keJayaan.

Selasa, 18 Mei 2010

TaggeD by K-RUn

Dah kene tagged oleh Nas...sowi lewat cikit jer..ha3.. Insya Allah di Sarawak Bumi kenyalang kita g berulam umai tipis limau dan sambal belacan..ha3

1. Adakah anda rasa anda HOT?
-rasanya HOT bahagian jiwa namun,apa kata anda? Tidak!! jgn jawap..hu3

2.Upload wallpaper pc/laptop yg anda guna sekarang!



3. Cerita pasal gambar
-gambar pulau melalui sudut yang menarik dan cantik...

4. Bila kali terakhir makan pizza?
-time lunch dgn samat n syrus...cdap lah jugak..tetttt

5. Lagu terakhir anda dengar
- lagu Amarah-CTKD...baru pasang di awal pagi ne..subuh2 lg..ha3

6. Apekah anda buat selain menyelesaikan tag ini?
- makan kuih2 di kafe..hidangan hari ini...

7. Selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?
- nuji or jihan...sweet 19..pecayalah

8. Tag lagi 8 orang

-liza
-amirul
-syrus
-babykristal
-Ibtisam
-raja
-Kak habibah
-BG

9. Siapakah org no 1 kpd anda?
- seorang yg cepat dan rajin membuat kerja jadi ramai pilih die penjawat jawatan di univesiti ne..hampir 16 jawatan, mempunyai peminat misteri...ha3

10. Katakan sesuatu kpd org no 5
- Bila nak belanja makan McD ne..nak jugak

11. No 3 ada hubungan dgn siapa?
- sentiasa ada, dgn FarHana....kalau x salah eja la (pura2 nie)...tu sebab mandi x basah2..kan2..ha3

12. Bagaimana pula dgn no 4?
- classmate gua...teman bergosip dan rujukkan kalau xdtg kelas..ops!! tettt

13. Pesanan kpd org no 6
- Semoga Berjaya di Arau kelak, berusaha tangga menuju jaya..Kene.

14. Kata2 cinta utk org no 2
- Amirul, cinta itu tidak buta...kalau la, anda buta tp cinta tidak k... utk pgtahuan, amirul jnr aqwang k..hu3

15. Adakah no 7 dan 8 ada persamaan?
- ada, kedua-duanya dari Borneo...dan pencinta debat yg setia...tepuk dada tyer selera..hu3

16. berikan 5 sebab mengapa anda harus disayangi..

-siapa lagi yg korang nak sayangi
-sayang ne perasaan utk dikongsi
-jgn kedekut nak sayang saya
-kalau korang xsayang aqwang, aqwang x rugi..korang rugi
-lagipun, xsalah sayang aqwang...
*Ha3 jawapan semua dirancang dgn bersungguh2...hu3

kepada yang telah di Tagged, Anda Bangaimana?..jawab jgn tidak..tipu2 bedosa..ha3

Menongkah Arus

Selepas terhantuk baru tergadah..
alangkah bahagia manusia yang bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian dibandingkan dengan manusia yang sentiasa merasai kesenangan...
putaran roda kehidupan mulai merasa perit untuk ditelan...
keindahan dikala hujan ibarat gelak dan tawa mulai melupakan demam panas akibat titisan renyai itu......


p/s terima kasih buat pasukan UPSI yang sudi datang ke UTHM berkongsi pengalaman..Jangan Jemu datang betandang K..hu3..terlupa ucap..SELAMAT HARI GURU!!

Ahad, 2 Mei 2010

Sabar itu separuh daripada iman

Mengikut kata bidalan yang sememangnya disyorkan di dalam kehidupan. Tahap kesabaran itu dibina melalui pembinaan jiwa dan raga seorang manusia dalam menjalani kehidupan mereka. Seringkali kita diuji dan digoncangkan dengan amarah diri yang menutupkan kerasionlan kita dalam berhadapan situasi tersebut. Amararah ini didorongi oleh bisikan2 panas syaitan yang ingin menanam perasaan hasad dengki dan kadang2 kita rasakan..sememangnya perkara tersebutsebagai suatu pengkhianatan yang kejam. Namun, itu hanya cuitan sahaja daripada dugaan serta ujian daripada Allah buat mahlukNya yang lemah selemahNya ini. Kebenaran itu ada dimana-mana kepada yang mencarinya, daripada dugaan tersebut lalu kita sedari sebuah kekuatan yang dibekalkan yang sangat berguna dalam kehidupan ini, itulah KESABARAN. Azimat yang menjadi sempadan kepada perbatasan bisikan2 syaitan dan dibekalakan bertujuan untuk menempuh dugaan. Sesungguhnya, Allah akan memberikan kekuatan kepada kita semua.. percayalah kepadaNya sepanjang hidup anda...inilah di antara kenikmatan dunia..SABAR..hahahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Berhentilah seketika bagi membiarkan kita menikmati saat-saat yang kita hadapi.