Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi

Rabu, 31 Mac 2010

DIBATAS MASA

(Naim/Habsah Hassan)

Setiba kita dibatas masa
Nobat nafiri tiada bernada
Sehelai daun kering
Berayunan layu
Menanti saat dibawa bayu

Langit mendung
Hujan pun gerimis
Sayup terdengar
Sendu dan tangis
Bertitian bisikan
Kalimah nan suci
Berdoa mudahkan perjalanan
Terakhir ini

(Korus)
Berat mata memandang
Berat lagi tanggungan bebanan
Perasaaan
Kendatipun sezarah
Dosa pahala
Pastikan dikira

Bagai terasa
Keresahan di jiwamu
Bagai terdengar
Suara meruntun kalbu
Tiada walau sesaga dibawa pergi
Tak berharga puja dan puji

Kala jantungmu
Bagai laut bergelombang
Lemah cengkaman
Jejarimu di genggaman
Betapa sukar
Untuk kita menerima
Tiba detik pasti terpisah
Di batas masa

Khamis, 18 Mac 2010

Kiraan yang tepat

Dalam berhadapan dgn situasi kehidupan...manusia susah utk mencuba sesuatu yg berfaedah..kenapa? berfaedah kepada manusia tidak boleh dikira mengikut persepsi faedah kepada diri sendiri kerana setiap manusia mempunyai keinginan yang kita rasakan suatu kebaikan untuk diri sendiri. Namun, gelagat manusia sukar diramal. Jadi, kiraan yang tepat ingin dikongsikan ialah kiraan benda yang sinonim dgn keadaan semasa.. kiraan pada masa, jam=minit?, kiraan usia, tahun=hari? kiraan kelas=tempat? kiraan ahli keluarga=orang? kiraan kawan karib=orang? Secara keseluruhannya nanti, kiraan yg tepat adalah tidak kita sedari. Namun, ketiadaan kiraan ini akibat kelalaian kita dalam menghargainya menjadi suatu kiraan yang akan kita sesali andai tidak kita menghargai. Maka, untuk mensyukuri setiap perkara yang berlaku terhadap diri kita, lakukanlah setiap masa "kiraan yang tepat" supaya faedah yang kita perolehi bukanlah untuk diri sendiri, tetapi buat perkara yang kita kirakan itu...menjadilah kiraan anda..cuba lah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Berhentilah seketika bagi membiarkan kita menikmati saat-saat yang kita hadapi.