Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi

Isnin, 31 Januari 2011

Usul Debat Integriti 2011

A. Usul Pentadbiran

1. Bekerja di Rumah Jawapan kepada Integriti Penjawat Awam.

2. Lanjutkan Usia Persaraan Tindakan Wajar.

3. Birokrasi Punca Rasuah Berleluasa.

4. Audit Nadi Integriti Sektor Awam.

5. SPRM : Langkah Bijak.

6. Piagam Pelanggan Sekadar Hiasan Dinding.

7. NKRA : Satu Pembaziran.

8. Transformasi Kerajaan Pemacu Ekonomi Negara.

9. KPI Merangsang Kualiti Perkhidmatan Awam.

10. Gaji Minimum Bukan Jawapannya.

B. Usul Politik

1. Wikileaks Penggugat Integriti.

2. Masalah Rasuah : Iltizam Politik Didamba.

3. Rasuah di Malaysia Sudah Kronik.

4. Politik Malaysia Belum Matang.

5. Guru Berpolitik Satu Diskriminasi.

6. Pilihanraya Kecil Perlu Dimansuhkan.

7. Dewan Ini Menyokong Hukuman Sebat Mandatori kepada Pesalah Rasuah.

C. Usul Ekonomi

1. IMF Ibarat Lintah.

2. AIG : Krisis Enron Kedua.

3. Negara Berpendapatan Tinggi : Jauh Panggang Dari Api.

4. ASEAN Memerlukan Satu Sistem Mata Wang.

5. Model Ekonomi Baru : Satu Angan-Angan.

6. Tadbir Urus Baik Penentu NKEA.

7. Pelaksanaan Tanggung Jawab Sosial Korporat, Lambang Integriti Dijunjung.

D. Usul Sosiobudaya

1. Meritokrasi Pengukuh Perpaduan Negara.

2. 1 Malaysia : Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendong Berciciran.

3. Sudah Tiba Masanya Hukuman Mati Dimansuhkan.

4. Mahasiswa Kini Giat Memplagiat.

5. Rakyat Kita Tidak Serius tentang Soal Integriti.

6. OKU Masih Tersisih.

7. Integriti : Pendidikan Lebih Berkesan Daripada Penguatkuasaan.

8. Kebebasan Laman Sosial Perlu Dikawal.

9. Isu Halal di Malaysia Tiada Penghujungnya.

10. Persatuan Sukan Perlukan Perubahan.

11. Perkahwinan Usia Muda Wajar Digalakkan.

12. Jaringan Sosial di Internet : Satu Ketagihan.

13. Hubungan Etnik di Malaysia Meningkatkan Keharmonian Komuniti.

14. Judi dan Sukan : Nila dan Susu.

15. Swapendedahan dalam Kalangan Masyarakat Malaysia Menyedihkan.

16. Benih Integriti Ditanam, Rumpai Integriti yang Tumbuh.

Ahad, 30 Januari 2011

Bercanda di pantai

Siapa nak join g pantai? mesti teruja dengan kebiruan air laut yg menyejukkan pandangan. Pelbagai telatah manusia berada di pantai. Jadi, di sini saya senaraikan aktiviti menarik di pantai. Mungkin ada yang terfikir nak buat apa di pantai kan...jadi, saya kongsi perkara menarik yg saya buat dipantai...huhuhu

1. bermain air..sangat General..huhuhu

-sumber-
mandi air laut ne menghilangkan tension tau. Mandi bukan bermaksud berenang yer. Yang tak taw berenag jangan nak berenang pulak. Bestnya mandi air laut, ditiup angin dan sejuk terutama waktu petang2.Dan meskipun tak pernah meluncur air atau skuba lagi ne, tp rasanya seronok bermain air dapat melihat karang laut. Wow!

2.berkhemah sambil makan2
Hah...bab makanan ne..saya cadangkan makan masakan panas...sayap hangus. Grenti Sedap! ne bertambah sedap kalau ramai org masak kemudian ayam tu hangus..hahaha
-sumber-
Selalu kalau balik bercuti, mesti kawan2 ajak pergi ke pantai utk makan. Selain makan sayap, boleh try ABC kacang.. Sedap Giler!!

3.berlari kaki ayam
Ini paling favorite, ini perkara wajib kata orang. Selagi tapak kaki tak rasa pasir tu sah rugix10000! dulu2 mudah la nak jalan, tp sekarang ne byk sampah, jadi berhati2 yer.. teringat dahulu time kem pengawas sekolah, main bekejar-kejaran di pantai. Kenangan terindah.

4. bermain bola pantai
-sumber-
Walaupun ramai yg jarang bermain bola ne, tp di panatai kita beranikan bermain sebab pantai ne kalau terjatuh susah nak sakit..mengikut pengalaman la. lagipun permukaan licin ne payah sikt nak bermain..lagi mencabar.. Yer lah, nanti ape plak org cakap, tak aktif lah. Jadi, ada peluang ke pantai..apa lagi, tampar jer...hu3

5. Mentari Terbenam
Hah..time ne la paling kusyuk buat saya, kebesaran ciptaanNya mememberi cahaya dan membenamkannya setelah sehari suntuk. Kita akan rasa kesedihan itu pergi bersama terbenamnya matahri itu. Betul, cuba try tgk matahari terbenam..mesti rasa sangat bahagia sebab hilang beban jiwa. Namun, waktu ne lah syaitan berkerja keras utk mengalakkan maksiat, seeloknya berhati2 k.

Sebelum pergi ke pantai, pastikan keselamatan pantai seperti batu2 tajam terlebih dahulu. Pelindung Matahari dari Sun-burn dan tiada haiwan berbahaya di situ. Jangan lupa baca doa. Selamat menjayakan hari anda..hu3

Sabtu, 29 Januari 2011

Lagu Dato Siti-Kupercaya Ada Cinta

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

C
Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti

Korus
Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tiap satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

(Ulang C)
(Ulang Korus)
(Ulang C)

Ada hikmah yang pasti..
Sejak mula ku percaya ada cinta
Cinta itu memungkinkan segalanya
Cinta suci yang abadi


Ini merupakan lagu ditulis oleh Habsah Hassan dan komposer Audi Mok. Pada pandanganku, lagune memang utk menyedarkan kita semua...memang bermakna terutama apabila Dato Siti menyebut "Ku rela..." Satu lagi lagu yg malar segar hasil tulisan Habsah Hassan.

Isnin, 24 Januari 2011

Adam Lambert- If I cant have You



This is a lov video music to my beloved friend...huhhuhu
hope you all enjoy it!!

Jumaat, 21 Januari 2011

Gelora Di Akhir Zaman

Kemajuan yang hilang punca, dirumuskan sebagai keadaan mendatang. Manusia semakin tercicir nilai keharmnonian, semuanya disebabkan terlalu ingin mencapai sesuatu dgn cepat. Ingin cepat dalam semua perkara, ini silapnya. Pepatah melayu ada menyatakan "jangan sampai dikejar tak dapat,yang dikendong beciciran." Berita pelajar dirogol,diliwat oleh rakan sendiri, apa nak jadi dgn manusia sekarang agaknya? Kerana nafsu serakah dan ketidakbatasan zaman "membolehkan" semua perkara. Lalu yang tinggal adalah apa yg dilihat,semua ingin "dijamah." Sedang seorang rakan sepatutnya membawa pengaruh yang baik. Apa guna menjaja kekuatan? Membuli, Sumbang Mahram, Meliwat? Anda ingat anda hebat? Tidak kah anda sedari?? Kejadian demi kejadian di dunia, dari Tsunami, Gempa Bumi, Banjir bukankah itu amaran untuk anda semua? Kalau tika itu anda mati, Maka matilah anda Manusia! Apa yang anda bekalkan?!? Oh, disebabkan Malaysia ini negara yg terbaik dari segi geografinya, anda merasakan boleh untuk bermaharajalela? Ini hanya khayalan anda, Kejadian Tanah Runtuh Cameron, Kejadian Tsunami, Kejadian Taufan dan pada saat kejadian-kejadian tersebut, Dimanakah KEKUATAN ANDA?? atau anda kecut lalu lari lintang pukang... Entah apa nak jadi, kes bayi dibuang..ini membuktikan satu perkara, yg para remaja sekarang sebenarnya banyak yg telah BERDOSA BESAR melakukan ZINA,ROGOL,PERSETUBUHAN tanpa ada hubungan yg sah!! Ini lah kebanggan teruna dan dara pada masa sekarang...apakah anda mengawal diri anda daripada menyumbang kepada dosa yg membawa anda ke nereka hari esok??? ADA?? Ini kenyataan yg muda mudi tidak dapat terima pada masa sekarang iaitu SEMUA MANUSIA AKAN MATI dan "KESERONOKAN" MEMBUAT DOSA AKAN MENDATANGANI ANDA DAN "MENEMANI" ANDA DI NERAKA. tahukah anda, tempat tanah perkuburan sekarang semakin kurang. Jadi, baik sangatlah mati di tali gantung! Carilah banyak2 dosa di dunia ini selagi masih sempat. Kononnya anda akan merasa BAHAGIA! Andalah manusia yg BODOH!! Akal selayaknya ditanam di dalam tanah, buat Suburkan Tanam-tanaman.

Khamis, 13 Januari 2011

Keindahan Tercemar

Kesejukan pagi berdebu
payah bernafas
peparu menapis hasil peranakan kemajuan dan kerakusan manusia

Burung pipit menyiulkan slogan hentikan pencemaran
kecewa, suara merdunya sia-sia
cuba melawan logik akal manusia
manusia tidak suka alam keindahan
kekuatanlah pembangunan yang membanggakan

Berani kerana benar
takut kerana salah
disalah gunakan
sama seperti hidupan liar
mendahulukan tindakan dari pemikiran
traktor mendiktatorkan keberanian
kebenaran mengegarkan alam
gugurlah jatuhan segar dedaunan
lambaian kehidupan semakin layu
menongkah kemajuan baru
keindahan batu susunan tangan
lebih indah daripada seramik ukiran alam
mudah retak dan sudah rapuh
ini keindahan tercemar

Khamis, 6 Januari 2011

Laluan

Berkefahaman bagi meneruskan tekad dan keazaman, segala bentuk sindiran dan kejahilan yg memandang harus diketepikan kerana ia bukan perkara penting ke arah kejayaan. Landaian laluan kini bergelora dgn duri dan cabaran harus diperhatikan kepada titik penyelesaian memandangkan alternatif bukan jalan paling mudah utk kejayaan pada peringkat ini. Laluan ini, di dalam dua bidang y berbeza iaitu akademik dan minat. Bukan bertujuan membandingkan kedua2 perkara, namun strategi bagi merungkai permasalahan tersebut amat berbeza.
Menghadapi permasalahan akademik memerlukan rakan2 sebagai berperanana menimbulkan minat dan kesedaran. Pengaruh rakan sebaya cenderung diterima oleh pelajar sebagai pengaruh major y memberi kesan kepada pelajar itu sendiri.Maka, strategi pembelajaran y baik adalah berdamping dgn rakan2 y sentisa menyokong dan mengetahui pergerakan kita memandangkan kita mudah untuk berkeliaran mencari kebebasan sendiri. Ini membolehkan proses pembelajaran sentiasa berlaku walaupun kita berada di luar waktu kelas. Selain itu, berdasarkan pengalaman lepas, belajar last-minute hanya akan memberi ganjaran y setimpal iaitu tidak lebih dan tidak kurang (cukup makan) untuk pemarkahan pelajar. Maka, strateginya ialah jangan belajar last-minute.
Manakala, bagi meneruskan kecintan terhadap minat. Kebenaran perlu diakui y mana kita bakal mengahadapi masalah menguruskan minat dgn baik. Lebih2 lagi apabila wujud pihak2 yg sengaja menjadikan "Kita WAJIB memilih antara minat dan akademik". Perkara ini akan saya selar dan tanggungjawab terhadap minat ini memerlukan strategi iatitu kemahiran dalam toleransi memandangkan ia bukan perkara WAJIB y difokuskan pada masa ini. Jangan jadikan, manusia y merasa semua perkara boleh dilakukan pada y sama itu idola kerana mereka sebenarnya belom sedar dan hanya 'cakap boleh'. Sedangakan realiti y menhantui kita sepanjang hidup adalah "kenapa kita tidak sedar" pasti perkara ini bakal menunjuk kembali kepada mereka y mengerikan ini.
Sebagai konklusi pada ruangan kali ini, kepada mereka y berkeinginan utk berjaya, janagan pernah kita berputus asa. Sesungguhnya manusia perlu sedar, kejayaan itu hanya diraih apabila kita sudah merasakan kegagalan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Berhentilah seketika bagi membiarkan kita menikmati saat-saat yang kita hadapi.