Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi

Ahad, 27 Februari 2011

China Kini


China merupakan negara maju yg kian pesat berkembang. Potensinya selaku kuasa besar dalam segi ekonomi sering menjadikannya ikutan masa depan. Kuasa Ekonominya dikagumi dengan keyakinan pelabur meningkat dengan Foreign Direct Investment 100billion pada 2010. Rakyatnya terkenal dgn ketekunan dan kesungguhan dalam mencapai sesuatu.
Meskipun begitu, kekuasan sebegini merupakan ancaman buat Negara2 maju yg lain seperti Amerika Syarikat. Lantas, banyak kontroversi menjatuhkan kerjaan China seperti pembangunan Negara China yg terlalu cepat sehingga mengabaikan alam sekitar. Bagi membuktikan dakwaan pihak terbabit adalah sia-sia, negara tembok besar ini mendahului negara AS dan Eropah dalam meningkatkan penggunaan tenaga rendah karbon di rantau tersebut sebanyak 30 peratus berbanding kesatuan Eropah dan AS. Oleh itu, mereka berjaya mengurangkan penggunaan tenaga mencemarkan Alam sekitar seperti Arang Batu.
Jadi, kita perlu belajar lebih banyak perkara daripada mereka dan dasar pandang ke Timur itu baru dipercayai ada benarnya.

Selasa, 22 Februari 2011

Sabar separuh Iman

Adakalanya kita rasa, apa yg kita buat itu betul. Pepatah melayu ada menyatakan, ikut hati, mati, ikut kata, binasa. Dan benar, kita sering digalakkan bermusyawarah. Saidina Umar ra merupakan org yg cepat marah, tidak kiralah kpd adiknya sendiri. Diceritakan Saidina Umar boleh naik angin dgn cepat tetapi hati boleh dilembutkan dengan kata-kata Allah swt, dibukukan menjadi al-Quran. Ini berlaku sebelum Saidina Umar ra memeluk islam. Maka, kita pun boleh mengawal kemarahan dengan banyakkan bersabar, jangan kita memecah-belahkan diri kita dengan yg lain. Rasulullah saw bersabda "orang yg gagah bukanlah org yg menang bergusti, tetapi orang yg mampu mengawal amarahnya". Semua orang boleh mengawal amarahnya cuma hendak atau tidak hendak. Kita selalu akan tersalah pertimbangan sekirannya mempertimbang dengan salah. Namun, kaedah yg baik ialah belajar dari kesilapan, memohon maaf.

“Sesungguhnya taubat di sisi Allah itu adalah orang yang melakukan dosa kerana kebodohan dan kekhilafan mereka. Lalu mereka bertaubat dengan segera. Maka mereka itulah yang diterima taubatnya.” (Surah al-Nisa’, ayat 17)

Orang yg tidak pandai memohon maaf adalah mereka yg sombong. Janganlah kita menjadi manusia yg sombong. Hadis Nabi bermaksud "walaupun sebesar zarah sifat sombong atau riak, takkan kita masuk ke syurga." Jadi, Apa yg kita harapkan dengan rasa atau naluri manusia yg mudah sekali mengikut hasutan Syaitan? Pertimbangan yg waras tidak akan diperolehi. Firman Allah surah Al-Araf ayat 40 :
" Sesungguhnya orang yang mendustakan ayat2 kami dan menyombongkan diri terhadapnya, sekali-kali tidak aan dibukakan bagi mereka pintu2 langit dan mereka tidak akan masuk syurga hingga unta masuk ke lubang jarum. demikianlah kami memberi pembalasan kepada org yg buat kejahatan"
.
Oleh itu, dalam menghadapi gelora hitdup yg tidak keruan ini, kita mengharapkan agar setiap manusia bersabar dengan dugaan kerana sabar itu separuh daripada iman. Dan ketahuilah, dugaan ini sangat sedikit berbanding derita Rasulullah saw di bumi anbia.

Jumaat, 18 Februari 2011

Lirik Pantun Budi -Tan Sri Dato' SM Salim


Kalau menebang si pohon jati
Papan di Jawa dibelah-belah
Kalaulah hidup tidak berbudi
Umpama pokok tidak berbuah

Bunga selasih si bunga padi
Buat hiasan di dalam taman
Pertama kasih kedua budi
Yang mana satu nak diturutkan

Datuk laksamana ke Bangkahulu
Belayar kapal membawa garam
Bagailah mana kapal nak lalu
Kuala sudah dilimbung karam

Bunga padi bunga kiambang
Buat hiasan di taman bunga

Kekasih orang
Hamba menumpang, aduhai sayang
Hamba menumpang gembira saja

lagu sebegini harus dilantunkan memandangkan, puitis maknanya mudah difahami dan sampai ke hati muda mudi. Penggunaan kosa katanya juga menambahkan pengetahuan kita. Selain itu, ia mengingatkan saya tentang keindahan bahasa pujanga yg kita belajar zaman sekolah dulu. Sekarang ia mulai hilang seni katanya dalam masyarakat kini.

Rabu, 16 Februari 2011

Salam Maulidur Rasul


Bagai titis jus buahan kembali ke air putih kesegaran alam, begitulah sepatutnya manusia kembali ke pangkal jalan. Dengan kembali menjenguk kebesaran Alam. Kini,kehidupan seorang pemimpin penuh kemewahan dan kedudukan. Realiti pemimpin serata dunia menggunakan kedudukan mereka untuk memperoleh sesuatu yang sukar. Namakan sahaja berapa juta atau bilion kekayaan untuk kesenangan diri. Ini ialah perbuatan mementingkan diri sendiri. Adakah semudah itu bergelar pemimpin? menandatangani sebuah kontrak atau mendermakan hartanya kepada masyarakat. Biar kita kembali membaca sejarah, seorang pemimpin yang berjaya memimpin kaum yang jahil, Arab jahiliah iaitu Nabi Muhammad saw. Kejahilan mereka meliputi kekeluargaan dan ekonomi. Menanam bayi perempuan, melakukan sumbang mahram dan mengamalkan bunga yang tinggi dalam perniagaan merupakan perbuatan Arab Jahiliah pada waktu itu. Lalu, memikul tanggungjawab tersebut, beliau memimpin kenalan rapatnya dan berkembang biak ke seluruh dumia arab waktu tersebut sehingga tercatat sebagai tamadun terbesar dunia mengatasi Mesir Mesopotamia. Begitu langkah2 beliau memipin dengan kebijaksanan dan kelakuan yang baik. Beliau tidak menggunakan kedudukan beliau untuk menafikan hak-hak manusia lain tetapi menggunakan kedudukannya bagi mempelopori kehidupan yang sederhana dikalangan rakyatnya. Dimudahkan cerita, kehidupan Nabi Muhammad saw sama seperti rakyatnya. Maka, pemimpin pada zaman ini wajar menyedari bumi ini masih sama. Dahargakan kegemilangan kita sebagai manusia, baik akhlak mahupun capaian pembangunan. Adakah pembangunan yang lebih hebat dari ketamduan manusia? Mungkin, pemimpin kini mengatakan "orang yang ditindas adalah mereka yang tidak berkedudukan" menyebabkan mereka tak ubah seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Namun mereka tersasar jauh dari lndasan. Bukan mereka sepatutnya menggunakan kedudukan untuk kepentigan sendiri sama menjadikan kaum Arab Jahilih sebagai ikutan tetapi menggunakan kedudukan untuk membina ketamadunan dengan Nabi Muhammad saw sebagai ikutan.

Selasa, 15 Februari 2011

Kuala Lumpur: Belantara Konkrit

Sesak dan Duit! Itu lah ibu kota sebuah negara Islam yang menuju kemajuannya. Adakah lahir kehidupan dalam metropolitan begini? Apa yang ditafsirkan sebagi kehidupan di sini? Sukar bagiku menjawab persoalan ini, tetapi aku tidak inginkan generasi masa hadapan ku bermain di atas tar jalan raya, itu sudah pasti! Bagaimana kita boleh mengingati kehebatan Ciptaan Tuhan andai kita disajikan dengan Ciptaan Manusia? Setiap saat kita digalakkan mengingati Pencipta kita baik dalam suka mahupun duka kehidupan kita. Dahulu kala, manusia mencari kehebatan dan melahirkan keinsafan dengan melihat Langit yang tidak bertiang, sungai yang pasang juga surut, tanah tempat benih tumbuhan membesar. Lantas, adakah itu bakal terjadi pada zaman akan datang dengan langit ditutupi bangunan pencakar langit, sungai di dalam longkang konkrit, tanah di dalam pasu bunga? Kehidupan Kuala Lumpur tidak seindah mana, manusia semakin melupakan kehidupan yang aman dan tolong-menolong. Ini jauh sekali dari fitrah manusia yang sememangnya lahir dalam keadan putih. Di Kuala Lumpur, kesesakannya mengajar manusia mengambil kesempatan dalam kesempitan. Mengajar manusia 'wang' adalah segala-galanya. Hendak menikmati pemandangan di kota raya ini memang memerlukan saku penuh. Mengapa? Kedudukan sebuah penempatan dengan kawasan riadah adalah berjauhan. Tiada yang percuma untuk dikongsikan di kota raya tersebut. Keadaan tidak seperti di bandar raya lain, kita boleh berjalan-jalan dengan kedua-dua belah kaki kita dimanfaatkan seadanya. Aku meneka, suatu hari nanti manusia akan bosan dengan kemajuaan lahiriah sehingga mereka inginkan kepuasan rohaniah. Pada ketika itulah, ramai remaja yang serakah, akan menju rekahan neraka. Oleh sebab itu, perancangan Kuala Lumpur, perlu berhati-hati dengan menambah jumlah masjid, perpustakaan, tapak permainan sekitar ibu kota ini supaya kita terdidik dengan kehidupan yang seimbang dari rohani mahupun jasmaninya. Ingat, kemajuan itu bukan diukur daripada betapa tempat tersebut komplek dengan serba canggihnya tetapi kemajuan itu terletak pada siapa yang memandangnya.

Jumaat, 11 Februari 2011

Handphone c3.

Baru2 ne berkesempatan meneliti HP sendiri, hasil hadiah dari ibu tercinta... dari penilaian reka bentuknya sangat menarik, satu kelas dgn bluebery. Dapat jugak rasa HP yang lebar mcm ne dan luas skrinnya. Seperti biasa, ia mempunyai fungsi yg sama mcm HP nokia yg lain. Kelebihannya adalah WLAN, memory card tetapi connectivitynya agak kurang dan memerlukan pembayaran utk tiap website yg dilayari.
Masalah ini, bukan setakat masalah sestengah HP jeni c3 Nokia tetapi semua c3 Nokia mempunyai masalah WLAN di peringkat global. Sebab itu lah, harganya agak murah dan kurang digunakan berbanding HP setara dengannya. Bagi yg berminat iaitu yg tidak kisah permasalahan ini dan hanya ingin membeli berdasarkan reka bentuk dan skrinnya yg lebar, harga lebih kurang RM450 ke atas. C3 mempunyai 3 warna menarik hitam, merah jambu dan putih. Di bawah merupakan HP baru hitam menawan milikku.

Selasa, 8 Februari 2011

Iran Acuan Iran

Iran tampak dengan imej terkini di bawah pimpinan Ahmadenejad, mendapat perhatian kerana keberanian mereka membentuk pembangunan sendiri yang bertentangan polisi Nuklear Dunia demi kemajuan negaranya dan tidak kurang mengagumi tindakan mereka itu. Polisi-polisi Iran kini, semakin menampakkan acuannya tersendiri apabila mengharamkan iklan-iklan rokok di Negaranya disiarkan melalui rangkaian televisyennya termasuklah dalam filem. Polisi ini menunjukkan ketegasan mereka menghapuskan budaya merokok yang diwar-warkan sebagai bergaya di kalangan penduduk Iran. Menurut kajian, penonton akan mengikuti perlakuan di dalam media massa sekirannya ia ditonton berulang kali. Ini sekaligus menggalakkan penonton meniru aksi-aksi tersebut dalam kehidupan seharian mereka. Sesuatu yang baik oleh Iran mengharamkan iklan tersebut yang kian merosakkan kesihatan lebih-lebih lagi kajian mendapati sesetengah rokok mengandungi BABI. Pengharaman rokok ini menyanggah bahawa Iran bergantung kepada pelaburan iklan yang dimonopoli oleh syarikat barat. Meskipun Iklan rokok ini mencecah nilai jutaan ringgit tetapi kesedaran Iran mengenai pengaruh media eletronik tidak dipandang sebelah mata oleh mereka.
Pengendalian media eletronik di Iran juga dipantau, baru-baru ini Timbalan Ketua Penyiaran Iran, Ali Darabi berkunjung ke 20 lebih syarikat telekomunikasi negara tersebut. Acuan terbaru mengenai polisi negara Iran ialah pengharaman penyiaran resipi dari Itali dan Perancis. Ini adalah usaha memupuk masyarakat Iran merasai atau mendalami masakan Iran sendiri. Mungkin banyak berpendapat ia sesuatu yang agak berat sebelah kerana tidak membuka peluang kepada peniaga-peniaga Asing tetapi ia sebenarnya perkara yang baik kepada kedua-dua pihak. Jika rakyat Iran tidak pandai memasak masakan luar, Peniaga yang berniaga berkenaan dengan makanan tersebut akan semakin ramai mendapat pelanggannya. Manakala, bagi rakyat Iran pula, proses mereka berhadapan dengan sekatan daripada luar menjadi sebab yang baik mendalami makanan sendiri. Jika berlaku sekataan asing kepada Iran, maka mereka tidak akan terjejas kerana mereka tidak bergantung kepada barangan asing terutama sekali barangan asasi iaitu makanan dan mereka tidak perlu mengharapkan simpati Asing yang akan mengambil peluang tersebut untuk mengais kekayaan bumi Iran.

Rabu, 2 Februari 2011

Mesir Musnah?

Presiden Hosni Mubarak merupakan presiden Mesir yang menanggung tekanan daripada rakyatnya baru-baru ini. Menjangkaui usia 83tahun kehidupannya, tekanan daripada rakyat sendiri merupakan paling sukar dihadapinya jika dibandingkan memimpin angkatan tentera sebelum menjawat jawatan presiden tersebut.

Untuk rekod, rakyat Mesir merusuh bagi menuntut pengunduran presiden tersebut dari jawatan adalah berikutan kejatuhan ekonomi, masalah rasuah. Ini menyaksikan kenaikan harga barangan di Mesir. Beberapa negara2 di dunia menghalang rakyat mereka melawat ke Mesir. Malaysia pula bersedia mengambil pulang rakyat Malaysia jika keadaan gagal dikawal. Terbaru, Perintah darurat dikeluarkan oleh Kerajan Mesir dan kabinet baru bakal dibentuk oleh presiden itu. Rusuhan tersebut menyebabkan ancaman nyawa awam dan kemudahan awam
Sebelum ini, sekatan oleh kerajaan dilakukan di jalan raya dan perhubungan internet di Mesir. Menambah kemelut krisi apabila, kereta perisai digunakan serta semburan gas pemedih mata dan pistol air. Kematian dilapurkan di Suez dan Cario, Mesir. Kerajaan Mesir percaya penggunaan facebook dan laman sosial lain mengalakkan lagi penularan rusuhan tersebut. Maka, jaringan internet disekat. Semoga keselamatan rakyat Malaysia yang belajar di sana dan saudara2 kita dilindungi daripada dilanda musibah. Amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Berhentilah seketika bagi membiarkan kita menikmati saat-saat yang kita hadapi.