Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi

Rabu, 30 September 2009

Kejutan !!

Retest memeningkan dan membimbangkan...
betul kan? namun, kebimbangan kali ne dtg dgn kejutan...
kejutan selepas berusaha bersugguh2, kuiz dpt terbagus!
kenapa terkejut?
sebab selalunya, kalau kta merasakan perkara tu akan bagus selepas berusaha..sebaliknya pula akan terjadi... mcm test2 yg aq selalu duduki...emmm
itu lah kejutan buat ku ini, jarang dpt bagus2, hek2
ramai pulak peminat lepas tu...tp jgn hidup dek puji, mati dek keji..nasihat kwn ku yg sy ingat sampai sekarang...

dan ku xkan putus asa...
setiap minit mulai post ku ini, akan ku penuhi dgn ulangkaji retest BESOK!!
doakan kejayaanku..hu3
dan ingat pesan ibu bapa"Belaja Rajin2!!"

Isnin, 28 September 2009

Usul Pertandingan Debat TNC UTHM 2009

Salam aidilfitri..
memandangkan belum nampak lagi usul dlm mana2 blog, jadi awang postkan dlm blog awg jer, senang cta.. masalah kot..malas-nak-dengar
dah lama dah tuntut..belum juga postkan usul, jadi awang nekad demi new-debater UTHM..
juga utk Intercollage UTHM, MRSM, mahupun Sekolah2 yg terlibat dlm pertandingan ne... jgn risau lagi... Sorry for the late..usul lambat post oleh management......Enjoy your Debate n Welcome to UTHM!!!

1. Memupuk Semangat Perpaduan: Tanggungjawab Sekolah
2. Intergriti Membina Perpaduan
3. Semangat Patriotisme Rakyat Semakin Pudar
4. Wawasan 2020 Sukar Di Capai
5. Guru Membina Modal Insan
6. Demokrasi Malaysia Semakin Subur
7. Gagasan Satu Malaysi: Pemangkin Pembangunan Negara
8. Perpaduan Asas Mencapai Status Negara Maju
9. Satu Malaysia: Rakyat Penentu Pembangunan Negara
10. DEB Perlu Diteruskan
11. ASEAN Perlu Lebih Sepakat
12. Dunia Tidak Perlukan Kuasa Veto
13. Kita Semakin Terancam
14. PBB Masih Relevan
15. Media Alternative Perlu Disekat
16. Amerika Syarikat Mampu Mengamankan Dunia
17. Malaysia Semakin Terancam
18. SPRM cuma Bertukar Warna
19. Perpaduan Negara Kita Telah Berjaya
20. Dunia Perlukan Doraemon
21. Upin Dan Ipin Manifestasi Perpaduan Malaysia
22. Masalah Rumah Tangga: Orang Ketiga Penyelesaiannya
23. Isu Asia Barat: Kita Kekal Sesat

Rajin2lah mencari Fakta, Kes dan Contoh...Hu3
Selamat Berjaya!!!

Rabu, 16 September 2009

SELAMAT HARI RAYA


p/s ne di ambil terus dr kad ucapan debat..ha3

Jumaat, 11 September 2009

Teruskan!

meskipon benda itu jarang,
teruskan kalau ia baik!
janji !!
tiada batasan utk memikirkan segala kemungkinan...
tetapi kemungkinana itu belom menjadikan diri anda seorng yang berfikiran baik..
matang dari segi pemikiran apabila segala kemungkinan itu berasas atau rasional...
jadi, TERUSKAN!! andai anda fikir itu betul, tiada salahnya...
hidup perlu jelas k..
saja nak memberi pandangan..huhohu

Khamis, 3 September 2009

Surat Layan Anime

Kepada sesiapa yg sedih selalu behadapan dgn manusia yg menggangu....
kekosongan hidup yg melampau, nak happy!!
Layan Anime adalah untuk anda....hu3
anda akan rasa hidup anda lebih bahagia dan gembira...

biar awang ceritakan...
apabila awang layan anime, menyebabkan awang rasa BAHAGIA...
ada benda lain yg belum diterokai...
ada kenikmataan lain yg belum dirasai...

awang rasa nak berjaya!!
nak mencapai impian!!
menggunung harapan!!

tiada yg meresahkan, anda berjumpa dengan benda baru, menarik dan kehidupan maya yg baru..hu3...anda patut cuba! sebab anda akan merasakan kepuasannya!!
p/s sekarang awang layan One Piece, Naruto dan Oh! My Godness!!

Batu Api; Sahabat Malaysia dan Indonesia


Cerita yang tidak perlu berlaku, mengapa terjadi... Untuk pengetahuan, sejak akhir2 ne, apa dosa kita sebagai rakyat Malaysia? segala apa yg kita lakukan org musuhi. Saya cerita perkara yang sebenar, siapa yg gembira melihat wujud suatu kelompok manusia di negara jiran kita, Indonesia. Sedih, apabila terbaca seisi muka surat mengenai ketidak puasan hati kelompok Indonesia ini. Terang saya katakan saya mencintai negara Indonesia keranan kawan-kawan saya yang Indonesia, keindahan alam dan hubungan persahabatannya dengan kita. Namun, kita tidak pernah ingin memburukkan mereka,malah kita bersaing secara sihat.

Kelompok Indonesia yang menjadi batu api antara negara kita ini keji bangat, lagu Negaraku mereka katakan berasal dari lagu Terang Bulan, Lagu kebangsaan Indonesia dan tarian bali yang digunakan semasa promosi ke Malaysia, salah kita. Mereka harus sedar, lagu terang bulan dan negaraku berbeza dari segi seni kata mahupun lagunya. Lagu Negaraku ini diambil daripada lagu Negeri Perak di Malaysia dengan perkenan Majlis Raja-Raja Malaysia dan ia berentak rancak sewaktu kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohammad. Mengenai promosi ke Malaysia itu, Agensi yang menguruskan perkara tersebut bukanlah agensi Malaysia tetapi agensi dari Indonesia untuk menarik rakyat Indonesia melancong ke Malaysia dan Agensi itu akan mendapat untung hasil daripada pelancongan tersebut.

Maknanya, tiada kaitan langsung kedua-dua perkara itu untuk dikatakan ciplak dan sebagainya. Perkara ini tidak pernah menjadi pertikaian dan ia hanya akan menyebabkan kita saling memusuhi sahabat kita yang berbeza negara. Pelajar-pelajar yang mengadakan demonstrasi di hadapan kedutaan Malaysia di Indonesia harus beringat, adakah lagu Terang Bulan itu mempunyai kesamaan dengan Lagu Negeri Perak di Malaysia dan buktikan bagaimana anda katakan itu lagu Terang Bulan? kedua, pastikan sebenarnya Agensi perlancongan itu dari mana dan keuntungan daripada pelancongan tersebut kepada siapa. Kelompok yang cuba menjadi batu api itu sudah pasti mempunyai agenda sendiri. JANGAN TERPEDAYA!!! cubalah contohi persahabatan, Datuk Siti Nurhaliza dan Kris Dayanti, Datu Lee Chong Wei dan Taufik Hidayat dan persaingan sihat oleh Peter Pan dan Sheila On 7.
p/s Lagu Malaysia Satu nyanyian Faizal Tahir memenagi Peraduan Lagu Satu Malaysia

Selasa, 1 September 2009

Perbezaan "beza=x sama"

Banyak perkara dalam dunia ini berbeza, lelaki perempuan, cantik hodoh, garang ceria, kenyang kebuluran...Namun ada 3 perbezaan yg ingin sy ceritakan hari ini..
Pertama, perbezaan antara yg kita suka perangai dan lakunya dengan yg kita tidak suka...kalau anda perasaan, org yg anda x suka itu selalu menyakiti hati anda... semakin anda kenal diri dia yg sebenar, semakin anda geram dan x menyukainya sehingga anda akan terfikir "Ko ne xpaham bahasa ker!" dan berbeza dengan org yg kita sukai, mereka ini seolah2 tahu memujuk atau perasaan kita sewaktu kita bersedih ataupun ceria.. sepertinya mereka ada sewaktu kita memerlukan... kemudiannya kita akan berkata dalam minda "kenapa lah x semua org mcm ko.."...tu lah beza pertama...

Beza kedua, kita semua terfikir..bagaimana kehebatan manusia sebenarnya dalam memusnahkan mahupun menciptakan? memusnahkan ne, jauh berbeza dengan meciptakan, seolah2 apabila kita menciptakan ini, kita memberikan sinar baru, tidak mengira sama ada dia suatu harapan atau pun ikutan, tetapi apabila sampai kepada memusnahkan sepertinya ia berakhir dan tiada harapan...bolehkah perkara ini datang serupa? emmm...mungkin jawapannya ada pada perbezaan manusia utk mencipta dan memusnahkan itu sendiri.. jadi sy buat suatu teori, manusia mampu memusnahkan seperti sebanyak mana mereka mampu menciptakan, maksudnya perbezaan serupa... samaada ia bakal memberikan harapan atau tidak...manusia sendiri yang memilihnya..

Beza ketiga, sedarkan, manusia sentiasa inginkan yg berbeza...percayalah, suatu masa kita hendak benda yg baru. Kita berkehendak begitu untuk menilai...bukan yg mana datang dahulu tetapi yg mana benar. Apabila dah berbeza, baru lah kita akan boleh menjawab, adakah kita perlukan perbezaan atau tidak...

Ketiga2 perbezaan ini mempunyai perbezaan... apa perbezannya? terletak pada persoalan kenapa ia berbeza...beza pertama,,kerana perbezaan yg tidak serupa.. kedua, kerana perbezaan yg sama, ketiga kerana perbezaan yg berubah,
Maaf, panjang pulak cerita ne, tp akhirnya jelas x makna beza bg anda?hu3
itu sahaja..syukran
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Berhentilah seketika bagi membiarkan kita menikmati saat-saat yang kita hadapi.