Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi

Sabtu, 29 Ogos 2009

15 Malaysia

Kini, kita boleh melihat bakat-bakat pemimpin kita di tanah air seperti Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ahli Perlimen Rembau, Khairy Jamaludin untuk berlakon di dalam filem pendek hasil usah Pete Teo...bayangkan terlebih dahulu melalui trailer filem pendek tersebut
anda boleh saksikan trailer2 filem pendek ini di youtube...15Malaysia..
seperti dibawah, trailer Filem "Healthy Paranoia" lakonan Datuk Seri Liow Tiong Lai;

Jumaat, 28 Ogos 2009

Suatu Masa

Seniman yg bersuara emas yg menjadi pengembara mencari ilham hidupnya, sangat sy kagumi bakat dan muziknya...M.Nasir merupakan seorang daripada mereka... antara bait-bait lagu yang saya fahami dan dalami adalah lagu "suatu masa"...
anda boleh baca sendiri liriknya seperti di bawah...
selamat menghayati sebuah kekeliruan emosi oleh beliau dalam lagu ini...

Lirik Lagu Suatu Masa - M. Nasir

Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
Mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukan

Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan

Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya

Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah

Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima

Khamis, 27 Ogos 2009

Aku berkata benar!!

jalan berpayung, dgn selamber x tgk kiri kanan..tp telinga ku cerapkan bunyi bingit bunyi manusia yg suka mentertawakan manusia lain dgn suara mereka yg besar..dah la suara mcm gagak hitam penuh umpatan...HaHaHaHa... ala, aku berpayung biasa je, xda lah tergedik2 mcm mereka yg berteduh di wakaf tu, hari dah nak hujan, guna lah payung, salah ke lelaki guna payung ketika hujan, atau mereka nak aku biar kan diri terlentang dibasahi hujan..macho kunun..itu keB*d*han namanya!!
bagiku yg tahu mana yg pahit utk ditelan dan mana yg manis..aku x suka melayan telatah kebudak-budakkan yg sia-sia utk dinasihatkan...
namun, bgku kehidupan ini bak roda, kalau kita jatuh, ia bergantung sejauh mana tinggi anggan2 kita, bukan usaha kita...bagi mereka yg kununya belajar di wakaf itu, melihat ku yg berpayung ini bagaikan seorg badut.. diriku ini bukan lah baik sangat seperti yg mereka perkatakan, atau pun bodoh sgt, xtawu menilai lakonan atau sebuah keikhlasan..
sekilas air dilaut sudah ku tahu jantan ke betina...
Satu sebab mentertawakan org lain ialah, berpayung, ada satu prinsip yg ku pegang, selagi x melawan ajaran pegangan agamaku, maka aku lakukan...dan mereka lah yg membezakan org lain dan mengata2 krn mereka merasakan mereka dpt menutup keegoan sendiri, dgn memberitahu mereka lah yg terbaik dgn mentertawakan org lain supaya org tahu mereka yg paling pandai membuat lawak dan bercerita mengaibkan org lain, balasnya, aku xkan mentertawakan mereka..tetapi biar mereka ditertawakan oleh org lain, sebab aku x kisah, tetapi mereka ini lah org yg kisah kepada benda yg x berpatutan...
korang patut bertaubat...

Ahad, 23 Ogos 2009

Bukan Pilihan Musibah


Sumber dari Berita Harian; Tun Dr. Mahathir Mohammad dipetik berkata 2 perkara penting yang menjadi musibah kepada rakyat kita pada saat ini ialah 1) H1N1 2) Kemelesetan Ekonomi

mengikut pandangan umum, H1N1 berisiko tinggi utk dijangkiti oleh setiap warga Malaysia, sehinggakan PBB(Pertubuhan Bangsa bersatu) iaitu WHO(World Health Organization) mengiktiraf ia sebagai pandemik yang tahap berbahaya, virus yg cepat merebak di kawasan yang luas.

Tun Dr. Mahathir risau melihat kebanyakkan rakyat Malaysia tidak mengambil berat pemakaian topeng H1N1 dan mencadangkan cara mengatasi H1N1 sebagaimana disyorkan oleh kementerian kesihatan Malaysia iaitu pemakaian topeng itu dan menjaga kebersihan.

Beliau melihat kemelesetan ekonomi tidak berasa dengan bukti ramainya turun membeli-belah. Kemelesetan ekonomi mulai tenggelam apabila penularan Virus H1N1 semakin dipandang serius oleh dunia. tidak dapat dinafikan, isu ekonomi ini penting, namun adakah kita merasa bahang akibat kemelesetan ekonomi ini? Sebagai contoh, dalam berhadapan dengan pembahagian gula. Kerajaan bakal melaksanakan penstrukturan semula gula, respon masyarakat belum pun teringat utk memohon harga gula diturunkan. Apabila pemintaan menurunkan harga ini berlaku seperti yang biasa terjadi, maknanya kita merasai, setiap perkara itu berkaitan dengan kos iaitu ekonomi seharian kita.

Jadi, kita berhadapan dengan 2 masalah hidup. Bukan pilihan bagi kita, kerana kedua2nya penting. Namun, kita di Malaysia, jua tidak mementingkan kedua2nya. Membiarkan hanya sebuah pihak utk mengatasinya musibah kita. Persoalan utk anda semua, apa yang sedang kita lakukan sekarang? adakah kita sedar musibah ini?
Hanya persoalan untuk ditinggalkan.

Kini sebanyak 68 kematian berlaku di Malaysia tetapi kes jangkitan meningkat.
Jaga kesihatan diri, amalkan cuci tangan dengan bersih dan pastikan kebersihan kawasan anda. Berjimat cermatlah dalam berbelanja.
Sekian.

Sabar Family ; Aidilfitri Balik!

Cemburu...
Sedih...

Perasaan; melihat kamu
teringat keluarga yg tercinta

perjuangan bukan utk diriku sahaja
utk Family!

ikut hati besok balik, ikut akal tunggu dulu...
pengorbanan itu satu keperluan...
dan perjuangan ini..
belum pun selesai..
diraih buatmu
utk keluarga

gembira
bahagia

jika, INSYA-ALLAH

Sabtu, 22 Ogos 2009

Mengejar!

apa yang dikejar?
perlu atau nafsu
kenapa mencengkam keperluan
nafsu kadang perlu
ikut keperluan
maknanya bernafsu apabila perlu
atau terima nafsu kalau perlu
jadi, apa wajib?
perlu atau nafsu
kewajiban tidak perlu mengikut nafsu selalunya
kerana kewajiban tidak dibatasi oleh keperluan mahupun nafsu
pendek kata, kewajiban itu menjangkaui keperluan mahupun nafsu.
Bertindak mengikut kewajiban kemudian keperluan baru nafsu.
renungkan.

Salam Ramadhan

Salam,
Kepada semua yg mengenali insan berhati2 ini,

maaf andai ada tersalah
semua anggota
dari hujung ke hunjung
niat mahupun perasaan
yg tak dapat dihalang

maaf itu baik
memaafkan lagi baik

semoga ramadhan kali ini datang dengan penuh keberkataan..
kepada keng kawan dan saudara aqwang,
selamat menjalani puasa dgn kesempurnaan..

Isnin, 10 Ogos 2009

Seminggu

Dalam beberapa mingggu ne byk cerita ada...
Aq banyak melihat prosedur2 peniagaan..hu3...
prosedur dari pembahagian tugas dan bertugas...pelanggan..hu3
semuanya payah tanpa bantuan...jadi, Aq turut membantu di pesta..
pesta konvo kali ini agak meriah berbanding tahun lepas...
kali ini ada konsert gala merdeka anjuran RTM di padang UTHM disini..
ada Farah AF, zahid AF...ingatkan datuk siti buat persembahan sekali tetapi xda...sedih..hu3...Aq suka makan cempedak goreng kat ctu, mcm balik rumah...
Sedang dalam peringkat latihan fizikal n mental sekarang ne, persiapan utk kemerdekaan tetapi tak sure siapa sebenarnya bakal naik..hahaha
kemudian, mengujakan jugak...akademik bagai xbernyawa...nasib ada keng kawan yang suka menjaga kebajikan akademik awang mcm kak raihana, wafa, n pearla membantu...Terima Kasih Awak semua....huhuhu..nasib hari ne sempat g kelas walau pun setengah jam dah berlalu....tQ taw...

Ahad, 2 Ogos 2009

Hidup Universiti=Byk Presentation+TenSion

Ape nak jadi....
Lucu la, dalam satu sem belambak2 presentation...
Persoalan ; macam mana anda buat presentation kat kelas?

ape Tension nya?
1. kena buat baik2...x leh sukati...
n presen kat kelas ne seronok jugak sebenarnya, berbanding debat....7 minit seorg..
kat kelas 1 jam..hu3
2. Dapat member yg naik suhu... malas, hish3...alhamdulilah sekarang okey semua lagi..hak3
3. ada lah org, beli barang baru, semata2 nak buat presentation kan...hak3.. mana x tension..hu3

Jadi, tension 3 kali untuk satu presentaion tau...kalo byk...byk la tension...hu3

Sabtu, 1 Ogos 2009

UTHM Team DAS 09

Aqwang...supporter!!
Miss Ng N kak Yong...Pegawai akak kte Gtu..hahaha
Fazzy..cantik nama baru...hu3
herwin...gempak kan..hak3
Umol...lucu la...Nur Kasih, jgn lupa tau..hehehe
abg kim...ambil mood dulu...hek3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Berhentilah seketika bagi membiarkan kita menikmati saat-saat yang kita hadapi.