Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi

Ahad, 24 April 2011

Hari Kiamat Kian Hampir

Diimbau kembali hadis nabi muhammad saw; jarak diantara kiamat kepada zaman nabi muhammad pada ketika dulu ada sejauh antara dua jari sahaja..
'Aku
mendengar Nabi saw. bersabda sambil memberikan isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah: Waktu aku diutus (menjadi rasul) dan waktu hari kiamat adalah seperti ini (mengisyaratkan dekatnya waktu kiamat). (Shahih Muslim No.5244)
kita mulai dibutakan dengan kehidupan kemewahan dan berkekalan.....
mengapa saya mengemukakan tulisan ini adalah untuk memperlihatkan beberapa perkara yg wajar diingati...

Kemewahan, kita diajar untuk MEWAH!! duit adalah segalanya. Ini tidak dapat dinafikan kini. Semua membuta tuli menerima duit, tidak cuba hidup bersederhana. Beri sahaja RM100 dan percayalah, sehari pon boleh hilang, tanggunggan perbelanjaan menjadi banyak. Apa hadis rasulullah mennyatakan pada hari kiamat; Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Kiamat tidak akan terjadi sebelum seseorang melewati kuburan orang lain lalu berkata: Alangkah senangnya bila aku menempati tempatnya!. (Shahih Muslim No.5175)

Fitnah akan mulai berleluasa, tanda hari kiamat, siapa tidak menyukai gosip sekarang ini? orang yang tidak suka mengata orang akan disisihkan dari persahabatan atau lebih dasyat IKATAN KELUARGA hanya diBINA melalui FITNAH! itu yang terjadi pada masa sekarang, masing2 akan mulai berbual mengenai perkara mengaibkan utk mendapat teman. Rasulullah saw. bersabda: Akan terjadi fitnah di mana orang yang duduk (menghindar dari fitnah itu) lebih baik daripada yang berdiri dan orang yang berdiri lebih baik daripada yang berjalan dan orang yang berjalan lebih baik daripada yang berlari (yang terlibat dalam fitnah). Orang yang mendekatinya akan dibinasakan. Barang siapa yang mendapatkan tempat berlindung darinya,
hendaklah ia berlindung. (Shahih Muslim No.5136) Berapa ramai yg suka berlari utk Gosip??!

Kemaafan bukan lagi cara hidup,tetapi berperang, tanda hari kiamat ketiga. Di mana agaknya keamanan di dunia dengan pesongan minda manusia sebegini? anda akan dibuai dengan pertempuran baik fizikalnya mahupun lidah*lebih tajam dari hujung pisau. Di Malaysia sahaja kita diajar untuk berpisah, mencari perbezaan hidup,meningkatkan keegoan diri. Kaum berbeza*bercakap belakang~dijadikan amalan. Entah siapa mengajar mereka! Rasulullah saw. bersabda: Apabila dua orang muslim saling bertarung dengan menghunus pedang mereka, maka pembunuh dan yang terbunuh, keduanya akan masuk neraka. Aku (Abu Bakrah) bertanya atau beliau ditanya: Wahai Rasulullah, kalau yang membunuh itu sudah jelas berdosa, tetapi bagaimana dengan yang terbunuh? Beliau menjawab: Karena sesungguhnya ia juga ingin membunuh saudaranya. (Shahih Muslim No.5139) Bukan main sekarang, kita diajak untuk berkelahi dan sebagainya. Malangnya masyarakat kita ini bagai meneguk di air keruh, siapa yg kuat dijulang menjadi juara*Apakah kita ini selayaknya melupakan kekuatan itu datang drpdNYA.

Dajjal, Rasulullah saw. bersabda: Dajjal itu buta mata kirinya, berambut lebat, ia membawa surga dan neraka, nerakanya adalah surga dan surganya adalah neraka. (Shahih Muslim No.5222) Kita akan dikaburi, perkara yg membawa kepada kejahatan akan diperlihatkan baik dan sebaliknya. Lihat berapa kita menjadi buta, sehingga kita menghina orang misikin dan tidak berilmu, sedangkan betapa perkara itu dibenci oleh Allah SWT. Lihatlah bertapa ligat kita utk ke kelab malam berbanding utk aktiviti2 amal. Dan bertapa terpedaya kita, menerima kebenaran hanya daripada orang yg berPURA2 baik daripada Orang yg bercakap benar tetapi Tidak BerPURA2.

Kesimpulannya....kita perbaiki kehidupan yang kian MEWAH, GOSIP, TIDAK MAAF-MEMAAFI dan MENILAI HANYA BERDASARKAN LUARAN.Jangan kita menghina orang yg tidak mengamalkan kebaikan tetapi mengajar kebaikan kerana mereka lebih baik daripada yang mengamalkan kebaikan tetapi tidak mengajarkannya kepada yg lain.

Jumaat, 1 April 2011

Interaksi Rendah

Ini interaksi manusia...cikgu saya pesan.."Jangan berkongsi kejahilan anda bersama saya." Kejahilan yang difokuskan kali ini ialah Egois. Ego ada baik dan buruk, tetapi ego dalam interaksi adalah dungu. Ego pertama;tak tahu tetapi tak nak tanya. Semata-mata hendak mengekalkan keEGOan bahawa aku tak perlukan rujukan,kita sanggup meneruskan kebodohan yang akhirnya menjatuhkan diri sendiri. Situasi; tak pandai buat surat tak rasmi tetapi tak tanya walaupun cikgu berada di situ. Dalam mencari ilmu,cemuhan seorang cikgu itu perkara sinonim bagi orang berjaya. Jadi,tiada alasan untuk ego alam interaksi lebih-lebih membabitkan ilmu.Ego interaksi kedua, "tin bising,isi berupa habuk pun tak ada". Situasi; mengajar bagai merak kayangan tetapi time ujian meniru pengiraan orang lain. Akhirnya, bermegah dengan tiada guna untuk ego. Ketiga, Ego interaksi dalam komuniti. Sebagai orang bertanggungjawab, teguran itu adalah nasihat untuk memperbaiki diri dalam komuniti. Namun, sindrom ego interaksi menyebabkan tak sanggup mendengar teguran. Dah lah buat salah, tak mengaku salah tiba-tiba marah sebab salah kelalaian tanggungjawab sendiri. Takkan menunggu tanggungjawab terabai baru nak terhantukkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Berhentilah seketika bagi membiarkan kita menikmati saat-saat yang kita hadapi.