Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi

Ahad, 22 Ogos 2010

Update jadual!

jadual diperkemas

hujung minggu mendapatkan hasil circuit
htr lab report
test 1 digit
test 1 network
test 1 control

Hari Raya Aidilfitri

test 2 bermula

kesimpulan, satu minggu ne buzy test.
Gambate! kurangkan bermain byk membaca dan membuat latihan.

Khamis, 19 Ogos 2010

Selamatkan Palestin




Hati mana yang tidak tergentar? melihat bom motar milik israel menghujani bumi yang pernah suatu masa dahulu dijadikan kota suci orang islam mahupun yahudi. Kita berada di sana menjadi sasaran peluru hanya kerana kita bukan mereka iaitu yahudi zionis!! Di mata mereka, meskipun warna kulit kita berbeza, kita merupakan tetamu di tebing gaza tetapi sekelompok masyarakat yang pelbagai bangsa tidak akan disambut gembira di sana. Kita di sini saling menghormati walaupun sering beprasangka tidak pun seteruk mereka yang hanya mempunyai beberapa bangsa. Saya bersyukur dan bangga menjadi rakyat Malaysia! Berada di sana, kita akan cuba melafazkan niat untuk berjihad menentang keganasan Israel dengan batu dan pasir yang hanya melayang dipuput angin. Kita berusaha mati dalam iman yang diimpi-impikan semua orang, menegakkan kebenaran meskipun ia pahit dan sukar. Setiap masa berada di keadaan ketakutan apabila menyaksikan manusia lain mati ditimpa motar helikopter Israel. Namun kenyataannya, kita akan lari bertempiaran cuba menyelamatkan yang tersayang daripada menjadi mangsa bom motar kerana kita faham perjuangan itu seperti melepaskan batuk di tangga. Disebabkan hujan dosa Israel ini meragut nyawa mereka tidak berdosa, kita bangun semula walau kita hanya berbekalkan badan sehelai sepinggang dan batu segenggam. Jikalau berkemampuan, walau tidak cukup tangan, kepelbagaian muka batu kita kumpulkan menjadi sejata . Itulah yang dirasai oleh mereka di sana, jalan diplomatik di pentas dunia yang terkemuka iaitu PBB hanya mengikut telunjuk Israel dan "mengigit kuku semata" semasa suara "semut" milik orang KITA selaku orang yang cuba menegakkan keadilan bergema di Dewan Mesyuarat PBB. Entah apa perkara yang dilakukan orang di Pejabat PBB, bersenang-lenang dengan perkara terjadi di Palestine dan sengaja dihentikan suaranya. Penguasaan Israel terhadap media menukarkan segala bentuk kebenaran menjadi pembohongan terutama apabila media yang aktif ke udara dalam menyebarkan fakta-fakta kononnya menerima tapisan maklumat daripada Israel. Bayangkan kita diketandusan kebenaran dalam internet dan akhbar, kita disekat mengetahui kebenaran yang kita ingin kecapi. Mulut kita seperti berkata-kata tetapi tiada bunyi! Namun kita bangga, mendengar nama-nama wartawan serta badan-badan kemanusiaan yang hadir ke bumi Palestin dan mereka bertemankan jurugambar membenarkan masyarakat dunia menyaksikan kekejaman milik israel dari lensar kamera walaupun mereka tekorban. "Rachel Corrie", anda mungkin tidak dapat mendengar suara kami lagi dan kita tidak pernah mengenali selepas anda mati kepada Israel baik dihitamkan perjuangan anda daripada memori dunia, baik jasad anda tidak dihormati sebaiknya oleh mereka tetapi setiap kali kami mendengar nama anda lebih-lebih lagi anda bukanpun berdarah Palestine, kami jatuh cinta terhadap keberanian anda! Anda pejunag kemanusian yang dunia sanjungi! Thank you dear Racheal Corrie, you give us inspiration about how naive we are in our world to stand for our right!! Diakhirnya, kami mengenali anda dengan nama baik anda dan bukan seperti Israel yang akan dikutuk sampai bila-bila walaupun mereka kelompok Israel yang mencipta teknologi tetapi kami tidak perlukan orang seperti mereka, kami ingin kebahagian bersama teman seperti anda, Racheal. Sesungguhnya anda tidak akan lenyap dari ingatan kami semua.

Selasa, 17 Ogos 2010

Lirik: Tak Mungkin Berpaling (Mawi dan Zamani)

Tidak mungkin kuberpaling lagi
Salah sangka yang direncanakan
Gelora melanda
Adalah dendammu
Setelah diriku
Tak mampu menjadi milikmu

Cukup sudah hati berdarah
Usah ditambah cerita yang sudah
Di mana kekasihmu
Yang pernah kau sanjungi
Mengapa pula padaku
Menjadi pelepas ceritamu
Dan jua sepimu

Usah menabur budi
Mengharapkan simpati
Sedangkan kau menitip
Cemburu iri hati

Tak mungkin kuberpaling
Padamu yang meracuni
Rimbunan kasihku
Sehingga berguguran
Kelopak cinta kita
Kerana mu, tak lagi mengerti hatiku

Ulang rangkap 3

Sehingga berguguran
Kelopak cinta kita
Kerana fitnahmu
Walau segunung sesalmu
Tak mungkin kukembali
Cukuplah sekali
Kejelekanmu
Menggamit pilu

Tidak mungkin kumaafkan lagi
Salah sangka yang direncanakan
Adalah dendammu
Setelah diriku
Tak mampu menjadi milikmu
Sepenuhnya

Rabu, 11 Ogos 2010

SelamaT Berpuasa

Salam dan selamat berpuasa kepada semua sanak saudara dan famili...tidak dilupakan kawan-kawan yang berada dimana sahaja di seluruh dunia. Ramadhan Bulan Puasa....
Banyakkan beramal dan tinggalkan perbuatan Lagha...
bersihkan jiwa dengan ketenangan dan sentiasalah ingati Allah SWT Tuhan Semester Alam..
Taubat lah selagi kita sempat dan sedarlah betapa kita ini yang kerdil di sisi Allah SWT..
Amalan jangan tinggalkan solat, berzikir dan banyakkan membaca buku.. hu3

Ibn Abbas r.a. berkata: Nabi saw. tidak pernah puasa sebulan penuh kecuali Ramadhan, dan selalu puasa sehingga orang berkata: Tidak pernah tidak puasa, dan ada kalanya tidak puasa sehingga orang dapat berkata: Tidak pernah berpuasa. (Bukhari, Muslim).
-sumber http://bukharimuslim.wordpress.com/category/puasa/-

Hiburan ketika berpuasa: dendangkan lagu2 nasyid..keinsafan..cuba check lagu Maher dan Yusuf Islam..

Jangan lupa siapkan tugasan berlambak..tunda2 makin kebelakang..hu3
Kepada Faz,Quin n Amirul..selamat hari lahir!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Berhentilah seketika bagi membiarkan kita menikmati saat-saat yang kita hadapi.