Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi

Sabtu, 27 Jun 2009

Akademik Lembaran Baru...


Pastinya kemasukan baru ke universiti cukup meriah,
deretan keluarga, ibu bapa datang dari serata negara...menghantar anak2 ke unvcty dan ada yang hanya mampu menghantar ke lapangan terbang.
Semua merasa bangga dengan berjayanya masuk ke menara gading yang sangat diidamkan.
meskipun pada waktu itu getaran zarah2 atom di badan belum terasa, tetapi senyuman yang melebar dan dada yang meninggi bagaikan mengiakan ilmu2 ke peparu lalu menusuk ke ruangan minda.
Duit dilaburkan oleh ibu bapa dengan bayaran yang tinggi membayar segala yuran2. Dikira dengan teliti sehingga tangan penat memberi...lalu berkata "Ini duit untuk Ali, Belajar baik2 ye nak".
barangan siap dibalut dengan teliti....
Namun adakah perasaan ini masih kita rasai?
adakah kita membawa matlamat ini untuk menjadi penyuluh?
Kerana pada detik itu lah sebenarnya kesedaran matlamat kita sebaik melangkah ke menara gading....
apabila lupa, lalu kita terjebak dgn masalah sosial sehingga lupa keluarga yg sentiasa merelakan pemergian anak tersayang di kejauhan menuntut ilmu...
dan segala doa ibu bapa dan keluarga kita abaikan..
disitu lah titik yang menandakan kita sudah LUPA!!!

Jumaat, 26 Jun 2009

Isu Selatan Thailand : Kenapa terus bergolak?

Kenapa terus bergolak?
Sayang seribu kali sayang...sekiranya selatan thailand ini aman...pasti anugerah alam di sekitarnya boleh kita majukan...
isu selatan thailand ini menjadikan perbezaan fahaman agama sebagai puncanya...
singkap semula sejarah, selatan thailand dikenali pada awalnya dgn kes pemberontakkan..
perbezaan berlaku dgn majoriti penduduk di 14 wilayah selatan thailand adalah Melayu Islam dan agama rasmi Thailand ialah Buddha.. isu ini menjadi parah pada era pemerintahan Thaksin Shinawarta lewat 2004. Pada pemerintahan Thaksin lah berlaku pemerintahan yg menumpukan untuk membentuk keamanan di Selatan Thailand. Namun, penumpuan secara khusus ini menjadi api dalam sekam di kalangan penduduk Selatan Thailand kerana usaha Thaksin berteraskan pejuangan matlamat persendirian dan bukan Nasionaliti. Terdapat 2 permasalahan kerajaan Thaksin di selatan Thai..pertama dalam pembelaan Hak2 Penduduk Selatan Thai dan Kedua Fanatik Keagamaan.

Dalam kes Pertama, Pertubuhan
membela penduduk selatan Thai kerana hak-hak mereka digugat cth; Penggunaan Bahasa Melayu dan Agama Islam seperti Pertubuhan Pembebasan Bersatu Pattani (PULO) dirasakan oleh kerajaan Thailand sebagai suatu gerakan yg cuba melampaui kuasa kerajaan tetapi bagi penduduk selatan Thailand, mereka rasa terbela dan PULO yang bergerak secara bersenjata pada 1970 bermatlamat jelas utk membela hak2 penduduk selatan Thai. Disebabkan dokongan pertubuhan sebeginilah menyebabkan penduduk Thai berani memohon hak2 mereka diletakkan di dalam Perlembagaan Thailand. Namun kes ini tergantung kerana jawapan tidak diberikan mengenai hak2 mereka dalam perlembagaan.

Dalam kes kedua, kes-kes pembunuhan yang tidak terhalang di Selatan Thailand seperti pada 9 Jun 2009, 11 jemaah ditembak ketika solat isyak di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan, Sungai Golok kira-kira pukul 8.50 malam (waktu Malaysia) ; sumber Haraqah dan terbaru kejadian menetak juga di Masjid mempersoal kredibiliti kerajaan Thailand menyahut tangan penduduk-penduduk Muslim di Selatan Thailand dan mengapa kerajaan Thailand seperti tidak telus. Tidak telus apabila tindakan yang lambat dalam berdepan dengan kes sebegini. Janji Thaksin memerintah adalah mewujudkan pelan pedamian tetapi apakah bentuk pelan itu? adakah dengan membiarkan penduduk Selatan Thailand terus berdarah?
Bagi bekas Menteri Luar Thailand Surin Pitsuwan menyarankan supaya model perdamaian Gerakan Aceh Merdeka (GAM) dengan kerajaan Indonesia di Helsinki Ogos 2005 digunakan dalam menyelesaikan pertikaian di Selatan Thailand.
Saranan beliau perlu dilaksanakan secepat mungkin kerana Pelan ini berjaya dan konflik keagamaan ini dipandang serius oleh dunia.

Tidak salah mereka melihat apa yang berlaku di negara kita ini, bukan untuk membanggakan sesiapa. Namun, negara mana yang berbilang bangsa dan agama mampu bergerak bersama-sama dalam memacu pembangunan negara. Walhal, semua mengetahui tiada bumi yang tidak bergolak dengan kepelbagaian budaya. Walaupun wujud sesetengah pihak yang cuba menghasut kita agar berpecah, tetapi disebabkan ratapan kita didengar dan tangan yang dihulur disambut, kita rasa sedar tentang kekurangan kita bukan lah suatu kebahagian disebuah pihak yang lain tetapi cuba dilengkapkan dengan kelebihan yang lain. Kita sedia menerima pendapat yang lain jika ia relevan. Kita musyawarah dalam isu-isu sensitif, sehingga isu-isu sensitif kita ketepikan dahulu keegoan bangsa dan agama kita untuk mendengar keluhan yang lain. Percayalah trajedi seperti 13 Mei 1969 bukanlah menjadi pilihan terbaik dan membanggakan kita, tetapi ia kekal menjadi sebuah trajedi hitam di negara kita, Malaysia.

Namun begitu, kegagalan pelan pedamian oleh Thaksin, beliau digulingkan dari jawatan Perdana Menteri kerana kegagalan beliau untuk memerintah Thailand dengan baik lantaran konflik Selatan Thailand terus menular. Ramai berkeyakinan beliau tidak bersikap nasionaliti tetapi kelihatan seperti berada pada satu pihak sahaja dan menggunkan medium ketenteraan dalam MENDESAK penduduk Thai. Seterusnya, 2 permasalahan penduduk di selatan Thai masih tingggal persoalan...dan mereka kekal bagai telur di hujung tanduk!

Rabu, 24 Jun 2009

Transformer revenge

Transformer... revenge of the fallen...
Keheningan malam terganggu gara2 transformer di pawagam malam tadi...
movie aksi yg sangat mementingkan kualiti grafik semata...
kebaikan transformer kali ini... kekuatan pada kualiti gambar, menunjukkan ketelitian pembuatan gambar yg selari dengan jumlah transformer yg semakin bertambah... selain itu, nilai kehidupan kolej budak2 di United State jua diketengahkan... filem aksi ini meluaskan pandangan tentang teknologi, tiada yg lebih mengagumkan selain melihat ' WOW' di layar skrin... menarik kepada pencinta2 cerita aksi yg menambahkan penglihatan tentang hasil teknologi yg tinggi...
tetapi..
kelemahan.. kualiti dari segi emosi dan moral yg gagal ditimbulkan dalam movie ini... ini menyebabkan emosi para penonton gagal dibawa dalam melayari skrin tersebut...faktor 'WOW' menidakkan perasaan kasih kepada transformer dan manusia di dalam filem ini...Nilai moral seperti kasih kepada alam tidak dikukuhkan...sehingga kita rasakan kembara HERO yg cuba menyelamatkan bumi adalah kerana kedudukan HERO sebagai kawan..bukannya disebabkan kesedaran HERO tersebut terhadap bumi... kedua, plot cerita yang mudah dijangka.. bagi filem yg berkualiti, plot yg menarik walaupon pelakon yg murah..masih mampu menarik perhatian penonton.. dan ketiga, kesimpatan ruang minda.. kekuatan transformer hanya ditunjangi oleh United State sahaja. sedangkan masalah di China tetapi diberikan mandat menyelesaikannya kepada US..tidak ada perbincangan dgn penghuni bumi yg lain..
Saranan kepada para penonton atau bakal menonton.. kalau anda bukan peminat filem aksi..jangan tonton..jika anda ingin menambah kepakaran dalam teknologi..ikuti kembara transformer ini....

Ahad, 21 Jun 2009

Kerjasama UTHM

Alhamdulillah kepada Allah ku panjatkan kesyukuran..tempat ke 5 unvct..
sebuah lagu yg tidak mempunyai bait2 lirik yg indah....
bagaikan alunan yg penuh persoalannya...
x sia2 ibuku merelakan kepulanganku ke uthm..dan sempat menjeguk keluarga hanya seminggu..
ustad aq penah berpesan, rezeki di dunia ni dimudahkan dgn doa dr ibu bapa...
dan sokongan kawan2 sgt baik... dan usaha dijanjikan ganjaran oleh Allah jua....
kadang2 perkara yg mudah diringankan, sehingga tapak yg asas setiap insan dan berkat ilahi kita lupakan...
Kesediaan kita utk berada disesebuah tempat bakal membuka peluang kita menempah apa2 bentuk kejayaan mendatang...
nasihat2 dari kedua org tua, keluarga, sahabat2, rakan sepejuangan...boleh mengerakan kita kemana2...
peganglah prinsip asas; kalau ada benih yg baik, jatuh kelaut menjadi pulau....

Tahniah diucapakan kpd semua pasukan debat khususnya pasukan UTHM utama dan pasukan UTHM swing kerana berjaya menyertai debat FOMCA 09....rakan2 debat dari universiti dan IPGM lain...UTM, UTP, UMT, UPSI, UKM, IPGM Gaya dan sebagainya..
Tidak dilupakan kepada Para Rakan Pendebat yg turut menjadi Pihak pengurusan....dan beberapa MPP yg turun padang... bagi mengharumkan nama universiti dan atas rasa tanggungjawab sendiri...
Para rakan2 runner dan ajk...sudi membantu penat lelah program walau waktu cuti...
senyuman anda penyeri sesudah penat berjuang..huhuhu

TAHNIAH kepada keng kawan yg berjaya menjejakkan kaki ke menara gading...
keputusan UPU yang baru keluar...
Maaf lambat ucap tahniah..khususnya keng kawan dari SMK Tatau, bekas sekolah aqwang..
Ada yg g UPSI, Unimap, UMP, UNIMAS....
usaha tangga kejayaan...

p/s Pasukan UTHM utama rangking ke 5 dan pasukan UTHM swing rangking ke 23 daripada 42 pasukan univ. dan IPGM...

Ahad, 14 Jun 2009

Anugerah Pertama Blog...



Terima kasih kepada juri (Nasirin) kerana memilih saya di antara pemenang BERTUAH...
Sy pasti mencuba lagi baik pada masa akn datang dan sy cuba kurangkan kontroversi..huhuhu
Copy award PERTAMA di bawah untuk diletakkan di blog anda

Nyatakan 5 fakta menarik tentang si pemberi award ini
apa yg menarik ttg dia ya???heheh
  1. Dia pandai di sekolah, sarawak, MALAYSIA, DUNIA...xper...xkisah tulis benda2 ne..hu3
  2. PeMinAt AF especialy AF2.. setia ADAM gtu..hu3
  3. SuKa menyanYi.... layan ERA fm...hu3
  4. muKe org Melanau....cos die org melanau...hu3
  5. Sangat RAJIN... termasuk lah masak french fried..hu3
Anda perlu memilih 10 penerima award..

nASirin...kalo boleh..hu3
Syrus
azlan
Cikali
faz
herwin
junny
Kak Berry
Abg Sofuan
Kak Habibah

KeTiKA


kETika
ManUsia LuPa
CaKap Lepas MereKa Tak BoLeH pakai
MenYuSahKAn Hati MemIkiRkan
PenAt MeReKa SiA2
BeRgElUmaNg DeK DosA mereKa Juga
JaNgAn DengaR KeRAna Ego Itu miLik MereKA

Rabu, 3 Jun 2009

Politik: Kalau Berani?!

Ketika nada lawak bergema2 dlm keadan mempersendakan parti lawan dgn kemudahan teknologi.
cth; clip video kreatif....tambah,potong dan edit2... suker tengok org dipersenda dan kita mengikut hati kerana marah sikap mereka...
ttp malang kita juga seperti mereka..mengikut hati dan sikap mereka..cakap x serupa bikin...
kalau kita hendak tau, sikap kita yg suka mengedarkan mesej2 berbaur kepartian ini
mengikis sifat cintakan pemimpin sehinggakan kita akan tertanya-tanya... kita bangga kah jadi rakyat Malaysia? itu lah perkara yg disemai melalui video sebegitu..
niat tak menghalalkan cara...
kebanyakan video2 tersebut byk memperlekehkan parti bertanding sehingga pengundi merasa jijik melihat sesebuah parti...sy kira cara itu kotor...
ia kebanyakannya adalah bukan fakta dan memperlihatkan pandangan sesebuah parti...
sy kira kita matang dalam menilai sesebuah perkara...
kita tak boleh menilai berdasarkan pandangan org lain...
sy suka menilai dari segi aspek ape yg telah dibuat dan dilaksanakan...
dlm 50 tahun BN memerintah dan dlm 3 tahun lebih Pas memerintah Kelantan...
perkara sebegini lagi baik untuk diketengahkan dlm perbincangan kepartian...
kelebihan menggunakan video ne sy rasa memang sgt menarik sehingga org terutama pengundi terbawa2 dgn mesej2 yg dibawakan kerana org Malaysia suka mempersendakan orang lain kerana bagi kita di Malaysia ia menyeronokan... kalau org Malaysia x suka mempersendakan org masakan mereka gemar utk memupuk norma membenci negara sendiri dgn melihat video2 yg mereka sendiri tahu membawa kepada dosa2..fitnah, mengumpat...
sy rasa aliran pemikiran politik sekarang lebih disebarkan oleh golongan2 dewasa berbanding aliran pemikiran pendidikan yg sepatutnya lebih diasah kepada anak2 generasi muda..
pendidikan itu lebih wajib dididik dalam jiwa muda-mudi, sayang kerana sekarang ia semakin kita ketepikan kerana tempias politik yg kita tanamkan lebih bermakna dari pendidikan ini...sayang.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Berhentilah seketika bagi membiarkan kita menikmati saat-saat yang kita hadapi.