Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi

Jumaat, 29 Januari 2010

Sesuatu untuk di kongsi

Redha dgn ketentuan ilahi..
bisikkanlah doa menenangkan diri..
apalah daya manusia lemah menandingi hikmah seribu pengertian..
Ingat, sesiapapun tidak menginginkan keperitan terjadi...
manusia pasti jua kembali, siapa menduga sesuatu yg xpasti..

Namun, Allah mengetahui,perpisahan meragut keyakinan diri..
tinggallah anak soleh harta di duniawi,
mendoakan ibu bapanya betemu di syurga hakiki....
lalu bentangkanlah sejadah teman sejati..
biarlah wudukmu membasahi dahi dan menyegarkan subuhmu..
sujudlah kepada Yang Maha Esa...berserah segala kepadaNya dalam rebah hambaNya
menginginkan kelembutan terasa di hati
bersimpul syahadah selawat abadi
takkan pergi dan datang sesuka hati

Ruangan angin yang berpusaran
membibitlah kata harapan
sesungguhnya, yg pergi pasti ketemua lagi, namun yg hidup jgn lupa akan mati...

Isnin, 25 Januari 2010

Membunuh diri!

Dunia penuh jenayah
geloranya hebat!
haruman darah saudara sendiri
dicatatkan abadi...
hendak dibiarkan kah?

rekaan apakah menyerupai kalungan abadi
bunga2an dari syurgawi wangi sejati
berjanji setia kala gurisan halus melakar
dadanya dihunus buah tangan saudaranya

saudara?
mengapa kerja menjual saudaramu
sanggup bermati2an semata2 kerana tugasmu
virus melenyapkan data mindaku
merebak ke ruangan katamu dulu bermakna
perlu sangkaan melukai kenangan

mimpi indah menjelma dlm keheningan
ia buruk, mengapa luahkan?
biarkan dirimu ku junjung sebagai saudaraku
dan tugasmu, jangan biarkan kerja itu
memburukkan mataku terhadapmu

aku xsanggup...biarkan ku mati dlm kenangan yang jelas
bermuka kau ku anggap aku dikhianati
ku bunuh kenangan yg indah demi dendam
dan kau mati

kau tidak membiarkan jawapanku betul
kau mengkhianati dan segala usaha menjatuhkan aku
tersentak, kerana kau hanya ingin menyedarkan ku
dari kebenaran indah bertukar gelap, rupanya kegelapan itu jawapan siang
kau berpura2, usahamu berjaya..menjayakan aku
rupa2nya kau menipu, segalanya demi ku
aku diraih mempercayai dendam, untuk berjaya..
untuk membunuh kenangan mu...tetapi...kau adalah saudaraku paling baik..

kau berdusta demi tugasmu
membiarku hidup berdendam..
aku pembunuh!! jangan lah kau membayangiku dgn amarah ku terhadap diriku!!

Ahad, 10 Januari 2010

Kerana Agama, Bukan 13 Mei Tuntutan Agama!!!

Suatu yg memalukan dan terluka buat kita dlm sebuah komuniti beragama utk membenci satu sama lain, Tindakan yg bukan diajar oleh agama dlm membuat perundingan... Benci, kepada anda2 yg menyemarakkan kemarahan org lain KONONNYA untuk menegakkan agama sendiri. Tindakan membaling botol api ke sekolah covent di Taiping serta, jangan sampai kita melakukan kesilapan yg sama seperti 13 Mei yg ternyata kita Dungu pada waktu itu sehingga ia menjadi penyebab kpd tindakan oleh kerajaan yg dihina oleh kita tetapi itu berpunca drpd kedunguan kita mencetuskan bau2 perkauman. Kalau benar anda pencinta Agama tercinta...kenapa percaya kepada fitnah?? keputusan perundingan belum tercapai sudah pandai mengangkat senjata..BODOH..anda bodoh..sedangkan Rasulullah SAW sendiri tidak bertempur sebelum berunding cthnya dlm penawanan semula Mekah..siapakah anda yg BODOH itu..memalukan sahaja dgn membaling botol ke sekolah tempat utk pendidikan KONONNYA hendak mati syahid tetapi bukannya anda mati syahid tp pelajar yg sedang menuntut ilmu tu utk kemajuan agama, bangsa dan negara... nasib tiada yg meninggal..ketaksubaan tidak bertempat!! kalau benar pencinta Agama Islam, sedarlah.... utk bersolat! jgn membiarkan masjid lekang utk beribadah! bayar zakat fitrah, zakat harta! ingat halal makanan! cari rezeki yg halal!! ini byk berlaku kpd remaja islam, sehingga ada yg terjebak dek dadah...dimanakah anda perjuang Agama dlm mendidik pelajar2 ini daripada terjebak dgn masalah yg boleh dibendung oleh masyarakat?? Dimana kekuatan anda utk memanggil mereka semula ke jalan kebenaran..belum lagi Ajaran sesat, Riba, Arak, pelacuran, LIWAT! Rempit! dimana anda ketik bumi palestin dibom? Rasuah! Namun, apabila berkaitan tentang perbezaan tidak kira lah AGAMA, BUDAYA, BAHASA, CARA, anda semua meluru, mencaci, menghina dan melakukan perbuatan2 yg BODOH yg BUKAN PUN mengikut ajaran Agama tercinta, ISLAM... terbaru sebanyak 130 NGO Islam sudi memantau gereja agar tidak tertindas utk mereka yg bukan beragama islam melaksanakan tuntutan Agama mereka, sanggupkah kita sesama saudar utk bertelingkah demi perkara yg belom disahkan?!? sesungguhnya mereka hanya MENUNTUT kebenaran bg pihak mereka dan JANGAN KITA MELAKUKAN PERKARA YANG TIDAK PUN DITUNTUT OLEH AGAMA ISLAM!!!

Isnin, 4 Januari 2010

Keputusan Hijrah

Feng Shui bukan lah sebab utk ku berpindah..ha3..tidak mungkin ku menoleh lagi buat kesekian kalinya. Mungkin anda xpercaya tetapi ku sudah pun berhijrah dlm byk perkara...kalau dulu aku terlalu mendangar, sekarang biar aku membuat keputusannya.. biarlah apa mereka hendak kata. Namun, biarlah aku dicabar dgn kata2 mereka kerana berhijrah aku bukan berundur, bukan mengalah, bukan merendah..tetapi aku percaya akan sebuah makna "Hijrah"...Hijrah yang membaikkan daripada yang tidak baik...InsyAllah.. aku percaya akan takdir yang mempertemukan baik memisahkan...sebuah kemuncak,kini aku di tingkat 3 sebuah hijrah dari tingkat satu walaupun hanya berlatarkan pemandangan jalan raya hitam tetapi itu lah sebuah kaca mata yang jarang utk berada di kemuncak sebegini...aku pastikan, biarkan aku, aku selalu dikongkong, biarku melakukan kemahuanku, biarkan aku menanggungnya, biarkan...kerana kebergantungan aku biar ku cuba...aku semakin yakin.. pertaruhan ini akan ku ikat dijemariku... berhijarah dari sebuah hinaan akan ku ubah menjadi puji2an kepada kedua ibu bapaku yang tersayang, sentiasa percaya, setia kepada ku..terima kasih buat pendorongku... aku yakin kali ini jalannya terletakpada keputusanku yang mudah ini, Hijarah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Berhentilah seketika bagi membiarkan kita menikmati saat-saat yang kita hadapi.