Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi

Rabu, 11 Mei 2011

Bahasa Melambangkan Budaya

Sebuah ungkapan lama orang Melayu disisipkan dalam kamus peribahasa Bahasa Melayu dulu dan kini dikenali dalam Bahasa Malaysia. Ia bukanlah sebuah ungkapan yang digunakan bagi mempermainkan budaya,orang barat kata"Bahasa itu cuma komunikasi". Namun, kita perlukan wadah bagi membuka minda berkenaan ungkapan "Bahasa melamabangkan Budaya" kerana ramai yang masih tidak percaya akan kehebatan BAHASA.
.
Setiap manusia dilahirkan umpama kain putih, senang diwarna dgn tempiasan sahaja ke atas kain tersebut tetapi sukar mencorak sehingga menjadi seindah kain batik tenunan asli. Hadis riwayat bukhari menriwayatkan sabda Nabi"
perumpamaan teman yg baik & teman yang tidak baik ialah umpama wangi-wangian dan tukang besi. Adapun pembawa wangi-wangian, sama ada dia memberinya sedikit ataupun anda membeli daripadanya sedikit ataupun kamu dapat mencium dprdnya bau yang wangi. Manakala tukang besi, sama ada dia membakar bajunya ataupun kamu akan mencium dairpadanya bau-bauan yang busuk."
Jelas, menunjukkan pesekitaraan itu memberikan impak kepada manusia lebih-lebih lagi sahabat disekelilingnya. Akhirnya wujudlah BUDAYA.
.
Segala perkara yang kita perolehi akan kita aplikasikan bagi membentuk "komunikasi" bak kata ahli akademik barat. Seolah-olah, mereka meninggalkan pengertian ayat tersebut. Berlainan berbanding Al-Quran yang mempunyai makna dalam setiap ayat baik berkias mahupun terang. Contoh bahasa agung yang molek adalah Al-Quran,bukankah sia2 ia diturunkan andai kita tidak mengerti kehebatan susunan bait2 kata yang sangat banyak untuk kita pelajari di dunia ini.
.
Logik akal"Bahasa Melambangkan Budaya" adalah seperti Bahasa Al-Quran dan Umat Islam pada zaman Nabi Muhammad yang Bahasa mereka sangat halus tutur bahasanya menunjukkan kegemilangan Islam pada detik itu. Tidak hairan banyak karya-karya tulisan Arab dirampas sewaktu Penjajah menaluki Negara-negara Islam dan banyak negara yang dijajah akan dimusnahkan Bahasa Ibundanya agar menyukarkan kebudayan gemilang terus berkembang.
.
Ironinya, Arab Jahiliah sebelum kedatangan Islam menggunakan bahasa yang kasar. Tahukah anda, sewaktu Islam masih didakwahkan oleh Nabi Muhammad secara rahsia, orang Arab yang bersyair mengeji dan mencaci Nabi dengan panggilan "GILA". Maknanya, irama syair itu bukan menunjukkan Bahasa tersebut adalah baik selagi Ia menggunakan perkataan Kasar.Apakah budaya mereka pulak? Ya, Budaya yang Kasar sama seperti bahasanya. Namakan sahaja, menanam anak hidup2, mengamalkan riba, merogol dan sebagainya.
.
Kita di Malaysia begitu juga. Sejarah ketamadunan manusia telah membongkar keruntuhan sesebuah bangsa dengan ungkapan keramat "BAHASA MELAMBANGKAN BUDAYA". Budaya kita boleh diukur dengan Bahasa yang kita suburkan buat generasi masa depan. Sekiranya Budaya kita jatuh, itu merupakan tanggungjawab kita untuk menjawabnya di Padang Masyar kelak. Perkembangan Bahasa Kasar dikalangan muda-mudi perlu disekat, Ia mulai merebak dan diBUDAYAkan oleh generasi muda. JIJIK dan KOTOR perkataan yang mereka guna! apalah yang kita asuhkan kepada mereka sehingga mulut mereka lebih BERAMAL menyebut perkataan sebegitu daripada Zikir atau Tasbih kepada Allah SWT? Jika anak selalu bertasbih atau berzikir kepada Allah, telah dijanjikan Mahkota buat kedua2 ibu bapanya di akhirat.
.
Kesudahannya, Bahasa merupakan alat penting bagi mempopularkan sesebuah budaya. Kedatangan Budaya Negatife akan hadir bersama Bahasanya yang sendiri. Kalau kita inginkan tanggungjawab Budaya yang Baik tidak dipersoalkan semasa perhitungan kelak, kita peliharalah Bahasa generasi muda. Fakta terakhir, Bahasa yang lucah menular di Dunia sekarang, selain daripada Ia mengurangkan pahala, ia juga merangsangkan perbuatan lucah. Maka,tidak hairanlah mengapa seks bebas berleluasa. Jelaslah Allah telah tunjukan, mengapa Al-Quran dikitabkan dengan Bahasa yang Indah, melainkan untuk membina umat yang Gemilang.
.
Terima Kasih.

Isnin, 2 Mei 2011

Putaran Masa

Masa ini ada pasang surutnya, ia peringatan buat kita. Kita tidak hebat menguasainya, meskipun kita merasa begitu. Tiada Siapa berjaya menguasainya. Semakin kita mencuba memahaminya, semakin kita tahu bertapa hebatnya makhluk bernama Masa ini. Masa itu emas,Masa pengubat jiwa dan Masa menjawab sengketa. Bukan semua berkesempatan mendalami makna sebuah masa, berehatlah seketika untuk memahaminya. Ini kebenarannya, masa itu akan terus berlalu denagan cepat dan kita hanya boleh berusaha setelah merencanakan perjalanan hidup ini. Kini, masa akan berlalu singkat.
Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api".H.R.Termizi
.
Masa itu Emas.Kita cubalah memperbanyakkan amalan kerana hidup kita jangan melebih2kan perkara lain kecuali untuk mendapat keredhaan Allah. Objektif tidak sepenting proses kita mencapainya kerana proses2 inilah membuktikan segalanya. Proses2 inilah yang memakan masa kerana mana mungkin kita boleh mencapai sasaran kita dengan mudah. Adapun dengan cara yang salah dan meskipun kita tidak berjaya,bukan bermakna kita gagal kerana telah menghadapi dugaan yang pelbagai dalam proses2 tersebut. Ia hanya sia2 andai kita membuang jauh pengalaman tersebut. Masa hanya sekali beredar dan tidak akan kembali lagi.
.
Masa pengubat jiwa. Susah! Memang susah menyelesaikan konflik kehidupan ini. Namun, percayalah ini merupakan kelebihan yang ada pada masa. Kadang2 ada perkara yang tidak serasi dengan hidup kita dan kita akan disedarkan dengan hentakkan yang kecil atau sebaliknya. Pedihnya masih terasa seperti ingin didendamkan dan dirobek. Nasihatnya, ambillah masa kerana ia sangat membantu kita meredakan kemarahan dan berfikir. Kita boleh memilih! Kita membuat keputusan, seeoloknya kita putuskan agar konflik tersebut sebagai dugaan dan pengalaman buat kita. Syurga itu hanya untuk orang yang sabar menempuhi dugaan kehidupan seperti Nabi2 dan wali2.
.
Masa menjawab sengketa. Ini merupakan takdir, ia berkenaan dengan kesanggupan kita mengapai peluang diberikan dalam masa. Dalam kita bersengketa, kita diberikan masa. Tanpa kita sedari,masa inilah diserikan dengan senyuman yang mengakhiri sengketa atau terserempak dengan kenalaan lama yg bermasalah yang diakhiri dengan gelak ketawa. Namun,persengketaan hanya boleh diselesaikan dengan diikuti sifat keterbukaan kita.
Begitulah kehebataan masa dalam erti seorang manusia dan kewujudan masa ini anugerah dari Pencipta buat orang-orang yang bersedia menginginkannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Berhentilah seketika bagi membiarkan kita menikmati saat-saat yang kita hadapi.