Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi

Selasa, 25 September 2012

Perjalanan Merdeka



Karya Awang Mohd Nurjihan Awg Ali

Dari kekuda seorang Pahlawan,
Dari dendangan seorang Biduan,
Bumi ini menjadi saksi
Tumpah darah Dato’ Bahaman,
Pekikan batin Tunku Abdul Rahman.

Setelah badai penjajahan dibelah,
Laungan keramat bergema
Menyerlahkan fajar keamanan Negara.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Kebangkitan laungan merdeka di Bandar Hilir, Melaka
Pusara ketamadunan masyhur Parameswara,
Belarutan ia sehingga ke Padang Merdeka
Menjalar lalu 5 dekad lamanya.

Semangat sama, generasi berbeza,
pohonnya sama, dahannya berbeza,
Generasi ini ligat mencerca
Tinggal bertatih lena menunggu bencana,
Kemerdekan digurisi, Kebebasan disalah erti,
Hidup ini untuk apa?
Hilang semangat perpaduan Tun Abdul Razak,
Hilang semangat kesetian Tun Hussein Onn,
Hilang semangat juang Tun Dr. Mahathir Muhammad!
Hilang insan persis Tun Abdullah Haji Ahmad Badwi.

Ingat,
Penjajah tidak pernah lelah
Mencarik sulaman padu anak watan
Durjana, mengintai sekilas kesempatan dalam kesempitan penglihatan
Kekallah buta, si buta sesat akan makna pejuangan.

Sejarah mengajar kita,
Letaklah diri pada tempatnya,
Dirimu bukan untuk dijaja
Merana diseret merata.
Tiang Negara bukan pada tanah air yang merdeka,
Bukan juga pada indah budaya,
Tetapi pada janji kita,
Sebati satu Malaysia
Realisasikan Malaysia merdeka.

Isnin, 16 April 2012

Kita pasti akan kembali

Jangan lah kita berasa bangga. Muhasabah diri lah kita sebelum diri dimuhasabahkan oleh Allah. Kita hanya manusia, mahluk yang lemah disisi Allah. Kita diperintahkan utk beribadah. Nikmat yang ada pada kita, kita bersyukurlah kepada yang mencipta dan ia hanya pinjaman seketika. Jagalah ia.

Firman Allah dalam surah Luqman ayat 12: Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)". Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

(Luqman 31:12)

Dan ayat 18

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

(Luqman 31:18)
Banggakah kita dengan cakap yg bongkak? Perbuatan melampaui batas? hati yang dengki? rambut yang menarik? akal yg bijak mencari alasan?? Itukah yg kita ingin bawa ke akhirat. sesungguhnya suatu masa nanti kita akan kembali. insaflah wahai teman.

Rabu, 18 Januari 2012

yang diputuskan

Keredhan yang diputuskan
tersirat makna keinginan
walau ia seketika
keadaan bergoncang tidak lama

sekelumit duka meranjau makna redha
atas kekuatan jemari menekan papan digital
cabar mencabar, becabang idea diruang siber

kecelaruan siang membenam sinar
keredhan ini insya Allah menyinarkan cahaya

Ahad, 15 Januari 2012

Mahasiswa terlanjur berpolitik

Kalau lah anda faham. Mahasiswa meskipun kita hendak bersuara, jangan sampai orang tutup telinga atau menunggu orang pekak. Sebab itu kita diajak bersabar dan berusaha cukup setakat konsisten bukan berlebihan. Mengapa? Ramai daripada mahasiswa memberikan alasan berpolitik adalah disebabkan hak mereka tak didengar dan berjuang tanpa berbekal ilmu meyakinkan; tanpa ilmu kita boleh mengubah segala lebih hebat dari Ilmuan-ilmuan Islam sebelum ini! Ingat, Semua orang berhak untuk berpendirian tetapi bukan semua tahu menggunakannya. Kalau semua orang ingin menyatakan hak nya, apakah batasan kita dalam berhak? Siapa yang lebih berhak? Ini situasi zaman sekarang, kalau ada segerombolan orang pergi membantah, yang lain sibuk mengIAkan tanpa mendengar apa yang diperkatakan. Kalau ada kemalangan, semua orang nak berhempit-hempit mengambil gambar. Katanya, hak saya untuk mengambil gambar. Ya! memang semua anda berhak, dalam dunia ini anda ada hak tetapi kita ada batasannya. Apakah batasan anda dalam berpolitik? Tahap anda berpolitik adalah sampai orang pekak! adakah anda ingin mengajak kebenaran dengan cara yang sama keturunan yang terdahulu dengan merampas kuasa? dan tak mustahil dengan pekara yang sama anda akan juga dijatuhkan dan sama lah cara sebagaimana Tentera Genghis Khan, Mongolia menjajah China dengan keangkuhan. Tahukah anda berapa lama masa yang diambil seorang nabi dalam menyampaikan kebenaran?11 tahun dakwah dan anda mengharapkan orang boleh menerima telatah anda selama beberapa hari dengan cara yang kurang bijak. Satu alasan anda, kalau negara di luar boleh memegang kuasa negara dengan demonstrasi, anda pun Boleh!! anda silap kerana Mesir berjaya merampas pemerintahan adalah kerana Allah. Rakyat Mesir bekorban banyak masa untuk meningkatkan taraf pendidikan anak2 mereka, tahukah anda; pencetus revolusi mesir 2011 adalah seorang aktivis siber, Wael Ghonim, eksekutif muda di Google dan ilmunya digunakan menyampaikan maklumat kepada rakyat Mesir sehinggakan kerjaan Mesir terpaksa memutuskan jaringan internet dan beliau lah lepasan pelajar yang berbakti dalam revolusi tersebut. Sebaliknya, Anda rasa tindakan berdemonstrasi adalah pembuka kesedaran minda manusia lain? Kesedaran takkan berlaku sekirannya kita mendidik masyarakat dengan pendidikan sebegini dan tanpa hidayah dari Allah. Sesungguhnya menuntut ilmu itu juga perjuangan syahid dan mulia. Itu juga tanggungjawab anda yang lebih hebat dari demonstrasi perjuangannya kerana mungkin demonstrasi boleh dilihat hadir dan berlalu dalam sekelip mata tetapi mungkin kerana ilmu itu perlu diterap dalam masa yang panjang, diturunkah bergenerasi menyebabkan anda Letih dan memilih untuk menamatkan perjuangan yang panjang tersebut. Sungguh anda perlu berasa bangga!!

Khamis, 8 Disember 2011

Hidup Berkeluarga

Seringkali, apabila pergaduhan berlaku dalam kalangan suami isteri, bertempikan suara high pitch si isteri dilapisi suara parau seorang lelaki. Lebih romantik apabila periuk nasi berterbangan sekali. Adakah ini suatu tradisi atau gejala? setelah dirujuk kepada pakar motivasi, hakikatnya mereka mengakui tidak meluahkan isi hati dan menyimpannya. Salahkah kita meluahkan perasaan hati kepada teman hidup? Jangan kita heretkan kpd cerai takkala kadar perceraian keluarga semakin serius. Masalah rumah tangga ini terjadi kerana masing-masing tidak mahu utk mengakui kesilapan diri sendiri. Ingatlah, takkala anda tersesak nafas menerima akad nikah atau mengucapkannya, itu bukanlah dugaan sebenar hidup bekeluarga. Namun, rona-rona memelihara tolerasi dalam hidup berumah tangga itulah tanggungjawab anda berdua dan maruahnya bukan lagi kepada diri sendiri tetapi keluarga anda berdua.
Alangkah bahagianya, seorang suami apabila boleh bersandar pada ribaan isterinya takkala berhadapan permasalahan. Alangkah bahagianya, si isteri apabila setiap pagi dipuji kecantikan rupa parasnya oleh si suami. Jadi, bukankah mudah buat keduanya apabila saling memberi dan menerima. Rasulullah saw merupakan contoh suami yang penyayang. Riwayat hidup Rasulullah saw ini wajar dijaikan teladan, balik ketika isterinya saidatina Aisyah sedang tidur, Rasulullah saw rela tidur diluar berbanding membangunkan isterinya yg sedang tidur. Pertama kali diturunkan wahyu, Rasullulah saw mengigil ketakutan dan saidatina Khadijah lah tempat beliau berdampingan. Pada saat dicabut nyawanya, diribaan isterinya Saidatina Aisyah lah tempat beliau terakhir kali benafas. Cukup berbeza dengan suami isteri zaman sekarang, mereka lebih rela mendera isteri dalam melempiaskan amarah, mencari "Along" utk menyelesaikan hutang dan mati di tali gantung sebab membunuh keluarga sendiri. Hidup penuh ketenangan atau mati dalam kehidupan, kita lah yang memilihnya.

Rabu, 5 Oktober 2011

Terperangkap dalam usia

Kehidupan akan terus berputar dan kita akan berubah tetapi bukan semua orang akan berubah dalam setiap aspek diri mereka. "Terperangkap dalam usia"
Sesetengah manusia sukar berubah disebabkan mereka terperangkap. Pekara yang menarik mereka sehingga terperangkap adalah Aspek kehidupan yang tidak mereka kecapi kemudiannya mereka dapati. Pekara inilah yang akan menyebabkan mereka selesa berada di usia itu. Mereka inginkan masa tersebut tidak pernah bernoktah. Hal ini persetujui dengan firman allah yang bermaksud; Allah tidakkan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubahnya. Ini menunjukan manusia ini boleh mengubah nasibnya dengan izin Allah cuma mereka enggan melakukannya disebabkan selesa. "Masa hidup saya masih lama" merupakan ungkapan kita dalam berhadapan dengan perubahan. Meyakinkan diri kita dengan TAKDIR KITA PILIH. Mengapa kita perlu berubah? disebabkan kita adalah mahluk yang lalai dengan nikmat, kita perlu berubah kerana kita tidak sempurna. Perubahan itu suatu keperluan. Kadang2 kegembiran kita pada masa ini hanya mengambarkan bertapa kita dahulunya dahagakannya sehingga kita menjadi lupa bahawa itu hanya nikmat Allah sementara. Ujian buat kita. Namun, kita beruntung,untuk kita keluar dripada keadan itu menjadi lebih baik, kita tidak ditinggalkan dan diabaikan oleh Maha Pencipta. Kita diberikan panduan iaitu AlQuran dan Sunnah bagi memamandu kita ke jalan lurus. Janganlah kita mengetepikan panduan Allah ini. Capailah dan bacalah AlQuran itu dengan penghayatan, selain membimbing kita ia juga dapat menambahkan pahala yang kian bekurangan dalam kepanasan dosa pada masa ini.

Selasa, 6 September 2011

Berbaju Melayu Berantai Perak: Merdeka?

Sedang bahana Hari Lebaran kian menipis, makin jarang lagu raya didedangkan di radio. Lebaran sekali Hari Kemerdekaan suatu keunikan Lebaran pada kali ini. Ia cukup sejoli dipadankan dengan aura kegembiraan penuh warna warni. Tidak ketinggalan Rantai Perak?? Mungkinkah ini suatu perhiasan baru; Berbaju Melayu, tidak berbutang menyerlahkan kemilau perak di dada pemakai. Atau ini Penjajahan?? Mungkin seorang dua tetapi biar anda perhalusi sendiri trend sebegini pada waktu Lebaran ini. Selain rantai perak, ramai memperhiaskan motosikal mereka dengan cahaya LED beserta eksos yang menengelamkan irama cengkerik di kawasan perkampungan. Ya, kita ketinggalan dalam melakukan pekara yang sama. Namun, kita tidak pernah melupakan tradisi Kemenangan Lebaran iaitu Mercun. Semua ini perkara yang baik, muda mudi suka mengikut pekara tersebut. Kalau anda tanya, adakah kita sudah merdeka. Tidak adalah jawapannya, malah kita semakin dijajah takkala kita telah meRELAkan diri menerima budaya raya sebegitu. Alangkah baiknya kita menyerlahkan budaya melalui sifat ketimuran kita yg sedia tersimpan di dada itu. Seperti belajar menganyam ketupat, memasang lampu raya, bergotong royong melayan tetamu. Namun, pemuda pemudi masa hadapan lebih gemar memegahkan diri mereka dengan menunjuk2 meskipun hakikatnya mereka tidak berkemampuan dalam beraya ala TREND rantai perak, moto berLED, membeli MERCUN. Siapa yang Merdeka? Syaitan atau Manusia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Berhentilah seketika bagi membiarkan kita menikmati saat-saat yang kita hadapi.