Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi

Jumaat, 26 Jun 2009

Isu Selatan Thailand : Kenapa terus bergolak?

Kenapa terus bergolak?
Sayang seribu kali sayang...sekiranya selatan thailand ini aman...pasti anugerah alam di sekitarnya boleh kita majukan...
isu selatan thailand ini menjadikan perbezaan fahaman agama sebagai puncanya...
singkap semula sejarah, selatan thailand dikenali pada awalnya dgn kes pemberontakkan..
perbezaan berlaku dgn majoriti penduduk di 14 wilayah selatan thailand adalah Melayu Islam dan agama rasmi Thailand ialah Buddha.. isu ini menjadi parah pada era pemerintahan Thaksin Shinawarta lewat 2004. Pada pemerintahan Thaksin lah berlaku pemerintahan yg menumpukan untuk membentuk keamanan di Selatan Thailand. Namun, penumpuan secara khusus ini menjadi api dalam sekam di kalangan penduduk Selatan Thailand kerana usaha Thaksin berteraskan pejuangan matlamat persendirian dan bukan Nasionaliti. Terdapat 2 permasalahan kerajaan Thaksin di selatan Thai..pertama dalam pembelaan Hak2 Penduduk Selatan Thai dan Kedua Fanatik Keagamaan.

Dalam kes Pertama, Pertubuhan
membela penduduk selatan Thai kerana hak-hak mereka digugat cth; Penggunaan Bahasa Melayu dan Agama Islam seperti Pertubuhan Pembebasan Bersatu Pattani (PULO) dirasakan oleh kerajaan Thailand sebagai suatu gerakan yg cuba melampaui kuasa kerajaan tetapi bagi penduduk selatan Thailand, mereka rasa terbela dan PULO yang bergerak secara bersenjata pada 1970 bermatlamat jelas utk membela hak2 penduduk selatan Thai. Disebabkan dokongan pertubuhan sebeginilah menyebabkan penduduk Thai berani memohon hak2 mereka diletakkan di dalam Perlembagaan Thailand. Namun kes ini tergantung kerana jawapan tidak diberikan mengenai hak2 mereka dalam perlembagaan.

Dalam kes kedua, kes-kes pembunuhan yang tidak terhalang di Selatan Thailand seperti pada 9 Jun 2009, 11 jemaah ditembak ketika solat isyak di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan, Sungai Golok kira-kira pukul 8.50 malam (waktu Malaysia) ; sumber Haraqah dan terbaru kejadian menetak juga di Masjid mempersoal kredibiliti kerajaan Thailand menyahut tangan penduduk-penduduk Muslim di Selatan Thailand dan mengapa kerajaan Thailand seperti tidak telus. Tidak telus apabila tindakan yang lambat dalam berdepan dengan kes sebegini. Janji Thaksin memerintah adalah mewujudkan pelan pedamian tetapi apakah bentuk pelan itu? adakah dengan membiarkan penduduk Selatan Thailand terus berdarah?
Bagi bekas Menteri Luar Thailand Surin Pitsuwan menyarankan supaya model perdamaian Gerakan Aceh Merdeka (GAM) dengan kerajaan Indonesia di Helsinki Ogos 2005 digunakan dalam menyelesaikan pertikaian di Selatan Thailand.
Saranan beliau perlu dilaksanakan secepat mungkin kerana Pelan ini berjaya dan konflik keagamaan ini dipandang serius oleh dunia.

Tidak salah mereka melihat apa yang berlaku di negara kita ini, bukan untuk membanggakan sesiapa. Namun, negara mana yang berbilang bangsa dan agama mampu bergerak bersama-sama dalam memacu pembangunan negara. Walhal, semua mengetahui tiada bumi yang tidak bergolak dengan kepelbagaian budaya. Walaupun wujud sesetengah pihak yang cuba menghasut kita agar berpecah, tetapi disebabkan ratapan kita didengar dan tangan yang dihulur disambut, kita rasa sedar tentang kekurangan kita bukan lah suatu kebahagian disebuah pihak yang lain tetapi cuba dilengkapkan dengan kelebihan yang lain. Kita sedia menerima pendapat yang lain jika ia relevan. Kita musyawarah dalam isu-isu sensitif, sehingga isu-isu sensitif kita ketepikan dahulu keegoan bangsa dan agama kita untuk mendengar keluhan yang lain. Percayalah trajedi seperti 13 Mei 1969 bukanlah menjadi pilihan terbaik dan membanggakan kita, tetapi ia kekal menjadi sebuah trajedi hitam di negara kita, Malaysia.

Namun begitu, kegagalan pelan pedamian oleh Thaksin, beliau digulingkan dari jawatan Perdana Menteri kerana kegagalan beliau untuk memerintah Thailand dengan baik lantaran konflik Selatan Thailand terus menular. Ramai berkeyakinan beliau tidak bersikap nasionaliti tetapi kelihatan seperti berada pada satu pihak sahaja dan menggunkan medium ketenteraan dalam MENDESAK penduduk Thai. Seterusnya, 2 permasalahan penduduk di selatan Thai masih tingggal persoalan...dan mereka kekal bagai telur di hujung tanduk!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Berhentilah seketika bagi membiarkan kita menikmati saat-saat yang kita hadapi.