Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi

Khamis, 3 September 2009

Batu Api; Sahabat Malaysia dan Indonesia


Cerita yang tidak perlu berlaku, mengapa terjadi... Untuk pengetahuan, sejak akhir2 ne, apa dosa kita sebagai rakyat Malaysia? segala apa yg kita lakukan org musuhi. Saya cerita perkara yang sebenar, siapa yg gembira melihat wujud suatu kelompok manusia di negara jiran kita, Indonesia. Sedih, apabila terbaca seisi muka surat mengenai ketidak puasan hati kelompok Indonesia ini. Terang saya katakan saya mencintai negara Indonesia keranan kawan-kawan saya yang Indonesia, keindahan alam dan hubungan persahabatannya dengan kita. Namun, kita tidak pernah ingin memburukkan mereka,malah kita bersaing secara sihat.

Kelompok Indonesia yang menjadi batu api antara negara kita ini keji bangat, lagu Negaraku mereka katakan berasal dari lagu Terang Bulan, Lagu kebangsaan Indonesia dan tarian bali yang digunakan semasa promosi ke Malaysia, salah kita. Mereka harus sedar, lagu terang bulan dan negaraku berbeza dari segi seni kata mahupun lagunya. Lagu Negaraku ini diambil daripada lagu Negeri Perak di Malaysia dengan perkenan Majlis Raja-Raja Malaysia dan ia berentak rancak sewaktu kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohammad. Mengenai promosi ke Malaysia itu, Agensi yang menguruskan perkara tersebut bukanlah agensi Malaysia tetapi agensi dari Indonesia untuk menarik rakyat Indonesia melancong ke Malaysia dan Agensi itu akan mendapat untung hasil daripada pelancongan tersebut.

Maknanya, tiada kaitan langsung kedua-dua perkara itu untuk dikatakan ciplak dan sebagainya. Perkara ini tidak pernah menjadi pertikaian dan ia hanya akan menyebabkan kita saling memusuhi sahabat kita yang berbeza negara. Pelajar-pelajar yang mengadakan demonstrasi di hadapan kedutaan Malaysia di Indonesia harus beringat, adakah lagu Terang Bulan itu mempunyai kesamaan dengan Lagu Negeri Perak di Malaysia dan buktikan bagaimana anda katakan itu lagu Terang Bulan? kedua, pastikan sebenarnya Agensi perlancongan itu dari mana dan keuntungan daripada pelancongan tersebut kepada siapa. Kelompok yang cuba menjadi batu api itu sudah pasti mempunyai agenda sendiri. JANGAN TERPEDAYA!!! cubalah contohi persahabatan, Datuk Siti Nurhaliza dan Kris Dayanti, Datu Lee Chong Wei dan Taufik Hidayat dan persaingan sihat oleh Peter Pan dan Sheila On 7.
p/s Lagu Malaysia Satu nyanyian Faizal Tahir memenagi Peraduan Lagu Satu Malaysia

2 ulasan:

Miss Bieb berkata...

hidup penuh kebencian takkan mendamaikan..semoga kita semua mampu membuang rasa benci dan menjalin ukhuwah di hati~peace no war~huhu..

awang berkata...

setuju dengan kak bib!! hu3
benci menyekat rezeki...hu3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Berhentilah seketika bagi membiarkan kita menikmati saat-saat yang kita hadapi.