Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi

Khamis, 17 Disember 2009

Kegagalan Copenhagen Bukan Pilihan


Sebuah persidangan diadakan di denmark sebagai langkah kedua dunia mengatasi masalah perubahan iklim dunia selepas Protokol Kyoto. Secara jelas, beberapa negara mengambil mudah Persidangan Copenhagen ini seperti negara Amerika syarikat yang berdalih menyeratakan cara menangani masalah iklim berdasarkan pembangunan di sesebuah negara. AS lebih merasakan negara China yang sekarang merupakan negara yg menguasai industri dunia perlu mengambil langkah yang lebih drastik daripada AS. Namun, Kegagalan dalam persidangan ini bukan pilihan. Masalah dunia semakin tenat, dari kejadian pencairan ais di persekitan gunung Everest sehinggalah kehilangan kepualaun ais di Alaska membuktikan suhu global yang meningkat. Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak menegaskan kewujudan undang-undang sedunia adalah jawapan kepada suatu bentuk persidangan yang drastik ini. Jika persidangan ini gagal mewujudkan undang2 sebegitu, Malaysia akan membuat kesepakatan dgn negara2 membangun yang lain utk mendeklarasikan undang2. Kewajaran kewujudan undang2 ini merupakan suatu bentuk mekanisme kawalan dan penambahbaikan perubahan iklim yang baik kerana apabila Protokol Kyoto dahulu dilaksanakan, kekurangan undang2 menyebabkan kesannya terhadap perubahan suhu tidak ketara. Maka, cadangan pembentukan undan2 Malaysia ini berbaloi, andai benar kita selaku penduduk bumi ingin membuktikan kita peka kepada alam. Risiko sekiranya persidangan ini gagal jangan difikirkan sangat, sepatutnya kita mendoakan ia berjaya mencapai matlamatnya dan bukan memusnahkan harapan rakyat dunia hanya kerana kita bergelar pemimpin.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Berhentilah seketika bagi membiarkan kita menikmati saat-saat yang kita hadapi.