Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi

Sabtu, 27 Februari 2010

Salam Maulidur Rasul

Salam maulidur rasul buat teman-teman sekalian
Menghayati maulidur rasul, Nabi Muhammad saw yang menerajui peranan sebagai contoh khalifah terulung sepanjang zaman. Kekuatannya menyebarkan ajaran yang membawa keputihan dalam kegelapan siang. Manusia mana menyangka kelahiran keturunan Quraisy ini peneraju kepada suatu syiar kepada tanah gersang Arab. Bermula dengan menongkah arus kebiasaan tamadun dengan kelahirannya yang bukan dari keturunan kebanyakan nabi iaitu kaum Yahudi. Tiada berkesempatan menagih kasih sayang seorang ibu dan bapa yang diidamkan setiap anak setelah kehilangan mereka berdua. Meskipun sudah ditunjukkan Ilahi keistimewaan anak kecil keturunan Quraisy ini seawal kelahirannya dengan terpadam api berhala di Mekah, sehinggalah diperakui oleh perawi Kristian ketika sedang dalam perjalanan untuk berniaga takkala melihat awan kepulan memayungi diri Nabi Muhammad saw. Perjuangannya apabila meningkat dewasa dengan dakwah persendirian kepada ahli-ahli keluarga yang rapat dan kawan-kawan baik beliau. Baginda berhadapan dengan kepercayaan Ilahi diizinkan melebarkan keyakinan baginda dengan berdakwah secara terang-terangan. Baginda dicaci, dimaki dan dikatakan manusia gila pembawa ajaran sesat ketamadun kebanggan kaum Quraisy ketika itu. Namun,tidak ia mematahkan semagat baginda demi menghadapi masa hadapan manusia agar betamadun jauh dari sifat jahiliah. Kemurnian usaha beliau membuahkan hasil dengan penawanan Kota Mekah dan Kota Madinah dan seruan baginda mencipta sebuah negara yang memberikan kebebasan kepada masyarakat di dalam negara tersebut unntuk memeluk agama masing-masing. Ini baru sedikit kisah pegembaraan Nabi Muhammad saw beserta kehidupan beliau. Jadi, cubalah anda menghayati kehidupan baginda untuk dijadikan teladan kita menghadapi masalah-masalah yang menjadi lurah dalam kehidupan kita. Semoga kita memperolah kejayan dalam kehidupan dan berjaya menjunjung kepimpinan Rasulullah saw melalui sunnah mahupun hadis.
Wasalam.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Berhentilah seketika bagi membiarkan kita menikmati saat-saat yang kita hadapi.