Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi

Jumaat, 16 April 2010

Karyawan di Malaysia

Menurut salah seorang editor Utusan Malaysia yang merupakan penilai untuk penulis baru dalam negara kita. Para penulis di Malaysia terlalu berahi untuk penulisan mereka dipampang atau disiarkan di media cetak dan media eletronik. Malangnya, hanya karya-karya yang bermutu dipilih untuk tujuan tersebut. Secara ringkasnya, adakah penulis-penulis di Malaysia ini tidak layak? Kesimpulan yang dibuat berdasarkan Sesi Dialog antara mahasiswa/i dengan editor tersebut ialah penulis-penulis muda lebih gemar melambakkan karya mereka tanpa menilai kepada aspek kualiti penulisan. Kualiti ini memperlihatkan pengolahan ayat yang jelas, tidak terlalu ber'BAHASA' seperti penggunaan Bahasa Arab, melangkaui fakta iaitu emosi. Perkara yang diperkatakan oleh beliau ini bukanlah suatu Propaganda untuk menarik bakat muda jauh mencaci serta melemahkan para penulis di Malaysia. Ilmu yang mereka ingin kongsikan menjadikan sebuah karya yang tidak bernyawa atau biasa untuk diperbaiki. Mutu tulisan yang baik sebenarnaya boleh memberikan motivasi dan falsafah kehidupan yang menyentuh sanubari manusia lain. Di antara karya yang mempunyai mutu adalah seperti Karya Khusyri Yusof ,Salju Jabal Musa.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Berhentilah seketika bagi membiarkan kita menikmati saat-saat yang kita hadapi.