Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi

Khamis, 19 Ogos 2010

Selamatkan Palestin




Hati mana yang tidak tergentar? melihat bom motar milik israel menghujani bumi yang pernah suatu masa dahulu dijadikan kota suci orang islam mahupun yahudi. Kita berada di sana menjadi sasaran peluru hanya kerana kita bukan mereka iaitu yahudi zionis!! Di mata mereka, meskipun warna kulit kita berbeza, kita merupakan tetamu di tebing gaza tetapi sekelompok masyarakat yang pelbagai bangsa tidak akan disambut gembira di sana. Kita di sini saling menghormati walaupun sering beprasangka tidak pun seteruk mereka yang hanya mempunyai beberapa bangsa. Saya bersyukur dan bangga menjadi rakyat Malaysia! Berada di sana, kita akan cuba melafazkan niat untuk berjihad menentang keganasan Israel dengan batu dan pasir yang hanya melayang dipuput angin. Kita berusaha mati dalam iman yang diimpi-impikan semua orang, menegakkan kebenaran meskipun ia pahit dan sukar. Setiap masa berada di keadaan ketakutan apabila menyaksikan manusia lain mati ditimpa motar helikopter Israel. Namun kenyataannya, kita akan lari bertempiaran cuba menyelamatkan yang tersayang daripada menjadi mangsa bom motar kerana kita faham perjuangan itu seperti melepaskan batuk di tangga. Disebabkan hujan dosa Israel ini meragut nyawa mereka tidak berdosa, kita bangun semula walau kita hanya berbekalkan badan sehelai sepinggang dan batu segenggam. Jikalau berkemampuan, walau tidak cukup tangan, kepelbagaian muka batu kita kumpulkan menjadi sejata . Itulah yang dirasai oleh mereka di sana, jalan diplomatik di pentas dunia yang terkemuka iaitu PBB hanya mengikut telunjuk Israel dan "mengigit kuku semata" semasa suara "semut" milik orang KITA selaku orang yang cuba menegakkan keadilan bergema di Dewan Mesyuarat PBB. Entah apa perkara yang dilakukan orang di Pejabat PBB, bersenang-lenang dengan perkara terjadi di Palestine dan sengaja dihentikan suaranya. Penguasaan Israel terhadap media menukarkan segala bentuk kebenaran menjadi pembohongan terutama apabila media yang aktif ke udara dalam menyebarkan fakta-fakta kononnya menerima tapisan maklumat daripada Israel. Bayangkan kita diketandusan kebenaran dalam internet dan akhbar, kita disekat mengetahui kebenaran yang kita ingin kecapi. Mulut kita seperti berkata-kata tetapi tiada bunyi! Namun kita bangga, mendengar nama-nama wartawan serta badan-badan kemanusiaan yang hadir ke bumi Palestin dan mereka bertemankan jurugambar membenarkan masyarakat dunia menyaksikan kekejaman milik israel dari lensar kamera walaupun mereka tekorban. "Rachel Corrie", anda mungkin tidak dapat mendengar suara kami lagi dan kita tidak pernah mengenali selepas anda mati kepada Israel baik dihitamkan perjuangan anda daripada memori dunia, baik jasad anda tidak dihormati sebaiknya oleh mereka tetapi setiap kali kami mendengar nama anda lebih-lebih lagi anda bukanpun berdarah Palestine, kami jatuh cinta terhadap keberanian anda! Anda pejunag kemanusian yang dunia sanjungi! Thank you dear Racheal Corrie, you give us inspiration about how naive we are in our world to stand for our right!! Diakhirnya, kami mengenali anda dengan nama baik anda dan bukan seperti Israel yang akan dikutuk sampai bila-bila walaupun mereka kelompok Israel yang mencipta teknologi tetapi kami tidak perlukan orang seperti mereka, kami ingin kebahagian bersama teman seperti anda, Racheal. Sesungguhnya anda tidak akan lenyap dari ingatan kami semua.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Berhentilah seketika bagi membiarkan kita menikmati saat-saat yang kita hadapi.