Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi

Sabtu, 4 September 2010

Ganyang Malaysia-dendam israel

Suatu ketika, kita tidak akan merasa selesa...
suatu masa, kita kene menjawabnya...

Kelakuan yang buruk, dilakukan oleh penulis-penulis komentar "Ganyang Malaysia" untuk memburukkan hubungan kedua-dua buah negara. Secara rasionalnya, perhubungan yang baik dan suci murni digalakkan di muka bumi ini. Suatu fakta, bukan semua rakyat indonesia merupakan penulis-penulis hebat "Ganyang Malaysia" ini. Maka, penulisan kali ini adalah untuk pro-"Ganyang Malaysia"
Apakah sebenarnya motif disebalik tuduhan serta tomahan rakyat indonesia terhadap Malaysia?

Pertama sekali, mengapkah "Ganyang Malaysia", kita katakan dendam israel? Kalau diikutkan sejarah dunia yang semua orang tahu, israel ini meletakkan suatu darjat bangsanya lebih tinggi berbanding bangsa-bangsa lain di dunia. Mereka iaitu israel akan memilih jalan peperanagan utnuk mendapatkan kemenangan untuk negara mereka. Samalah juga dengan Bloger-bloger Ganyang Malaysia ini. Mereka merasakan orang Malaysia ini seperti darjatnya lebih rendah berbanding mereka dan kalau kita baca blog mereka memang menyarankan peperangan terhadap negara Malaysia. Lihat betapa mereka, suka berperang dan membanding-bandingkan kepentinmgan mereka.

Kedua, kalau anda baca blog-blog Ganyang Malaysia ini, mereka akan membuka sejarah Ganyang malaysia yang terdahulu. Peristiwa Ganyang Malaysia yang telah lama berlaku, untuk pengetahuan "Ganyang Malaysia" dahulu telah berjaya didamaikan dengan perjanjian daripada Tunku Abdul Rahaman tetapi Mengapa perlu diulangi kesilapan lalu? Ini adalah DENDAM, entah apakah yang menghasut mereka untuk mengingati semula sejarah tersebut dan kesilapan agar berulang semula.. sikap ini sama seperti Israel, Israel melakukan Holocust atas sebab sejarah bangsanya jugak. Disebabkan oleh mereka tidak menginginkan bangsa lain di bumi Israel, mereka melakukakan "sweeping" seperti yang berlaku di Indonesia sekarang oleh pengikut "Ganyang Malaysia".

Ketiga, Pengikut Ganayang Malaysia ini menyalahkan orang Malaysia di atas pemberian upah yang rendah kepada Tenaga Kerja Indonesia(TKI). Kesilapannya, dalam semua pekerjaan sekarang ini meminta gaji dinaikkan dan kontrak telah pun ditandatangani. Kalau ikut logik, kalau mereka tidak bersetuju dengan gaji tersebu, mereka tidak perlu bekerja. Kesilapan kedua, gaji TKI bukan semuanya rendah. kalau diikutkan bedasarkan rating, negara malaysia memberikan gaji minimum yang tinggi kepada tenaga kerjanya berbanding negara lain cuma bergantung kepada mata wang. Kesilapan ketiga, penipuan kepada TKI ini bukan tanggungjawab Malaysia sahaja, malah tanggungjawab bersama kerana agen mencari kerja di Indonesia yang menipu membawa TKI ke Malaysia.

Kempat, Masalah sumber Indonesia kehabisan di sebabkan oleh Malaysia menjadi sebutan pengikut Gnayang Malaysia ini. Sebenarnya, undang-undang di Indonesia menghadkan pengunaan sumber kerana memang peniaga Malaysia yang banayk membeli tanah pembalakan di sana, tetapi mereka berniaga secara sah untuk meningkat kemajuan keluarga mereka disebabkan mereka berkemampuan. Kalau pun peniaga tersebut berasal dari Jepun, perlukah disalahkan Jepun di atas pembelian tersebut?

Kelima, pengikut Ganyang Malaysia ini akan menggunakan masalah yang kecil untuk diperbesar-besarkan. Contohnya isu penangkapan oleh TLDM, isu sempadan dan kalimantan. Isu-isu ini semuanya telah diselesaikan cuma selalu dijadikan alasan apabila disalah ertikan. Memanglah apabila menagkap orang perlu digari, itu pun dipersoalkan. Malah kalau rakyat Malaysia ditahan di Indonesia, mereka perlu digari. Maka, tidakpun menjadi Ganyang Indonesia

Secara kesuluruhannya, Pengikut Ganyang Malaysia ini akan mencari ruang perbezaan di antara kedua-dua buah negara, walaupun sebesar biji saga atau pun berlaku pada 1964 dahulu. Malaysia selalu tersenyum kerana itu amalan tertangga mempunyai masalahnya, tetapi kita akan mencari kesamaan walaupun ia hanya pantulan cahaya lilin di malam hujan ribut.

2 ulasan:

Unknown berkata...

penting nih,..!~ ;)

awang berkata...

Tq kerana sudi membaca, tingalkan lah ulasan anda mengenai isu ini k.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Berhentilah seketika bagi membiarkan kita menikmati saat-saat yang kita hadapi.