Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi

Jumaat, 1 April 2011

Interaksi Rendah

Ini interaksi manusia...cikgu saya pesan.."Jangan berkongsi kejahilan anda bersama saya." Kejahilan yang difokuskan kali ini ialah Egois. Ego ada baik dan buruk, tetapi ego dalam interaksi adalah dungu. Ego pertama;tak tahu tetapi tak nak tanya. Semata-mata hendak mengekalkan keEGOan bahawa aku tak perlukan rujukan,kita sanggup meneruskan kebodohan yang akhirnya menjatuhkan diri sendiri. Situasi; tak pandai buat surat tak rasmi tetapi tak tanya walaupun cikgu berada di situ. Dalam mencari ilmu,cemuhan seorang cikgu itu perkara sinonim bagi orang berjaya. Jadi,tiada alasan untuk ego alam interaksi lebih-lebih membabitkan ilmu.Ego interaksi kedua, "tin bising,isi berupa habuk pun tak ada". Situasi; mengajar bagai merak kayangan tetapi time ujian meniru pengiraan orang lain. Akhirnya, bermegah dengan tiada guna untuk ego. Ketiga, Ego interaksi dalam komuniti. Sebagai orang bertanggungjawab, teguran itu adalah nasihat untuk memperbaiki diri dalam komuniti. Namun, sindrom ego interaksi menyebabkan tak sanggup mendengar teguran. Dah lah buat salah, tak mengaku salah tiba-tiba marah sebab salah kelalaian tanggungjawab sendiri. Takkan menunggu tanggungjawab terabai baru nak terhantukkan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Berhentilah seketika bagi membiarkan kita menikmati saat-saat yang kita hadapi.