Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi

Rabu, 11 Mei 2011

Bahasa Melambangkan Budaya

Sebuah ungkapan lama orang Melayu disisipkan dalam kamus peribahasa Bahasa Melayu dulu dan kini dikenali dalam Bahasa Malaysia. Ia bukanlah sebuah ungkapan yang digunakan bagi mempermainkan budaya,orang barat kata"Bahasa itu cuma komunikasi". Namun, kita perlukan wadah bagi membuka minda berkenaan ungkapan "Bahasa melamabangkan Budaya" kerana ramai yang masih tidak percaya akan kehebatan BAHASA.
.
Setiap manusia dilahirkan umpama kain putih, senang diwarna dgn tempiasan sahaja ke atas kain tersebut tetapi sukar mencorak sehingga menjadi seindah kain batik tenunan asli. Hadis riwayat bukhari menriwayatkan sabda Nabi"
perumpamaan teman yg baik & teman yang tidak baik ialah umpama wangi-wangian dan tukang besi. Adapun pembawa wangi-wangian, sama ada dia memberinya sedikit ataupun anda membeli daripadanya sedikit ataupun kamu dapat mencium dprdnya bau yang wangi. Manakala tukang besi, sama ada dia membakar bajunya ataupun kamu akan mencium dairpadanya bau-bauan yang busuk."
Jelas, menunjukkan pesekitaraan itu memberikan impak kepada manusia lebih-lebih lagi sahabat disekelilingnya. Akhirnya wujudlah BUDAYA.
.
Segala perkara yang kita perolehi akan kita aplikasikan bagi membentuk "komunikasi" bak kata ahli akademik barat. Seolah-olah, mereka meninggalkan pengertian ayat tersebut. Berlainan berbanding Al-Quran yang mempunyai makna dalam setiap ayat baik berkias mahupun terang. Contoh bahasa agung yang molek adalah Al-Quran,bukankah sia2 ia diturunkan andai kita tidak mengerti kehebatan susunan bait2 kata yang sangat banyak untuk kita pelajari di dunia ini.
.
Logik akal"Bahasa Melambangkan Budaya" adalah seperti Bahasa Al-Quran dan Umat Islam pada zaman Nabi Muhammad yang Bahasa mereka sangat halus tutur bahasanya menunjukkan kegemilangan Islam pada detik itu. Tidak hairan banyak karya-karya tulisan Arab dirampas sewaktu Penjajah menaluki Negara-negara Islam dan banyak negara yang dijajah akan dimusnahkan Bahasa Ibundanya agar menyukarkan kebudayan gemilang terus berkembang.
.
Ironinya, Arab Jahiliah sebelum kedatangan Islam menggunakan bahasa yang kasar. Tahukah anda, sewaktu Islam masih didakwahkan oleh Nabi Muhammad secara rahsia, orang Arab yang bersyair mengeji dan mencaci Nabi dengan panggilan "GILA". Maknanya, irama syair itu bukan menunjukkan Bahasa tersebut adalah baik selagi Ia menggunakan perkataan Kasar.Apakah budaya mereka pulak? Ya, Budaya yang Kasar sama seperti bahasanya. Namakan sahaja, menanam anak hidup2, mengamalkan riba, merogol dan sebagainya.
.
Kita di Malaysia begitu juga. Sejarah ketamadunan manusia telah membongkar keruntuhan sesebuah bangsa dengan ungkapan keramat "BAHASA MELAMBANGKAN BUDAYA". Budaya kita boleh diukur dengan Bahasa yang kita suburkan buat generasi masa depan. Sekiranya Budaya kita jatuh, itu merupakan tanggungjawab kita untuk menjawabnya di Padang Masyar kelak. Perkembangan Bahasa Kasar dikalangan muda-mudi perlu disekat, Ia mulai merebak dan diBUDAYAkan oleh generasi muda. JIJIK dan KOTOR perkataan yang mereka guna! apalah yang kita asuhkan kepada mereka sehingga mulut mereka lebih BERAMAL menyebut perkataan sebegitu daripada Zikir atau Tasbih kepada Allah SWT? Jika anak selalu bertasbih atau berzikir kepada Allah, telah dijanjikan Mahkota buat kedua2 ibu bapanya di akhirat.
.
Kesudahannya, Bahasa merupakan alat penting bagi mempopularkan sesebuah budaya. Kedatangan Budaya Negatife akan hadir bersama Bahasanya yang sendiri. Kalau kita inginkan tanggungjawab Budaya yang Baik tidak dipersoalkan semasa perhitungan kelak, kita peliharalah Bahasa generasi muda. Fakta terakhir, Bahasa yang lucah menular di Dunia sekarang, selain daripada Ia mengurangkan pahala, ia juga merangsangkan perbuatan lucah. Maka,tidak hairanlah mengapa seks bebas berleluasa. Jelaslah Allah telah tunjukan, mengapa Al-Quran dikitabkan dengan Bahasa yang Indah, melainkan untuk membina umat yang Gemilang.
.
Terima Kasih.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Berhentilah seketika bagi membiarkan kita menikmati saat-saat yang kita hadapi.