Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi

Selasa, 15 Februari 2011

Kuala Lumpur: Belantara Konkrit

Sesak dan Duit! Itu lah ibu kota sebuah negara Islam yang menuju kemajuannya. Adakah lahir kehidupan dalam metropolitan begini? Apa yang ditafsirkan sebagi kehidupan di sini? Sukar bagiku menjawab persoalan ini, tetapi aku tidak inginkan generasi masa hadapan ku bermain di atas tar jalan raya, itu sudah pasti! Bagaimana kita boleh mengingati kehebatan Ciptaan Tuhan andai kita disajikan dengan Ciptaan Manusia? Setiap saat kita digalakkan mengingati Pencipta kita baik dalam suka mahupun duka kehidupan kita. Dahulu kala, manusia mencari kehebatan dan melahirkan keinsafan dengan melihat Langit yang tidak bertiang, sungai yang pasang juga surut, tanah tempat benih tumbuhan membesar. Lantas, adakah itu bakal terjadi pada zaman akan datang dengan langit ditutupi bangunan pencakar langit, sungai di dalam longkang konkrit, tanah di dalam pasu bunga? Kehidupan Kuala Lumpur tidak seindah mana, manusia semakin melupakan kehidupan yang aman dan tolong-menolong. Ini jauh sekali dari fitrah manusia yang sememangnya lahir dalam keadan putih. Di Kuala Lumpur, kesesakannya mengajar manusia mengambil kesempatan dalam kesempitan. Mengajar manusia 'wang' adalah segala-galanya. Hendak menikmati pemandangan di kota raya ini memang memerlukan saku penuh. Mengapa? Kedudukan sebuah penempatan dengan kawasan riadah adalah berjauhan. Tiada yang percuma untuk dikongsikan di kota raya tersebut. Keadaan tidak seperti di bandar raya lain, kita boleh berjalan-jalan dengan kedua-dua belah kaki kita dimanfaatkan seadanya. Aku meneka, suatu hari nanti manusia akan bosan dengan kemajuaan lahiriah sehingga mereka inginkan kepuasan rohaniah. Pada ketika itulah, ramai remaja yang serakah, akan menju rekahan neraka. Oleh sebab itu, perancangan Kuala Lumpur, perlu berhati-hati dengan menambah jumlah masjid, perpustakaan, tapak permainan sekitar ibu kota ini supaya kita terdidik dengan kehidupan yang seimbang dari rohani mahupun jasmaninya. Ingat, kemajuan itu bukan diukur daripada betapa tempat tersebut komplek dengan serba canggihnya tetapi kemajuan itu terletak pada siapa yang memandangnya.

Jumaat, 11 Februari 2011

Handphone c3.

Baru2 ne berkesempatan meneliti HP sendiri, hasil hadiah dari ibu tercinta... dari penilaian reka bentuknya sangat menarik, satu kelas dgn bluebery. Dapat jugak rasa HP yang lebar mcm ne dan luas skrinnya. Seperti biasa, ia mempunyai fungsi yg sama mcm HP nokia yg lain. Kelebihannya adalah WLAN, memory card tetapi connectivitynya agak kurang dan memerlukan pembayaran utk tiap website yg dilayari.
Masalah ini, bukan setakat masalah sestengah HP jeni c3 Nokia tetapi semua c3 Nokia mempunyai masalah WLAN di peringkat global. Sebab itu lah, harganya agak murah dan kurang digunakan berbanding HP setara dengannya. Bagi yg berminat iaitu yg tidak kisah permasalahan ini dan hanya ingin membeli berdasarkan reka bentuk dan skrinnya yg lebar, harga lebih kurang RM450 ke atas. C3 mempunyai 3 warna menarik hitam, merah jambu dan putih. Di bawah merupakan HP baru hitam menawan milikku.

Selasa, 8 Februari 2011

Iran Acuan Iran

Iran tampak dengan imej terkini di bawah pimpinan Ahmadenejad, mendapat perhatian kerana keberanian mereka membentuk pembangunan sendiri yang bertentangan polisi Nuklear Dunia demi kemajuan negaranya dan tidak kurang mengagumi tindakan mereka itu. Polisi-polisi Iran kini, semakin menampakkan acuannya tersendiri apabila mengharamkan iklan-iklan rokok di Negaranya disiarkan melalui rangkaian televisyennya termasuklah dalam filem. Polisi ini menunjukkan ketegasan mereka menghapuskan budaya merokok yang diwar-warkan sebagai bergaya di kalangan penduduk Iran. Menurut kajian, penonton akan mengikuti perlakuan di dalam media massa sekirannya ia ditonton berulang kali. Ini sekaligus menggalakkan penonton meniru aksi-aksi tersebut dalam kehidupan seharian mereka. Sesuatu yang baik oleh Iran mengharamkan iklan tersebut yang kian merosakkan kesihatan lebih-lebih lagi kajian mendapati sesetengah rokok mengandungi BABI. Pengharaman rokok ini menyanggah bahawa Iran bergantung kepada pelaburan iklan yang dimonopoli oleh syarikat barat. Meskipun Iklan rokok ini mencecah nilai jutaan ringgit tetapi kesedaran Iran mengenai pengaruh media eletronik tidak dipandang sebelah mata oleh mereka.
Pengendalian media eletronik di Iran juga dipantau, baru-baru ini Timbalan Ketua Penyiaran Iran, Ali Darabi berkunjung ke 20 lebih syarikat telekomunikasi negara tersebut. Acuan terbaru mengenai polisi negara Iran ialah pengharaman penyiaran resipi dari Itali dan Perancis. Ini adalah usaha memupuk masyarakat Iran merasai atau mendalami masakan Iran sendiri. Mungkin banyak berpendapat ia sesuatu yang agak berat sebelah kerana tidak membuka peluang kepada peniaga-peniaga Asing tetapi ia sebenarnya perkara yang baik kepada kedua-dua pihak. Jika rakyat Iran tidak pandai memasak masakan luar, Peniaga yang berniaga berkenaan dengan makanan tersebut akan semakin ramai mendapat pelanggannya. Manakala, bagi rakyat Iran pula, proses mereka berhadapan dengan sekatan daripada luar menjadi sebab yang baik mendalami makanan sendiri. Jika berlaku sekataan asing kepada Iran, maka mereka tidak akan terjejas kerana mereka tidak bergantung kepada barangan asing terutama sekali barangan asasi iaitu makanan dan mereka tidak perlu mengharapkan simpati Asing yang akan mengambil peluang tersebut untuk mengais kekayaan bumi Iran.

Rabu, 2 Februari 2011

Mesir Musnah?

Presiden Hosni Mubarak merupakan presiden Mesir yang menanggung tekanan daripada rakyatnya baru-baru ini. Menjangkaui usia 83tahun kehidupannya, tekanan daripada rakyat sendiri merupakan paling sukar dihadapinya jika dibandingkan memimpin angkatan tentera sebelum menjawat jawatan presiden tersebut.

Untuk rekod, rakyat Mesir merusuh bagi menuntut pengunduran presiden tersebut dari jawatan adalah berikutan kejatuhan ekonomi, masalah rasuah. Ini menyaksikan kenaikan harga barangan di Mesir. Beberapa negara2 di dunia menghalang rakyat mereka melawat ke Mesir. Malaysia pula bersedia mengambil pulang rakyat Malaysia jika keadaan gagal dikawal. Terbaru, Perintah darurat dikeluarkan oleh Kerajan Mesir dan kabinet baru bakal dibentuk oleh presiden itu. Rusuhan tersebut menyebabkan ancaman nyawa awam dan kemudahan awam
Sebelum ini, sekatan oleh kerajaan dilakukan di jalan raya dan perhubungan internet di Mesir. Menambah kemelut krisi apabila, kereta perisai digunakan serta semburan gas pemedih mata dan pistol air. Kematian dilapurkan di Suez dan Cario, Mesir. Kerajaan Mesir percaya penggunaan facebook dan laman sosial lain mengalakkan lagi penularan rusuhan tersebut. Maka, jaringan internet disekat. Semoga keselamatan rakyat Malaysia yang belajar di sana dan saudara2 kita dilindungi daripada dilanda musibah. Amin

Isnin, 31 Januari 2011

Usul Debat Integriti 2011

A. Usul Pentadbiran

1. Bekerja di Rumah Jawapan kepada Integriti Penjawat Awam.

2. Lanjutkan Usia Persaraan Tindakan Wajar.

3. Birokrasi Punca Rasuah Berleluasa.

4. Audit Nadi Integriti Sektor Awam.

5. SPRM : Langkah Bijak.

6. Piagam Pelanggan Sekadar Hiasan Dinding.

7. NKRA : Satu Pembaziran.

8. Transformasi Kerajaan Pemacu Ekonomi Negara.

9. KPI Merangsang Kualiti Perkhidmatan Awam.

10. Gaji Minimum Bukan Jawapannya.

B. Usul Politik

1. Wikileaks Penggugat Integriti.

2. Masalah Rasuah : Iltizam Politik Didamba.

3. Rasuah di Malaysia Sudah Kronik.

4. Politik Malaysia Belum Matang.

5. Guru Berpolitik Satu Diskriminasi.

6. Pilihanraya Kecil Perlu Dimansuhkan.

7. Dewan Ini Menyokong Hukuman Sebat Mandatori kepada Pesalah Rasuah.

C. Usul Ekonomi

1. IMF Ibarat Lintah.

2. AIG : Krisis Enron Kedua.

3. Negara Berpendapatan Tinggi : Jauh Panggang Dari Api.

4. ASEAN Memerlukan Satu Sistem Mata Wang.

5. Model Ekonomi Baru : Satu Angan-Angan.

6. Tadbir Urus Baik Penentu NKEA.

7. Pelaksanaan Tanggung Jawab Sosial Korporat, Lambang Integriti Dijunjung.

D. Usul Sosiobudaya

1. Meritokrasi Pengukuh Perpaduan Negara.

2. 1 Malaysia : Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendong Berciciran.

3. Sudah Tiba Masanya Hukuman Mati Dimansuhkan.

4. Mahasiswa Kini Giat Memplagiat.

5. Rakyat Kita Tidak Serius tentang Soal Integriti.

6. OKU Masih Tersisih.

7. Integriti : Pendidikan Lebih Berkesan Daripada Penguatkuasaan.

8. Kebebasan Laman Sosial Perlu Dikawal.

9. Isu Halal di Malaysia Tiada Penghujungnya.

10. Persatuan Sukan Perlukan Perubahan.

11. Perkahwinan Usia Muda Wajar Digalakkan.

12. Jaringan Sosial di Internet : Satu Ketagihan.

13. Hubungan Etnik di Malaysia Meningkatkan Keharmonian Komuniti.

14. Judi dan Sukan : Nila dan Susu.

15. Swapendedahan dalam Kalangan Masyarakat Malaysia Menyedihkan.

16. Benih Integriti Ditanam, Rumpai Integriti yang Tumbuh.

Ahad, 30 Januari 2011

Bercanda di pantai

Siapa nak join g pantai? mesti teruja dengan kebiruan air laut yg menyejukkan pandangan. Pelbagai telatah manusia berada di pantai. Jadi, di sini saya senaraikan aktiviti menarik di pantai. Mungkin ada yang terfikir nak buat apa di pantai kan...jadi, saya kongsi perkara menarik yg saya buat dipantai...huhuhu

1. bermain air..sangat General..huhuhu

-sumber-
mandi air laut ne menghilangkan tension tau. Mandi bukan bermaksud berenang yer. Yang tak taw berenag jangan nak berenang pulak. Bestnya mandi air laut, ditiup angin dan sejuk terutama waktu petang2.Dan meskipun tak pernah meluncur air atau skuba lagi ne, tp rasanya seronok bermain air dapat melihat karang laut. Wow!

2.berkhemah sambil makan2
Hah...bab makanan ne..saya cadangkan makan masakan panas...sayap hangus. Grenti Sedap! ne bertambah sedap kalau ramai org masak kemudian ayam tu hangus..hahaha
-sumber-
Selalu kalau balik bercuti, mesti kawan2 ajak pergi ke pantai utk makan. Selain makan sayap, boleh try ABC kacang.. Sedap Giler!!

3.berlari kaki ayam
Ini paling favorite, ini perkara wajib kata orang. Selagi tapak kaki tak rasa pasir tu sah rugix10000! dulu2 mudah la nak jalan, tp sekarang ne byk sampah, jadi berhati2 yer.. teringat dahulu time kem pengawas sekolah, main bekejar-kejaran di pantai. Kenangan terindah.

4. bermain bola pantai
-sumber-
Walaupun ramai yg jarang bermain bola ne, tp di panatai kita beranikan bermain sebab pantai ne kalau terjatuh susah nak sakit..mengikut pengalaman la. lagipun permukaan licin ne payah sikt nak bermain..lagi mencabar.. Yer lah, nanti ape plak org cakap, tak aktif lah. Jadi, ada peluang ke pantai..apa lagi, tampar jer...hu3

5. Mentari Terbenam
Hah..time ne la paling kusyuk buat saya, kebesaran ciptaanNya mememberi cahaya dan membenamkannya setelah sehari suntuk. Kita akan rasa kesedihan itu pergi bersama terbenamnya matahri itu. Betul, cuba try tgk matahari terbenam..mesti rasa sangat bahagia sebab hilang beban jiwa. Namun, waktu ne lah syaitan berkerja keras utk mengalakkan maksiat, seeloknya berhati2 k.

Sebelum pergi ke pantai, pastikan keselamatan pantai seperti batu2 tajam terlebih dahulu. Pelindung Matahari dari Sun-burn dan tiada haiwan berbahaya di situ. Jangan lupa baca doa. Selamat menjayakan hari anda..hu3

Sabtu, 29 Januari 2011

Lagu Dato Siti-Kupercaya Ada Cinta

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

C
Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti

Korus
Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tiap satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

(Ulang C)
(Ulang Korus)
(Ulang C)

Ada hikmah yang pasti..
Sejak mula ku percaya ada cinta
Cinta itu memungkinkan segalanya
Cinta suci yang abadi


Ini merupakan lagu ditulis oleh Habsah Hassan dan komposer Audi Mok. Pada pandanganku, lagune memang utk menyedarkan kita semua...memang bermakna terutama apabila Dato Siti menyebut "Ku rela..." Satu lagi lagu yg malar segar hasil tulisan Habsah Hassan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Berhentilah seketika bagi membiarkan kita menikmati saat-saat yang kita hadapi.