Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi

Selasa, 8 Februari 2011

Iran Acuan Iran

Iran tampak dengan imej terkini di bawah pimpinan Ahmadenejad, mendapat perhatian kerana keberanian mereka membentuk pembangunan sendiri yang bertentangan polisi Nuklear Dunia demi kemajuan negaranya dan tidak kurang mengagumi tindakan mereka itu. Polisi-polisi Iran kini, semakin menampakkan acuannya tersendiri apabila mengharamkan iklan-iklan rokok di Negaranya disiarkan melalui rangkaian televisyennya termasuklah dalam filem. Polisi ini menunjukkan ketegasan mereka menghapuskan budaya merokok yang diwar-warkan sebagai bergaya di kalangan penduduk Iran. Menurut kajian, penonton akan mengikuti perlakuan di dalam media massa sekirannya ia ditonton berulang kali. Ini sekaligus menggalakkan penonton meniru aksi-aksi tersebut dalam kehidupan seharian mereka. Sesuatu yang baik oleh Iran mengharamkan iklan tersebut yang kian merosakkan kesihatan lebih-lebih lagi kajian mendapati sesetengah rokok mengandungi BABI. Pengharaman rokok ini menyanggah bahawa Iran bergantung kepada pelaburan iklan yang dimonopoli oleh syarikat barat. Meskipun Iklan rokok ini mencecah nilai jutaan ringgit tetapi kesedaran Iran mengenai pengaruh media eletronik tidak dipandang sebelah mata oleh mereka.
Pengendalian media eletronik di Iran juga dipantau, baru-baru ini Timbalan Ketua Penyiaran Iran, Ali Darabi berkunjung ke 20 lebih syarikat telekomunikasi negara tersebut. Acuan terbaru mengenai polisi negara Iran ialah pengharaman penyiaran resipi dari Itali dan Perancis. Ini adalah usaha memupuk masyarakat Iran merasai atau mendalami masakan Iran sendiri. Mungkin banyak berpendapat ia sesuatu yang agak berat sebelah kerana tidak membuka peluang kepada peniaga-peniaga Asing tetapi ia sebenarnya perkara yang baik kepada kedua-dua pihak. Jika rakyat Iran tidak pandai memasak masakan luar, Peniaga yang berniaga berkenaan dengan makanan tersebut akan semakin ramai mendapat pelanggannya. Manakala, bagi rakyat Iran pula, proses mereka berhadapan dengan sekatan daripada luar menjadi sebab yang baik mendalami makanan sendiri. Jika berlaku sekataan asing kepada Iran, maka mereka tidak akan terjejas kerana mereka tidak bergantung kepada barangan asing terutama sekali barangan asasi iaitu makanan dan mereka tidak perlu mengharapkan simpati Asing yang akan mengambil peluang tersebut untuk mengais kekayaan bumi Iran.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Berhentilah seketika bagi membiarkan kita menikmati saat-saat yang kita hadapi.