Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi

Ahad, 23 Ogos 2009

Bukan Pilihan Musibah


Sumber dari Berita Harian; Tun Dr. Mahathir Mohammad dipetik berkata 2 perkara penting yang menjadi musibah kepada rakyat kita pada saat ini ialah 1) H1N1 2) Kemelesetan Ekonomi

mengikut pandangan umum, H1N1 berisiko tinggi utk dijangkiti oleh setiap warga Malaysia, sehinggakan PBB(Pertubuhan Bangsa bersatu) iaitu WHO(World Health Organization) mengiktiraf ia sebagai pandemik yang tahap berbahaya, virus yg cepat merebak di kawasan yang luas.

Tun Dr. Mahathir risau melihat kebanyakkan rakyat Malaysia tidak mengambil berat pemakaian topeng H1N1 dan mencadangkan cara mengatasi H1N1 sebagaimana disyorkan oleh kementerian kesihatan Malaysia iaitu pemakaian topeng itu dan menjaga kebersihan.

Beliau melihat kemelesetan ekonomi tidak berasa dengan bukti ramainya turun membeli-belah. Kemelesetan ekonomi mulai tenggelam apabila penularan Virus H1N1 semakin dipandang serius oleh dunia. tidak dapat dinafikan, isu ekonomi ini penting, namun adakah kita merasa bahang akibat kemelesetan ekonomi ini? Sebagai contoh, dalam berhadapan dengan pembahagian gula. Kerajaan bakal melaksanakan penstrukturan semula gula, respon masyarakat belum pun teringat utk memohon harga gula diturunkan. Apabila pemintaan menurunkan harga ini berlaku seperti yang biasa terjadi, maknanya kita merasai, setiap perkara itu berkaitan dengan kos iaitu ekonomi seharian kita.

Jadi, kita berhadapan dengan 2 masalah hidup. Bukan pilihan bagi kita, kerana kedua2nya penting. Namun, kita di Malaysia, jua tidak mementingkan kedua2nya. Membiarkan hanya sebuah pihak utk mengatasinya musibah kita. Persoalan utk anda semua, apa yang sedang kita lakukan sekarang? adakah kita sedar musibah ini?
Hanya persoalan untuk ditinggalkan.

Kini sebanyak 68 kematian berlaku di Malaysia tetapi kes jangkitan meningkat.
Jaga kesihatan diri, amalkan cuci tangan dengan bersih dan pastikan kebersihan kawasan anda. Berjimat cermatlah dalam berbelanja.
Sekian.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Berhentilah seketika bagi membiarkan kita menikmati saat-saat yang kita hadapi.