Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi

Khamis, 13 Januari 2011

Keindahan Tercemar

Kesejukan pagi berdebu
payah bernafas
peparu menapis hasil peranakan kemajuan dan kerakusan manusia

Burung pipit menyiulkan slogan hentikan pencemaran
kecewa, suara merdunya sia-sia
cuba melawan logik akal manusia
manusia tidak suka alam keindahan
kekuatanlah pembangunan yang membanggakan

Berani kerana benar
takut kerana salah
disalah gunakan
sama seperti hidupan liar
mendahulukan tindakan dari pemikiran
traktor mendiktatorkan keberanian
kebenaran mengegarkan alam
gugurlah jatuhan segar dedaunan
lambaian kehidupan semakin layu
menongkah kemajuan baru
keindahan batu susunan tangan
lebih indah daripada seramik ukiran alam
mudah retak dan sudah rapuh
ini keindahan tercemar

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Berhentilah seketika bagi membiarkan kita menikmati saat-saat yang kita hadapi.