Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi

Isnin, 22 Julai 2013

Kehidupan Debat Siri 1

Sebenarnya kejayaan lahir daripada kegagalan

Aku memulakan langkah debat, seni penyampaian kritis ini sejak dari tahun pertama di universiti. Alkisahnya dicari oleh Janifal, pendebat senior UTHM dalam minggu haluan siswa sewaktu menjalani latihan Sajak untuk persembahan kolej kediaman. Perkataan pertama darinya "sedap suara adik, nak join debat x?" ^^ "Saya tiada pengalaman" begitulah pertikaian pertama yang dilakukan oleh ku. Bayangkan sahaja aku ini yang tidak mempunyai pengalaman dalam perdebatan ini disuruh mencuba. Aku benar-benar tidak mengemari debat ini yang aku rasakan diriku ini tidak petah dan kalau di peringkat sekolah dulu pun hanya sekali dua dalam sajak dan syarahan. Barangkali yang akhirnya membawaku untuk mengikuti debat adalah keinginan memperkembangkan bakat ku. Itu kisahku di awal Debat muncul dalam hidupku. Aku kira, ini mungkin tidak dialami oleh mereka yang empunya pengalaman yang sepatutnya lebih berani berbanding diriku yang sekadar mencuba nasib.

Aku mulai mengenali debat ini malalui keluarga Debat, ramai senior-senior ku gigih mempelajari dan mengajarkan ilmu debat mereka kepada ku. Kegigihan siang malam belajar bersama Abg Hakim, ketegasan Kak Fatin, celoteh Umol, kajian Janifal, analisis Chuan dan lain-lain banyak membantuku menanam tekad menceburi debat. Aku mengagumi kesungguhan mereka, meskipun sibuk, mereka tetap akan memeriahkan latihan debat yang bakal diadakan. Meskipun kadang kala tinggal jauh dari tempat latihan, mereka gigih berjalan kaki atau tumpang motorsikal kawan semata-mata untuk ke latihan debat. Pernah Aku bersama senior ku berjalan dari kolej kediaman pewira sehingga ke kampus UTHM utama, dalam 20 minit perjalanan semata-mata untuk membuat latihan debat cukup teruja pada ketika itu. Pernah jua kami membuat latihan di kawasan terbuka di bawah kemah yang panas dan di kafe kolej kediaman. Sungguh pada ketika itu kami mencuba untuk melatih diri yang sedia lemah asasnya untuk "menunjukkan" sisi lemah diri kami. Haha

Aku juga menunggu bus loceng di luar kampus semata-mata untuk datang awal dan sanggup meredah hujan dek takut kelewataan. Semangat ini sampai ke mana fikirku setelah 2 tahun menapak dalam debat, mungkin aku x akan berakhir dengan sebuah kejohanan, mengapa aku teruskan? apakah sasaranku? perit jerih ku menyebabkan kadang kala aku sebak sendiri. Mungkinkah di sisi Tuhan ia diambil sebagai amal soleh? tapi bagiku kejayaan hanya untuk orang yang layak dan aku percaya andai aku layak, aku akan diberikan kejayaan ^^

Namun, dalam mana-mana proses pembelajaran kendiri, semangat untuk berusaha itu harus ada. Debat itu suatu ilmu yang perlu dipelajari. Setelah dua tahun, aku bergelar senior debat apabila berjaya bersama-sama menembusi suku akhir Debat FOMCA atau Pengguna pada ketika itu. Telah ku tonton bagaiman debat ini mengubah peribadi seseorang itu menjadi lebih baik terutama junior ku. Bersambung...

2 ulasan:

miera maira berkata...

wahh jadi semangat baca cerita abang awang =)

awang berkata...

Alhamdulillah, tingkatkan usaha Miera, harap miera terus memperbaiki ^^ awang takut gak nak cerita, takut korang down *_* haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Berhentilah seketika bagi membiarkan kita menikmati saat-saat yang kita hadapi.