Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi

Selasa, 16 Julai 2013

Kesukaran Al-Quran

Membaca Al-Quran merupakan sesuatu yang sukar bagi diri saya...
bermula dari mengenal hurufnya yang kadang kala pun boleh terlupa...
kadang kala timbul jua rasa ingin berhenti berusaha, sekadar terkumat-kamit membaca apa yg dihafal sahaja...
Namun entah mengapa ya... meskipun sukar saya terus gigih berusaha..
Seorang kawan banyak mempengaruhi saya dalam hal ini....
Dia sangat rajin mempelajari Al-Quran, tidak lah seperti saya dalam seminggu mungkin sekali dua membuka helaian Al-quran. Mungkin kerana kepayahan dia selama ini menyerikan hari-hari kesunyian dengan membaca Al-quran menyebabkan dia semakin rajin mengamatinya. Al-quran umpama peneman hidup dia dalam ketiada isteri mahu ibu bapa.
Apakah yang menarik tentang dia? Dia juga buta Al-quran seperti saya tetapi walau setakat sedikit tetap dia membacanya. Tergagap-gagap sehingga lama menunggunya.

Satu pekara yang jelas bezanya dia berbanding yang lain, selalu berceloteh memanjang dan setiap kesusahan dalam hidupnya berlalu bagai air dan melebarlah kejayaan. "Berkat"




Dalam Al-Quran Allah S.W.T berfirman Surah Al-Maidah 14&15:
Sesungguhnya telah datang kepada kau cahaya kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata kebenarannya dengan itu Allah menunjukkan jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya dan denganya Tuhan keluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang benderang dengan izinNya dan dengannya juga Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang betul dan harus.
Ringkasnya drpd ayat di atas hikmah Al-quran ialah diberikan jalan keselamatan dengan dikeluarkan dari kegelapan (kesusahan). 
Dan kadang kala saya terfikir, mengapa ramai juga yang membaca Al-Quran tetapi cepat melenting, cepat marah, cepat memusuhi manusia lain? Sedangkan sifat-sifat yang baik itu dididik dalam Al-Quran...Banyak kes-kes berlaku dalam masyarakat termasuklah dari sekolah-sekolah Agama. Apakah tidak terlindung pembaca Al-Quran dari sifat-sifat keburukan?



 Sebenarnya, keikhlasan ia berbeza jika dibandingkan insan yang memang mudah membaca Al-Quran mempelajarinya berbanding insan yang memang buta Al-Quran mempelajarinya... Diibaratkan seperti antara manusia yg celik dan buta matanya.Orang yang celik tidak menyedari kelebihan mata sehingga lah mereka hampir buta dan orang yang buta andai dapat melihat berkeinginan memandang wajah kesayangannya.. Lihat perbezaannya pada pemahaman atara yang si celik dan si buta. Benarlah seperti kata-kata Imam AlGhazali;
Wahai pembaca yg patut dikasihani dan tidak berdaya! Apa yang engkau dapat dari membaca al-Quran hanyalah berupa gerakan lidah. Seandainya engkau merenungkan apa yang engkau baca, maka hatimu akan hancur oleh apa yang membuat rambut Rasullullah s.a.w beruban. Tetapi kalau engkau sudah merasa cukup puas hanya sekadar menggerakkan lidah, engkau tidak memperolehi buah al-Quran.



Buah Al-Quran atau hasilnya daripada Al-Quran adalah pemahaman bukannya kelancaran bacaan.

Lalu tidak mengapalah andai kita belajar ala-ala siput (sekali arnab melompat, 30minit siput mengengsot) asalkan kita kekal dalam barakah dan memahaminya. Jangan malu untuk mempelajari Al-Quran kerana Dari Aisyah r.ha : 
Nabi saw bersabda, “Orang yang ahli (mahir) dalam Al-Quran akan bersama dengan para malaikat yang mulia lagi benar. Orang yang terbata-bata (merangkak-rangkak) dalam membaca Al-Quran dan dia bersusah payah mempelajarinya, untuknya pahala dua kali lipat.” [Hadis 1454]

In shaa Allah kelebihan satu pahala itu ada pada kita. Amin

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Berhentilah seketika bagi membiarkan kita menikmati saat-saat yang kita hadapi.