Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi

Jumaat, 26 Julai 2013

Sekalung Penghargaan Bangsa

Tahukah anda, setiap manusia mempunyai perasaan.
Begitu jua lah kawan-kawan kita yang berbilang bangsa

Barangkali tinggal di Sarawak menyebabkan saya tidak memandang kepada warna kulit kerana kami memang lahir dalam kepelbagaian bangsa. Masyarkat Sarawak sememangnya terdiri dari anutan berbeza dan bangsa berbeza sehingga anda pun mustahil boleh membezakannya kalau berdasarkan paras rupa. Mungkin ini mengundang fitnah kurangnya didikan agama Islam terhadap pribumi Sarawak atau tahap kemajuan masyarakatnya. Tetapi keamanan ini dimiliki oleh mereka.

Perkembangan teknologi boleh sahaja dikecapi oleh mana-mana pihak tetapi bukan semua boleh hidup tenang dan aman. Ingatkah lagi kita kepada peristiwa 13 Mei 1969, dalam pergolakan kaum yang berlaku di Semenanjung tetapi ia tidak menular di Sarawak dan Sabah. Jawapannya bukan terletak pada betapa luasnya Laut China Selatan, ia sebenarnya terletak kepada masyakat pada ketika itu. Tiada dominasi yang wujud di Sarawak dan Sabah dari segi "ketamakan" atau "lebih baik".



Dari kecil lagi saya telah didedahkan dengan kepelbagaian budaya, ibu saya orang Melanau, pribumi Sarawak, manakala ayah saya, Melayu yang dididik dalam kacukan cina. Kawan-kawan saya yang manja juga datangnya dari pelbagai demografi, Iban, Kenyah, Melanau, Melayu, Cina yang akhirnya menyebabkan saya TIDAK memilih teman berdasarkan warna kulit mereka tetapi pada keperibadian mereka. Satu pekara yang jelas mengenai kami sekawan ini, jarang sekali mengeji berdasarkan bangsa apa mereka dilahirkan. Nah, bukankah ini sesuatu yang positif untuk perpaduan ^^

Arkib MyBestFriend ^^
 Daripada kawan-kawan pelbagai bangsa lah saya menghindari semangat perkauman dan mengenali indahnya semangat perpaduan. Terima Kasih Allah kerana mencorakkan kehidupan saya dengan pelbagai bunyi gelak tawa. Paling tidak dilupa, ketika mereka keluar bersama-sama saya, mereka akan memberikan ruang buat saya untuk berpuasa atau solat. Indah kan, hidup begitu. Anda cuba lah berkenalan dengan kawan dari berbilang bangsa, jangan anda terus menyangka mereka akan memahami terus, itu malaikat namanya. Namun, terangkan pada mereka pekara yang anda lakukan dan tidak terus naik darah takkala mereka mulai menyoal bagi memahaminya. Sehinggalah ke peringkat Universiti saya berkawan dengan pelbagai bangsa dan saya suka bertanyakan kisah hidup dan bertukar pandangan dengan mereka.

^^ Miss u guys a lot ^^
Pernah saya di tanya oleh salah seorang kawan saya berbangsa cina , "apakah salah saya? Saya juga Miskin, tinggal di pedalaman. Mengapa saya disisihkan dari bantuan kerajaan?"  Sedang saya tahu, dibandingkan dengan orang Melayu sendiri, dia di antara yang paling pandai dalam Subjek Bahasa Melayu yang kebanyakan orang Melayu sendiri tungang langgang penggunaannya. Saya Malu utk menjawabnya. Patutkah saya kata "ini sebab nenek moyang awak" Sedang bagi saya, dia masih sama seperti saya yang akhirnya mungkin dari jawapan sebegitu akan menyebabkan dia benci kepada kaum tertentu. Bukan bermaksud saya tidak mensyukuri apa yang diberi kepada saya tetapi keadilan ruang untuk dia yang miskin dari kaum bukan bumiputera harus dipertimbangkan. 

 Meskipun hidup mereka ibarat pelarian di bumi sendiri, muncul individu-individu yang masih merasakan Malaysia adalah ibu pertiwi. Berjuang untuk keamanan dan kebanggan negara. Tahniah Datuk Lee Chong Wei, Nicol Ann David, dan baru-baru ini Joseph Germani dalam "Videonya Mamat Cina Puasa Sehari". Mereka mempertaruhkan bakat keativiti, tidak dilupa usaha bagi dijadikan tauladan oleh kita semua.
Joseph Germani
Link Video Jo : http://www.youtube.com/watch?v=I3c-e1ZEuEM

Namun sungguh tragis juga, melihat kebejatan segelintir masyarakat yang "menghangatkan" masalah pekauman dan agama seperti saudara alvian dan Vivian yang menyiarkan gambar penghinaan kepada muslimin yang berbuka puasa. Ini bukannya kali pertama masalah sebegini berlaku yang membangkitkan isu perkauman malah seperti peristiwa tetak-menetak dan tembak-menembak di Utara baru-baru ini dikaitkan juga dengan masalah perkauman. Masalah perkauman yang paling perit di catatkan oleh sejarah adalah Holocaust di Jerman yang membunuh ramai insan yang tidak berdosa, lahir dari kebencian terhadap Bangsa yahudi. Peristiwa Palestin dan Israel, setiap tahun pasti berlaku tumpahan darah sama seperti Rohingya, yang kedua-duanya menghadapi isu keagamaan. Ini lah yang bakal berlaku andai kita tidak memberhentikan semangat perkauman dalam diri anak-anak muda. Petumpahan darah dan hilang aman.


Kita sebenarnya boleh memilih, mendidik masyarakat untuk terus menanam kebencian terhadap kaum lain atau kita memilih untuk mulai menyokong perpaduan yang pada sudut pandang saya sedang berada di persimpangan jalan perpaduan. Tinggal ia roboh atau kukuh. Pilihlah jalan yang terbaik tetapi asasnya terpaksa kita bekorban ketakutan tinggal sebumbung. Tidak mengapa tinggal sebumbung, asal semua mendapat untung. Tak nak keamanan? Ia tidak mustahil kerana Tamadun Islam 500 tahun hidup aman meskipun di tanah suci Mekah juga mempunyai penduduk Yahudi dan berbilang suku kaum.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Berhentilah seketika bagi membiarkan kita menikmati saat-saat yang kita hadapi.