Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi

Isnin, 24 Januari 2011

Adam Lambert- If I cant have You



This is a lov video music to my beloved friend...huhhuhu
hope you all enjoy it!!

Jumaat, 21 Januari 2011

Gelora Di Akhir Zaman

Kemajuan yang hilang punca, dirumuskan sebagai keadaan mendatang. Manusia semakin tercicir nilai keharmnonian, semuanya disebabkan terlalu ingin mencapai sesuatu dgn cepat. Ingin cepat dalam semua perkara, ini silapnya. Pepatah melayu ada menyatakan "jangan sampai dikejar tak dapat,yang dikendong beciciran." Berita pelajar dirogol,diliwat oleh rakan sendiri, apa nak jadi dgn manusia sekarang agaknya? Kerana nafsu serakah dan ketidakbatasan zaman "membolehkan" semua perkara. Lalu yang tinggal adalah apa yg dilihat,semua ingin "dijamah." Sedang seorang rakan sepatutnya membawa pengaruh yang baik. Apa guna menjaja kekuatan? Membuli, Sumbang Mahram, Meliwat? Anda ingat anda hebat? Tidak kah anda sedari?? Kejadian demi kejadian di dunia, dari Tsunami, Gempa Bumi, Banjir bukankah itu amaran untuk anda semua? Kalau tika itu anda mati, Maka matilah anda Manusia! Apa yang anda bekalkan?!? Oh, disebabkan Malaysia ini negara yg terbaik dari segi geografinya, anda merasakan boleh untuk bermaharajalela? Ini hanya khayalan anda, Kejadian Tanah Runtuh Cameron, Kejadian Tsunami, Kejadian Taufan dan pada saat kejadian-kejadian tersebut, Dimanakah KEKUATAN ANDA?? atau anda kecut lalu lari lintang pukang... Entah apa nak jadi, kes bayi dibuang..ini membuktikan satu perkara, yg para remaja sekarang sebenarnya banyak yg telah BERDOSA BESAR melakukan ZINA,ROGOL,PERSETUBUHAN tanpa ada hubungan yg sah!! Ini lah kebanggan teruna dan dara pada masa sekarang...apakah anda mengawal diri anda daripada menyumbang kepada dosa yg membawa anda ke nereka hari esok??? ADA?? Ini kenyataan yg muda mudi tidak dapat terima pada masa sekarang iaitu SEMUA MANUSIA AKAN MATI dan "KESERONOKAN" MEMBUAT DOSA AKAN MENDATANGANI ANDA DAN "MENEMANI" ANDA DI NERAKA. tahukah anda, tempat tanah perkuburan sekarang semakin kurang. Jadi, baik sangatlah mati di tali gantung! Carilah banyak2 dosa di dunia ini selagi masih sempat. Kononnya anda akan merasa BAHAGIA! Andalah manusia yg BODOH!! Akal selayaknya ditanam di dalam tanah, buat Suburkan Tanam-tanaman.

Khamis, 13 Januari 2011

Keindahan Tercemar

Kesejukan pagi berdebu
payah bernafas
peparu menapis hasil peranakan kemajuan dan kerakusan manusia

Burung pipit menyiulkan slogan hentikan pencemaran
kecewa, suara merdunya sia-sia
cuba melawan logik akal manusia
manusia tidak suka alam keindahan
kekuatanlah pembangunan yang membanggakan

Berani kerana benar
takut kerana salah
disalah gunakan
sama seperti hidupan liar
mendahulukan tindakan dari pemikiran
traktor mendiktatorkan keberanian
kebenaran mengegarkan alam
gugurlah jatuhan segar dedaunan
lambaian kehidupan semakin layu
menongkah kemajuan baru
keindahan batu susunan tangan
lebih indah daripada seramik ukiran alam
mudah retak dan sudah rapuh
ini keindahan tercemar

Khamis, 6 Januari 2011

Laluan

Berkefahaman bagi meneruskan tekad dan keazaman, segala bentuk sindiran dan kejahilan yg memandang harus diketepikan kerana ia bukan perkara penting ke arah kejayaan. Landaian laluan kini bergelora dgn duri dan cabaran harus diperhatikan kepada titik penyelesaian memandangkan alternatif bukan jalan paling mudah utk kejayaan pada peringkat ini. Laluan ini, di dalam dua bidang y berbeza iaitu akademik dan minat. Bukan bertujuan membandingkan kedua2 perkara, namun strategi bagi merungkai permasalahan tersebut amat berbeza.
Menghadapi permasalahan akademik memerlukan rakan2 sebagai berperanana menimbulkan minat dan kesedaran. Pengaruh rakan sebaya cenderung diterima oleh pelajar sebagai pengaruh major y memberi kesan kepada pelajar itu sendiri.Maka, strategi pembelajaran y baik adalah berdamping dgn rakan2 y sentisa menyokong dan mengetahui pergerakan kita memandangkan kita mudah untuk berkeliaran mencari kebebasan sendiri. Ini membolehkan proses pembelajaran sentiasa berlaku walaupun kita berada di luar waktu kelas. Selain itu, berdasarkan pengalaman lepas, belajar last-minute hanya akan memberi ganjaran y setimpal iaitu tidak lebih dan tidak kurang (cukup makan) untuk pemarkahan pelajar. Maka, strateginya ialah jangan belajar last-minute.
Manakala, bagi meneruskan kecintan terhadap minat. Kebenaran perlu diakui y mana kita bakal mengahadapi masalah menguruskan minat dgn baik. Lebih2 lagi apabila wujud pihak2 yg sengaja menjadikan "Kita WAJIB memilih antara minat dan akademik". Perkara ini akan saya selar dan tanggungjawab terhadap minat ini memerlukan strategi iatitu kemahiran dalam toleransi memandangkan ia bukan perkara WAJIB y difokuskan pada masa ini. Jangan jadikan, manusia y merasa semua perkara boleh dilakukan pada y sama itu idola kerana mereka sebenarnya belom sedar dan hanya 'cakap boleh'. Sedangakan realiti y menhantui kita sepanjang hidup adalah "kenapa kita tidak sedar" pasti perkara ini bakal menunjuk kembali kepada mereka y mengerikan ini.
Sebagai konklusi pada ruangan kali ini, kepada mereka y berkeinginan utk berjaya, janagan pernah kita berputus asa. Sesungguhnya manusia perlu sedar, kejayaan itu hanya diraih apabila kita sudah merasakan kegagalan.

Isnin, 20 Disember 2010

Debat Diraja

Salam, pada kali ini debat bertandang semula ke UTHM.
Menyaksikan sekali lagi pasukan debat UTHM ke pentas akhir.
Pengalaman yang manis, banyak yang perlu dipelajari lagi. Baik gaya, fakta mahupun konsep. Kali ini, melaporkan 8 universiti yang ke suku adalah UTP,UKM,UTHM,UIAM,UPM,UMP,UPNM,UiTM. Pasukan separuh akhir UTHM mng UKM, UiTM mng UMP.

Selasa, 2 November 2010

Di PTM,kampus bandar

Sekarang berada di PTM di FPT, kampus bandar...
pengalaman baru berada di sini...
jadi, ku catitkan detik dan saat ini agar
insya Allah ini menjadi pengalaman yang baik utk ku.
Mengenali kawan2ku dari berbeza falkulti,
mungkin di tempat aku duduk ini sekarang
di komputer yg sama adalah pernah jua kawan2ku duduki...
kini kita sudah merasa benda yg sama,
menyentuh tetikus yang sama
bagaimana dgn anda?
adakah sudah merasa benda yg sama seperti saya...

buat kawan2ku yg tersayang..love forever

Sabtu, 4 September 2010

Ganyang Malaysia-dendam israel

Suatu ketika, kita tidak akan merasa selesa...
suatu masa, kita kene menjawabnya...

Kelakuan yang buruk, dilakukan oleh penulis-penulis komentar "Ganyang Malaysia" untuk memburukkan hubungan kedua-dua buah negara. Secara rasionalnya, perhubungan yang baik dan suci murni digalakkan di muka bumi ini. Suatu fakta, bukan semua rakyat indonesia merupakan penulis-penulis hebat "Ganyang Malaysia" ini. Maka, penulisan kali ini adalah untuk pro-"Ganyang Malaysia"
Apakah sebenarnya motif disebalik tuduhan serta tomahan rakyat indonesia terhadap Malaysia?

Pertama sekali, mengapkah "Ganyang Malaysia", kita katakan dendam israel? Kalau diikutkan sejarah dunia yang semua orang tahu, israel ini meletakkan suatu darjat bangsanya lebih tinggi berbanding bangsa-bangsa lain di dunia. Mereka iaitu israel akan memilih jalan peperanagan utnuk mendapatkan kemenangan untuk negara mereka. Samalah juga dengan Bloger-bloger Ganyang Malaysia ini. Mereka merasakan orang Malaysia ini seperti darjatnya lebih rendah berbanding mereka dan kalau kita baca blog mereka memang menyarankan peperangan terhadap negara Malaysia. Lihat betapa mereka, suka berperang dan membanding-bandingkan kepentinmgan mereka.

Kedua, kalau anda baca blog-blog Ganyang Malaysia ini, mereka akan membuka sejarah Ganyang malaysia yang terdahulu. Peristiwa Ganyang Malaysia yang telah lama berlaku, untuk pengetahuan "Ganyang Malaysia" dahulu telah berjaya didamaikan dengan perjanjian daripada Tunku Abdul Rahaman tetapi Mengapa perlu diulangi kesilapan lalu? Ini adalah DENDAM, entah apakah yang menghasut mereka untuk mengingati semula sejarah tersebut dan kesilapan agar berulang semula.. sikap ini sama seperti Israel, Israel melakukan Holocust atas sebab sejarah bangsanya jugak. Disebabkan oleh mereka tidak menginginkan bangsa lain di bumi Israel, mereka melakukakan "sweeping" seperti yang berlaku di Indonesia sekarang oleh pengikut "Ganyang Malaysia".

Ketiga, Pengikut Ganayang Malaysia ini menyalahkan orang Malaysia di atas pemberian upah yang rendah kepada Tenaga Kerja Indonesia(TKI). Kesilapannya, dalam semua pekerjaan sekarang ini meminta gaji dinaikkan dan kontrak telah pun ditandatangani. Kalau ikut logik, kalau mereka tidak bersetuju dengan gaji tersebu, mereka tidak perlu bekerja. Kesilapan kedua, gaji TKI bukan semuanya rendah. kalau diikutkan bedasarkan rating, negara malaysia memberikan gaji minimum yang tinggi kepada tenaga kerjanya berbanding negara lain cuma bergantung kepada mata wang. Kesilapan ketiga, penipuan kepada TKI ini bukan tanggungjawab Malaysia sahaja, malah tanggungjawab bersama kerana agen mencari kerja di Indonesia yang menipu membawa TKI ke Malaysia.

Kempat, Masalah sumber Indonesia kehabisan di sebabkan oleh Malaysia menjadi sebutan pengikut Gnayang Malaysia ini. Sebenarnya, undang-undang di Indonesia menghadkan pengunaan sumber kerana memang peniaga Malaysia yang banayk membeli tanah pembalakan di sana, tetapi mereka berniaga secara sah untuk meningkat kemajuan keluarga mereka disebabkan mereka berkemampuan. Kalau pun peniaga tersebut berasal dari Jepun, perlukah disalahkan Jepun di atas pembelian tersebut?

Kelima, pengikut Ganyang Malaysia ini akan menggunakan masalah yang kecil untuk diperbesar-besarkan. Contohnya isu penangkapan oleh TLDM, isu sempadan dan kalimantan. Isu-isu ini semuanya telah diselesaikan cuma selalu dijadikan alasan apabila disalah ertikan. Memanglah apabila menagkap orang perlu digari, itu pun dipersoalkan. Malah kalau rakyat Malaysia ditahan di Indonesia, mereka perlu digari. Maka, tidakpun menjadi Ganyang Indonesia

Secara kesuluruhannya, Pengikut Ganyang Malaysia ini akan mencari ruang perbezaan di antara kedua-dua buah negara, walaupun sebesar biji saga atau pun berlaku pada 1964 dahulu. Malaysia selalu tersenyum kerana itu amalan tertangga mempunyai masalahnya, tetapi kita akan mencari kesamaan walaupun ia hanya pantulan cahaya lilin di malam hujan ribut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Berhentilah seketika bagi membiarkan kita menikmati saat-saat yang kita hadapi.