Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi

Selasa, 22 Februari 2011

Sabar separuh Iman

Adakalanya kita rasa, apa yg kita buat itu betul. Pepatah melayu ada menyatakan, ikut hati, mati, ikut kata, binasa. Dan benar, kita sering digalakkan bermusyawarah. Saidina Umar ra merupakan org yg cepat marah, tidak kiralah kpd adiknya sendiri. Diceritakan Saidina Umar boleh naik angin dgn cepat tetapi hati boleh dilembutkan dengan kata-kata Allah swt, dibukukan menjadi al-Quran. Ini berlaku sebelum Saidina Umar ra memeluk islam. Maka, kita pun boleh mengawal kemarahan dengan banyakkan bersabar, jangan kita memecah-belahkan diri kita dengan yg lain. Rasulullah saw bersabda "orang yg gagah bukanlah org yg menang bergusti, tetapi orang yg mampu mengawal amarahnya". Semua orang boleh mengawal amarahnya cuma hendak atau tidak hendak. Kita selalu akan tersalah pertimbangan sekirannya mempertimbang dengan salah. Namun, kaedah yg baik ialah belajar dari kesilapan, memohon maaf.

“Sesungguhnya taubat di sisi Allah itu adalah orang yang melakukan dosa kerana kebodohan dan kekhilafan mereka. Lalu mereka bertaubat dengan segera. Maka mereka itulah yang diterima taubatnya.” (Surah al-Nisa’, ayat 17)

Orang yg tidak pandai memohon maaf adalah mereka yg sombong. Janganlah kita menjadi manusia yg sombong. Hadis Nabi bermaksud "walaupun sebesar zarah sifat sombong atau riak, takkan kita masuk ke syurga." Jadi, Apa yg kita harapkan dengan rasa atau naluri manusia yg mudah sekali mengikut hasutan Syaitan? Pertimbangan yg waras tidak akan diperolehi. Firman Allah surah Al-Araf ayat 40 :
" Sesungguhnya orang yang mendustakan ayat2 kami dan menyombongkan diri terhadapnya, sekali-kali tidak aan dibukakan bagi mereka pintu2 langit dan mereka tidak akan masuk syurga hingga unta masuk ke lubang jarum. demikianlah kami memberi pembalasan kepada org yg buat kejahatan"
.
Oleh itu, dalam menghadapi gelora hitdup yg tidak keruan ini, kita mengharapkan agar setiap manusia bersabar dengan dugaan kerana sabar itu separuh daripada iman. Dan ketahuilah, dugaan ini sangat sedikit berbanding derita Rasulullah saw di bumi anbia.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Berhentilah seketika bagi membiarkan kita menikmati saat-saat yang kita hadapi.