Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi

Rabu, 16 Februari 2011

Salam Maulidur Rasul


Bagai titis jus buahan kembali ke air putih kesegaran alam, begitulah sepatutnya manusia kembali ke pangkal jalan. Dengan kembali menjenguk kebesaran Alam. Kini,kehidupan seorang pemimpin penuh kemewahan dan kedudukan. Realiti pemimpin serata dunia menggunakan kedudukan mereka untuk memperoleh sesuatu yang sukar. Namakan sahaja berapa juta atau bilion kekayaan untuk kesenangan diri. Ini ialah perbuatan mementingkan diri sendiri. Adakah semudah itu bergelar pemimpin? menandatangani sebuah kontrak atau mendermakan hartanya kepada masyarakat. Biar kita kembali membaca sejarah, seorang pemimpin yang berjaya memimpin kaum yang jahil, Arab jahiliah iaitu Nabi Muhammad saw. Kejahilan mereka meliputi kekeluargaan dan ekonomi. Menanam bayi perempuan, melakukan sumbang mahram dan mengamalkan bunga yang tinggi dalam perniagaan merupakan perbuatan Arab Jahiliah pada waktu itu. Lalu, memikul tanggungjawab tersebut, beliau memimpin kenalan rapatnya dan berkembang biak ke seluruh dumia arab waktu tersebut sehingga tercatat sebagai tamadun terbesar dunia mengatasi Mesir Mesopotamia. Begitu langkah2 beliau memipin dengan kebijaksanan dan kelakuan yang baik. Beliau tidak menggunakan kedudukan beliau untuk menafikan hak-hak manusia lain tetapi menggunakan kedudukannya bagi mempelopori kehidupan yang sederhana dikalangan rakyatnya. Dimudahkan cerita, kehidupan Nabi Muhammad saw sama seperti rakyatnya. Maka, pemimpin pada zaman ini wajar menyedari bumi ini masih sama. Dahargakan kegemilangan kita sebagai manusia, baik akhlak mahupun capaian pembangunan. Adakah pembangunan yang lebih hebat dari ketamduan manusia? Mungkin, pemimpin kini mengatakan "orang yang ditindas adalah mereka yang tidak berkedudukan" menyebabkan mereka tak ubah seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Namun mereka tersasar jauh dari lndasan. Bukan mereka sepatutnya menggunakan kedudukan untuk kepentigan sendiri sama menjadikan kaum Arab Jahilih sebagai ikutan tetapi menggunakan kedudukan untuk membina ketamadunan dengan Nabi Muhammad saw sebagai ikutan.

1 ulasan:

BG berkata...

salam maulud nabi~ =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Berhentilah seketika bagi membiarkan kita menikmati saat-saat yang kita hadapi.