Mungkinkah bingit Rempit bertukar letusan mercun?
![]() |
Aksi Rempit |
Hampir setiap malam Ramadhan di Jalan Parit Raja-Batu Pahat ini akan nyaring bukan oleh suara tahfiz tetapi motosikal yang berulang-alik mencari hala tuju. Kalau ia motosikal yang berbunyi merdu bak suara ngajian tilawah al-quran atau Dato Siti tidak mengapa lah, , ini tidak, bunyi yang memekakan telinga pada TENGAH MALAM sedang orang sekeliling hendak beribadah dan tidur bagi bangun awal keesokkannya.
![]() |
Aksi Supermen Rempit |
Lepak. Lumba
![]() |
Elak Kemalangan Maut |
Data kajian Forum Pengangkutan Antarabangsa Paris, ketika 30 negara menunjukkan penurunan kadar kematian jalan raya dari tahun 2000 hingga 2009, hanya tiga negara merekodkan peningkatan. Malaysia bersama Argentina dan Kemboja dengan Malaysia berada di kedudukan paling atas dengan kadar kematian tertinggi iaitu seorang bagi 100,000 penduduk. Kadar kematian akibat kemalangan di Malaysia adalah 6.3 kali lebih tinggi berbanding dengan United Kingdom (UK), Sweden dan Belanda. Ini bermakna bahawa 6.3 kematian di Malaysia bagi setiap satu nyawa penduduk UK pada tahun 2009.Kita bukan membantah daya kreativiti muda tetapi tidak mahu semangat ini disalah guna dan mengakibatkan kehilangan aset kepada negara. Barangkali tidak menyedari, perbuatan merempit ini juga boleh membawa kematian kepada insan yang tidak berdosa seperti orang yang baru pulang dari tarawikh atau kerja OT di kilang berdekatan. Kalau anda benar-benar berminat berlumba motosikal, jadilah seperti Zulfahmi Khairuddin, pemandu motosikal kelahiran Malaysia peringkat dunia dan cuba lah cari litar yang berdekatan contohnya Litar Pasir Gudang. Anda juga boleh layari laman sesawang di bawah untuk memperkembangkan minat anda :
http://www.johorcircuit.com.my/
http://www.motogp.com
Jiwa muda suka kelajuan tetapi jalan raya bukan medan perlumbaan. Jalan raya menghubungkan penempatan, boleh juga memutuskan hubungan antara hidup serta kematian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan