Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi

Ahad, 4 Ogos 2013

Kehidupan Debat Siri 2

Semejak bermula aku dalam debat ini,
aku mengikut jejak seniorku... tiga tapak generasi dikenangiku kerana mereka merupakan wajah debat yang aku lihat.

Generasi yang memulakan langkah sukar dalam debat adalah semestinya perintis debat UTHM..
bayangkan mereka dari golongan kejuruteraan hendak diadun menjadi pendebat yang memerlukan buah bicara untuk diperkatakan dan semestinya generasi ini lah nama-nama yang dikenangi ketokohannya, Dr. Afendi, Abg Zul, Kak Zuren...meluangkan masa, melempias kenangan debat dengan mencemar duli dalam pencarian bintang debat UTHM seboleh-boleh mereka.. sehinggalah generasi yang giat mencari peserta,

Kak Yong dan Kak Fatin...
Sungguh mereka golongan yang mesra tetapi berbisa


teringat kisah gelagat mereka bersama menaiki scooter merah yang selalu meyumbangkan jasa, ke hulu hilir mencari peserta, nasib scooter tu gagah membawa. Perjalanan mereka menganjur acara, kem sampai ke telinga kami juga, mereka membuat kem team-building yang penuh meriahnya. Jurutera yang bersemangat debat ^^ Kak Yong seperti biasa "masterchef" suka menghidangkan santapan diraja, kek coklat dan muffin kepada junior2.  Kak Fatin pula memang kaya falsafah hidup debatnya, "kita lawan jer!!" terngiang2 di telinga..meskipun dia sibuk membaca nota kuliahnya semasa junior sedang pertandingan debat, tangannya tetap menepuk meja, tanda sokongan buat kami semua. walau hakikatnya kami akan KALAH, tetapi dia bersungguh2 mengatakan tidak... haha..dan kami juga termotivasi . Sungguh aku berasa welcoming dalam keluarga debat ini. 
Generasi Kedua agak "gila-gila", bukan kurang cerdas akalnya... tetapi mereka sanggup mencari ilmu debat di hutan belantara. Kegilaan Abg Hakim dalam debat ini cukup hebat, ingatkah kisah aku berjalan kaki 20 minit ke UTHM untuk latihan, kisah ini adalah bersamanya dan dia ialah pembidas UTHM yang disegani. Bidasannya yang paling aku ingat;
"kalau perpaduan MUDAH dicapai dengan berlepas ke angkasa.  Jom kita semua naik roket ramai-ramai pergi ke angkasa" huhu... bidasannya mudah tetapi tepat.

Jane pulak pencipta slogan debat "Cakna ilmu dengan Meneroka Ilmu", jadi junior2nya akan diajar mencari maklumat sebelum berbicara andai tidak keSENTAPan lah alamatnya...huhu.. Chuan pula, mengajarku untuk meberi reponse persekitaran, pernah aku menggunakan pekataan "comel" dalam setiap pusingan kerana itu sahaja respone yang aku tahu pada ketika itu gara-gara ingin mengaplikasikan didikannya. Kegilaan generasi ini juga mewujudkan keriangan dalam keseriusan perdebatan dengan Umol, Kak Mira, Kak Beri, Azlan dan Abg Din. Teringat lagi kelas TEATER yang diadakan oleh Umol untuk membina karekter dalam perdebatan, sukar juga sehingga terpaksa belajar dengan Sang Dewi... dan sungguh kadang-kala memang lah ada pertengkaran dalam kalangan mereka semua tetapi adat adik-beradik, pasti tercantum semula. Mereka tidak akan pergi membawa diri kerana mereka profesional ketika berdebat dan debat adalah sebahagian hidup mereka. Setelah mereka hampir ke hujung karier debat setelah menghabiskan masa yang cukup lama, akhirnya rezeki tuhan tidak kemana, berbaloi lah dengan usaha mereka.Ada yang mendapat Johan, Naib johan, master, phD tetapi yang pasti mereka sentiasa bersama mengetahui perkembangan debat.

Generasi ketiga termasuk lah diriku, perjalanan ku bersama Datin Fazrina dan Datuk Azri memanglah sentiasa diingatanku... Aku pernah membuat onar, gara2 tertukar blazel, aku sampai mencari blazaelku sewaktu sedang berdebat kerana blazel aku hilang fokus...(waktu muda kaget la).. nasib lah mereka berdua cukup sempoi. Kami pernah bersama dalam misi kritikal membawa piala kejohanan semula ke UTHM menjadi johan Debat dalam Universiti yang akhirnya merangkul Johan.
Memandangkan kami ketiga-tiganya bersuara merdu... hahaha... maka apabila kami bersama junior, meskipun kami ini tidak dapat mengajar mereka sebaiknya, kami akan meluangkan masa dengan sesi karoke bersama. FYI, karoke memperjelaskan suara! tett. Mungkin diakhir karier kami tidak diletakkan sepasukan tetapi kami sentiasa menyokong usaha masing2. Berkat dorongan mereka juga lah aku berani menyahut debat perpaduan 2013 sebagai langkah terakhir kali debat untuk ku takkala aku sudah tekad menamatkannya. Syukur niat yang baik, ia merupakan "langkah kanan" dan Allah permudahkan jua. Terima kasih kepada keluarga debat yang menyokong dan tidak lupa mendoakan kejayaan tersebut. Terima kasih atas tunjuk ajar kalian semua. Kadang kala satu sebagai satu keluarga tidak perlu pun untuk berada dalam "pasukan utama" yang sama untuk menyerlah cukup sekadar saling memahami kesensitifan atau tetatertib perjuangan masing2, sebab itu kami bertiga serasi bersama. Harap junior2 ku boleh mempelajarinya.^^
Begitulah bahang debat secara ringkas aku dapat, ada lumpur tetapi cukup ku rasai kasih manis mereka bersama. Apalah guna sebuah gergasi andai ia tidak bernyawa? penuh kerumitan hanya membinasa.

Apakah junior-junior ku punya kisah yang sama?.. bersambung In Sha Allah

Jumaat, 2 Ogos 2013

Ramadhan Rempit

Tinggal beberapa hari lagi kita bakal meninggalkan bulan Ramadhan ini,
Mungkinkah bingit Rempit bertukar letusan mercun?

Aksi Rempit

Hampir setiap malam Ramadhan di Jalan Parit Raja-Batu Pahat ini akan nyaring bukan oleh suara tahfiz tetapi motosikal yang berulang-alik mencari hala tuju. Kalau ia motosikal yang berbunyi merdu bak suara ngajian tilawah al-quran atau Dato Siti tidak mengapa lah, , ini tidak, bunyi yang memekakan telinga pada TENGAH MALAM sedang orang sekeliling hendak beribadah dan tidur bagi bangun awal keesokkannya.

Aksi Supermen Rempit
Entah apa juga yang dikejar mereka ini, ingatkan dikejar polis trafik tetapi tiada juga bunyi siren polis yang menyebabkan mereka rempit ke hulu hilir jalan. Terfikir juga, adakah penduduk di sini sudah lali dengan karenah anak-anak muda yang lewat balik dan membuat bising di jalan raya?



Lepak. Lumba

Elak Kemalangan Maut
Belasan tahun meluru laju di jalan raya, saya tidak tahu sama ada saja menguji pandu motosikal masing-masing atau menempah maut. Tahukah anda, Jalan raya Parit Raja-Batu Pahat pernah "diangkat" menjadi no 1 untuk kawasan kemalangan jalan raya di Malaysia ini. Lebih merisaukan, kebanyakan muda-mudi "panas kepala" , tidak menggunakan helmet sewaktu merempit dan pada masa yang sama melakukan aksi-aksi hot seperti "supermen ke sisi tuhan".
Data kajian Forum Pengangkutan Antarabangsa Paris, ketika 30 negara menunjukkan penurunan kadar kematian jalan raya dari tahun 2000 hingga 2009, hanya tiga negara merekodkan peningkatan. Malaysia  bersama Argentina dan Kemboja dengan Malaysia berada di kedudukan paling atas dengan kadar kematian tertinggi iaitu seorang bagi 100,000 penduduk. Kadar kematian akibat kemalangan di Malaysia adalah 6.3 kali lebih tinggi berbanding dengan United Kingdom (UK), Sweden dan Belanda. Ini bermakna bahawa 6.3 kematian di Malaysia bagi setiap satu nyawa penduduk UK pada tahun 2009.
Kita bukan membantah daya kreativiti muda tetapi tidak mahu semangat ini disalah guna dan mengakibatkan kehilangan aset kepada negara. Barangkali tidak menyedari, perbuatan merempit ini juga boleh membawa kematian kepada insan yang tidak berdosa seperti orang yang baru pulang dari tarawikh atau kerja OT di kilang berdekatan. Kalau anda benar-benar berminat berlumba motosikal, jadilah seperti Zulfahmi Khairuddin, pemandu motosikal kelahiran Malaysia peringkat dunia dan cuba lah cari litar yang berdekatan contohnya Litar Pasir Gudang. Anda juga boleh layari laman sesawang di bawah untuk memperkembangkan minat anda :
http://www.johorcircuit.com.my/
http://www.motogp.com

atau anda suka beramai-ramai bermotosikal, ikutilah Kembara Mahkota .

Jiwa muda suka kelajuan tetapi jalan raya bukan medan perlumbaan. Jalan raya menghubungkan penempatan, boleh juga memutuskan hubungan antara hidup serta kematian.

Jumaat, 26 Julai 2013

Sekalung Penghargaan Bangsa

Tahukah anda, setiap manusia mempunyai perasaan.
Begitu jua lah kawan-kawan kita yang berbilang bangsa

Barangkali tinggal di Sarawak menyebabkan saya tidak memandang kepada warna kulit kerana kami memang lahir dalam kepelbagaian bangsa. Masyarkat Sarawak sememangnya terdiri dari anutan berbeza dan bangsa berbeza sehingga anda pun mustahil boleh membezakannya kalau berdasarkan paras rupa. Mungkin ini mengundang fitnah kurangnya didikan agama Islam terhadap pribumi Sarawak atau tahap kemajuan masyarakatnya. Tetapi keamanan ini dimiliki oleh mereka.

Perkembangan teknologi boleh sahaja dikecapi oleh mana-mana pihak tetapi bukan semua boleh hidup tenang dan aman. Ingatkah lagi kita kepada peristiwa 13 Mei 1969, dalam pergolakan kaum yang berlaku di Semenanjung tetapi ia tidak menular di Sarawak dan Sabah. Jawapannya bukan terletak pada betapa luasnya Laut China Selatan, ia sebenarnya terletak kepada masyakat pada ketika itu. Tiada dominasi yang wujud di Sarawak dan Sabah dari segi "ketamakan" atau "lebih baik".



Dari kecil lagi saya telah didedahkan dengan kepelbagaian budaya, ibu saya orang Melanau, pribumi Sarawak, manakala ayah saya, Melayu yang dididik dalam kacukan cina. Kawan-kawan saya yang manja juga datangnya dari pelbagai demografi, Iban, Kenyah, Melanau, Melayu, Cina yang akhirnya menyebabkan saya TIDAK memilih teman berdasarkan warna kulit mereka tetapi pada keperibadian mereka. Satu pekara yang jelas mengenai kami sekawan ini, jarang sekali mengeji berdasarkan bangsa apa mereka dilahirkan. Nah, bukankah ini sesuatu yang positif untuk perpaduan ^^

Arkib MyBestFriend ^^
 Daripada kawan-kawan pelbagai bangsa lah saya menghindari semangat perkauman dan mengenali indahnya semangat perpaduan. Terima Kasih Allah kerana mencorakkan kehidupan saya dengan pelbagai bunyi gelak tawa. Paling tidak dilupa, ketika mereka keluar bersama-sama saya, mereka akan memberikan ruang buat saya untuk berpuasa atau solat. Indah kan, hidup begitu. Anda cuba lah berkenalan dengan kawan dari berbilang bangsa, jangan anda terus menyangka mereka akan memahami terus, itu malaikat namanya. Namun, terangkan pada mereka pekara yang anda lakukan dan tidak terus naik darah takkala mereka mulai menyoal bagi memahaminya. Sehinggalah ke peringkat Universiti saya berkawan dengan pelbagai bangsa dan saya suka bertanyakan kisah hidup dan bertukar pandangan dengan mereka.

^^ Miss u guys a lot ^^
Pernah saya di tanya oleh salah seorang kawan saya berbangsa cina , "apakah salah saya? Saya juga Miskin, tinggal di pedalaman. Mengapa saya disisihkan dari bantuan kerajaan?"  Sedang saya tahu, dibandingkan dengan orang Melayu sendiri, dia di antara yang paling pandai dalam Subjek Bahasa Melayu yang kebanyakan orang Melayu sendiri tungang langgang penggunaannya. Saya Malu utk menjawabnya. Patutkah saya kata "ini sebab nenek moyang awak" Sedang bagi saya, dia masih sama seperti saya yang akhirnya mungkin dari jawapan sebegitu akan menyebabkan dia benci kepada kaum tertentu. Bukan bermaksud saya tidak mensyukuri apa yang diberi kepada saya tetapi keadilan ruang untuk dia yang miskin dari kaum bukan bumiputera harus dipertimbangkan. 

 Meskipun hidup mereka ibarat pelarian di bumi sendiri, muncul individu-individu yang masih merasakan Malaysia adalah ibu pertiwi. Berjuang untuk keamanan dan kebanggan negara. Tahniah Datuk Lee Chong Wei, Nicol Ann David, dan baru-baru ini Joseph Germani dalam "Videonya Mamat Cina Puasa Sehari". Mereka mempertaruhkan bakat keativiti, tidak dilupa usaha bagi dijadikan tauladan oleh kita semua.
Joseph Germani
Link Video Jo : http://www.youtube.com/watch?v=I3c-e1ZEuEM

Namun sungguh tragis juga, melihat kebejatan segelintir masyarakat yang "menghangatkan" masalah pekauman dan agama seperti saudara alvian dan Vivian yang menyiarkan gambar penghinaan kepada muslimin yang berbuka puasa. Ini bukannya kali pertama masalah sebegini berlaku yang membangkitkan isu perkauman malah seperti peristiwa tetak-menetak dan tembak-menembak di Utara baru-baru ini dikaitkan juga dengan masalah perkauman. Masalah perkauman yang paling perit di catatkan oleh sejarah adalah Holocaust di Jerman yang membunuh ramai insan yang tidak berdosa, lahir dari kebencian terhadap Bangsa yahudi. Peristiwa Palestin dan Israel, setiap tahun pasti berlaku tumpahan darah sama seperti Rohingya, yang kedua-duanya menghadapi isu keagamaan. Ini lah yang bakal berlaku andai kita tidak memberhentikan semangat perkauman dalam diri anak-anak muda. Petumpahan darah dan hilang aman.


Kita sebenarnya boleh memilih, mendidik masyarakat untuk terus menanam kebencian terhadap kaum lain atau kita memilih untuk mulai menyokong perpaduan yang pada sudut pandang saya sedang berada di persimpangan jalan perpaduan. Tinggal ia roboh atau kukuh. Pilihlah jalan yang terbaik tetapi asasnya terpaksa kita bekorban ketakutan tinggal sebumbung. Tidak mengapa tinggal sebumbung, asal semua mendapat untung. Tak nak keamanan? Ia tidak mustahil kerana Tamadun Islam 500 tahun hidup aman meskipun di tanah suci Mekah juga mempunyai penduduk Yahudi dan berbilang suku kaum.


Isnin, 22 Julai 2013

Kehidupan Debat Siri 1

Sebenarnya kejayaan lahir daripada kegagalan

Aku memulakan langkah debat, seni penyampaian kritis ini sejak dari tahun pertama di universiti. Alkisahnya dicari oleh Janifal, pendebat senior UTHM dalam minggu haluan siswa sewaktu menjalani latihan Sajak untuk persembahan kolej kediaman. Perkataan pertama darinya "sedap suara adik, nak join debat x?" ^^ "Saya tiada pengalaman" begitulah pertikaian pertama yang dilakukan oleh ku. Bayangkan sahaja aku ini yang tidak mempunyai pengalaman dalam perdebatan ini disuruh mencuba. Aku benar-benar tidak mengemari debat ini yang aku rasakan diriku ini tidak petah dan kalau di peringkat sekolah dulu pun hanya sekali dua dalam sajak dan syarahan. Barangkali yang akhirnya membawaku untuk mengikuti debat adalah keinginan memperkembangkan bakat ku. Itu kisahku di awal Debat muncul dalam hidupku. Aku kira, ini mungkin tidak dialami oleh mereka yang empunya pengalaman yang sepatutnya lebih berani berbanding diriku yang sekadar mencuba nasib.

Aku mulai mengenali debat ini malalui keluarga Debat, ramai senior-senior ku gigih mempelajari dan mengajarkan ilmu debat mereka kepada ku. Kegigihan siang malam belajar bersama Abg Hakim, ketegasan Kak Fatin, celoteh Umol, kajian Janifal, analisis Chuan dan lain-lain banyak membantuku menanam tekad menceburi debat. Aku mengagumi kesungguhan mereka, meskipun sibuk, mereka tetap akan memeriahkan latihan debat yang bakal diadakan. Meskipun kadang kala tinggal jauh dari tempat latihan, mereka gigih berjalan kaki atau tumpang motorsikal kawan semata-mata untuk ke latihan debat. Pernah Aku bersama senior ku berjalan dari kolej kediaman pewira sehingga ke kampus UTHM utama, dalam 20 minit perjalanan semata-mata untuk membuat latihan debat cukup teruja pada ketika itu. Pernah jua kami membuat latihan di kawasan terbuka di bawah kemah yang panas dan di kafe kolej kediaman. Sungguh pada ketika itu kami mencuba untuk melatih diri yang sedia lemah asasnya untuk "menunjukkan" sisi lemah diri kami. Haha

Aku juga menunggu bus loceng di luar kampus semata-mata untuk datang awal dan sanggup meredah hujan dek takut kelewataan. Semangat ini sampai ke mana fikirku setelah 2 tahun menapak dalam debat, mungkin aku x akan berakhir dengan sebuah kejohanan, mengapa aku teruskan? apakah sasaranku? perit jerih ku menyebabkan kadang kala aku sebak sendiri. Mungkinkah di sisi Tuhan ia diambil sebagai amal soleh? tapi bagiku kejayaan hanya untuk orang yang layak dan aku percaya andai aku layak, aku akan diberikan kejayaan ^^

Namun, dalam mana-mana proses pembelajaran kendiri, semangat untuk berusaha itu harus ada. Debat itu suatu ilmu yang perlu dipelajari. Setelah dua tahun, aku bergelar senior debat apabila berjaya bersama-sama menembusi suku akhir Debat FOMCA atau Pengguna pada ketika itu. Telah ku tonton bagaiman debat ini mengubah peribadi seseorang itu menjadi lebih baik terutama junior ku. Bersambung...

Lirik Lagu Dwihati- Yuna dan Aizat

Dirimu bagaikan
Sebuah lukisan
Penuh warna
Penuh seni
Tak layak ku miliki

Jangan kau berpura
Engkau juga sama
Membuat aku rasa tenang
Hatiku kau miliki

Dengarkan gurindam
Inilah lagu cintaku padamu
Andainya
Ku hilang
Biarlah lagu ku jadi temanmu

Diantara kita
Suka sama suka
Aku pasti kau punya hati
Ingin bersama jua

Oooo

Tidak semestinya
Semua cerita cinta
Kan berakhir sesempurna
Seperti kita impikan

Dengarkan gurindam
Inilah lagu cintaku padamu
Andainya
Ku hilang
Biarlah lagu ku jadi temanmu

La la la la
La la la la
Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2013/04/lirik-lagu-dwihati-yuna-aizat-amdan.html#ixzz2ZjVk49fq

Selasa, 16 Julai 2013

Kesukaran Al-Quran

Membaca Al-Quran merupakan sesuatu yang sukar bagi diri saya...
bermula dari mengenal hurufnya yang kadang kala pun boleh terlupa...
kadang kala timbul jua rasa ingin berhenti berusaha, sekadar terkumat-kamit membaca apa yg dihafal sahaja...
Namun entah mengapa ya... meskipun sukar saya terus gigih berusaha..
Seorang kawan banyak mempengaruhi saya dalam hal ini....
Dia sangat rajin mempelajari Al-Quran, tidak lah seperti saya dalam seminggu mungkin sekali dua membuka helaian Al-quran. Mungkin kerana kepayahan dia selama ini menyerikan hari-hari kesunyian dengan membaca Al-quran menyebabkan dia semakin rajin mengamatinya. Al-quran umpama peneman hidup dia dalam ketiada isteri mahu ibu bapa.
Apakah yang menarik tentang dia? Dia juga buta Al-quran seperti saya tetapi walau setakat sedikit tetap dia membacanya. Tergagap-gagap sehingga lama menunggunya.

Satu pekara yang jelas bezanya dia berbanding yang lain, selalu berceloteh memanjang dan setiap kesusahan dalam hidupnya berlalu bagai air dan melebarlah kejayaan. "Berkat"




Dalam Al-Quran Allah S.W.T berfirman Surah Al-Maidah 14&15:
Sesungguhnya telah datang kepada kau cahaya kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata kebenarannya dengan itu Allah menunjukkan jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya dan denganya Tuhan keluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang benderang dengan izinNya dan dengannya juga Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang betul dan harus.
Ringkasnya drpd ayat di atas hikmah Al-quran ialah diberikan jalan keselamatan dengan dikeluarkan dari kegelapan (kesusahan). 
Dan kadang kala saya terfikir, mengapa ramai juga yang membaca Al-Quran tetapi cepat melenting, cepat marah, cepat memusuhi manusia lain? Sedangkan sifat-sifat yang baik itu dididik dalam Al-Quran...Banyak kes-kes berlaku dalam masyarakat termasuklah dari sekolah-sekolah Agama. Apakah tidak terlindung pembaca Al-Quran dari sifat-sifat keburukan?



 Sebenarnya, keikhlasan ia berbeza jika dibandingkan insan yang memang mudah membaca Al-Quran mempelajarinya berbanding insan yang memang buta Al-Quran mempelajarinya... Diibaratkan seperti antara manusia yg celik dan buta matanya.Orang yang celik tidak menyedari kelebihan mata sehingga lah mereka hampir buta dan orang yang buta andai dapat melihat berkeinginan memandang wajah kesayangannya.. Lihat perbezaannya pada pemahaman atara yang si celik dan si buta. Benarlah seperti kata-kata Imam AlGhazali;
Wahai pembaca yg patut dikasihani dan tidak berdaya! Apa yang engkau dapat dari membaca al-Quran hanyalah berupa gerakan lidah. Seandainya engkau merenungkan apa yang engkau baca, maka hatimu akan hancur oleh apa yang membuat rambut Rasullullah s.a.w beruban. Tetapi kalau engkau sudah merasa cukup puas hanya sekadar menggerakkan lidah, engkau tidak memperolehi buah al-Quran.



Buah Al-Quran atau hasilnya daripada Al-Quran adalah pemahaman bukannya kelancaran bacaan.

Lalu tidak mengapalah andai kita belajar ala-ala siput (sekali arnab melompat, 30minit siput mengengsot) asalkan kita kekal dalam barakah dan memahaminya. Jangan malu untuk mempelajari Al-Quran kerana Dari Aisyah r.ha : 
Nabi saw bersabda, “Orang yang ahli (mahir) dalam Al-Quran akan bersama dengan para malaikat yang mulia lagi benar. Orang yang terbata-bata (merangkak-rangkak) dalam membaca Al-Quran dan dia bersusah payah mempelajarinya, untuknya pahala dua kali lipat.” [Hadis 1454]

In shaa Allah kelebihan satu pahala itu ada pada kita. Amin

Selasa, 25 September 2012

Perjalanan Merdeka



Karya Awang Mohd Nurjihan Awg Ali

Dari kekuda seorang Pahlawan,
Dari dendangan seorang Biduan,
Bumi ini menjadi saksi
Tumpah darah Dato’ Bahaman,
Pekikan batin Tunku Abdul Rahman.

Setelah badai penjajahan dibelah,
Laungan keramat bergema
Menyerlahkan fajar keamanan Negara.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Kebangkitan laungan merdeka di Bandar Hilir, Melaka
Pusara ketamadunan masyhur Parameswara,
Belarutan ia sehingga ke Padang Merdeka
Menjalar lalu 5 dekad lamanya.

Semangat sama, generasi berbeza,
pohonnya sama, dahannya berbeza,
Generasi ini ligat mencerca
Tinggal bertatih lena menunggu bencana,
Kemerdekan digurisi, Kebebasan disalah erti,
Hidup ini untuk apa?
Hilang semangat perpaduan Tun Abdul Razak,
Hilang semangat kesetian Tun Hussein Onn,
Hilang semangat juang Tun Dr. Mahathir Muhammad!
Hilang insan persis Tun Abdullah Haji Ahmad Badwi.

Ingat,
Penjajah tidak pernah lelah
Mencarik sulaman padu anak watan
Durjana, mengintai sekilas kesempatan dalam kesempitan penglihatan
Kekallah buta, si buta sesat akan makna pejuangan.

Sejarah mengajar kita,
Letaklah diri pada tempatnya,
Dirimu bukan untuk dijaja
Merana diseret merata.
Tiang Negara bukan pada tanah air yang merdeka,
Bukan juga pada indah budaya,
Tetapi pada janji kita,
Sebati satu Malaysia
Realisasikan Malaysia merdeka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Berhentilah seketika bagi membiarkan kita menikmati saat-saat yang kita hadapi.