Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi

Khamis, 29 Ogos 2013

Kehidupan Debat Siri Ketiga

Pesaraan dunia debat adalah satu kerinduan tetapi adat kehidupan, kelatnya ditelan juga. Tahun 2013 menyaksikan pesaraan Chuan, aku dan Abg Hakim daripada dunia debat khususnya pertandingan debat lantas arena ini akan diisi oleh semangat-semangat baru, junior-junior ku. Selepas pesaraan akan kurang lah waktu "mendampingi" latihan-latihan debat dan adik-adik junior, ku doakan mereka berjaya dan semoga asas yang mereka pelajari akan dipraktikkan selalu.

Tahun ini juga adalah pesaraan Miss Ng selaku penasihat debat UTHM, setelah beliau bersama kami meniti perjalanan debat dari senior-senior ku sehingga lah detik Debat Perpaduan ku. Dia umpama ibu kepada pendebat-pendebat UTHM. Meskipun dilanda "gosip hangat" tetapi tiada siapa boleh menafikan sumbangannya meningkatkan efisiensi pengurusan debat kami sehingga diangkat di Universiti.
Abg Taslim
 Tidak dilupa teman rapat pendebat, Abg Taslim yang sentiasa senyum sudi membantu. Beliau Abang kepada pendebat2 semua, diuruskan perjalanan kami umpama adik-beradiknya. Seakan dia sudah mampu menjaga ragam kami pendebat yang selalu lalai dari segi pengurusan.. maafkan menyusahkan Abg Taslim :P.. Begitu juga dengan Kak syikin, Wak Khoiri, Pak Cik Jumatli, Encik Kamarul yang berkelapangan membantu kerancakkan debat UTHM.

Penghargaan juga kepada Naib Canselor, Prof Noh Dalimin beserta TNC HEP Prof Amir ^^ yang sering menitik beratkan pendebat-pendebat UTHM sedang kami minoriti tetapi usaha kami tetap mereka pandang.


Kesengsaraan serta kegembiraan kami juga turut dikongsi bersama teman-teman debat rapat bermottokan " berat sama dipikul, ringan sama dijinjing". Kehadiran mereka menyebabkan kehidupan minoriti debat tidak seperti terpinggir oleh masyarakat.... Mereka lah yang menyahut debat takkala yang lain diam tanda protes. ^^








 Hampir setiap generasi juga mereka memerah keringat khususnya dalam Debat Inter-Universiti yang diadakan setiap tahun bermula dari zaman Kak Yong sehingga yang terbaru. Maksudnya, setiap generasi akan mereka kenali bersama-sama. Idea dan perkongsian mata kalayak mereka hadiahkan buat diri kami pendebat  dan mereka lah juga tempat meluah perasaan takkala menghadapai liku-liku perdebatan. Mereka tidak kekok membantu, mereka kadang kala bertugas "multi purpose" Yang Dipertua, penjaga masa, juri, meskipun mereka sibuk dengan urusan masing-masing dan tidak mendapat bayaran. Teman sebegini lah yang diingini oleh setiap kelab, sentiasa menyokong usaha-usaha yang dilaksanakan dan membuat akhtiviti-aktiviti debat memang memenatkan menjadi ringan. 

Teringat aku petikan kata yang cukup aneh, ada sebilangan  menyamakan pertandingan debat ini sama seperti sukan..haha..yang akhirnya mereka beranggapan disebabkan jumlah kami yang sedikit tidak layak mendapat ganjaran. Hal ini tidak tepat, sukan tidak sama seperti debat; sukan yang strateginya dirangka oleh jurulatih dan pemainnya hanya fokus kepada suatu bahagian tertentu tetapi debat ini lebih kepada strategi pemikiran pendebat itu sendiri dalam memahamkan masyarakat dan jurulatih berfungsi meningatkan sahaja. Lihat, ini lah yang terjadi andai Pendebat mengasingkan diri dari kelompok pengurusan dan penyokong.

Sedikit pengalaman ku bersama junior2 yang agak berbeza semangat mereka takkala mereka bangun awal apabila dikejutkan.. ia sebenarnya jarang dilakukan pada zaman kami..bunyi mcm tua sgt dah huhu..
Namun disebabkan semangat mereka mempelajari dan disiplin, usaha mereka diperlihatkan Ilahi dengan pada usia muda berada di separuh akhir, ia jarang sekali terjadi sewaktu kami bergelar junior dahulu. dan pekara yang sangat melucukan apabila teringat peristiwa ketika berjalan2 ke dewan roll-call kelihatan seekor anjing lalu, "mengejutkan" kerana anjing yang tidak berbunyi dan mengejar telah menakutkan junior2 ku lari jauh sekali ke belakang haha. sungguh bebaloi mengingatinya... haha

Dengan ada ikatan yang kukuh lah menyebabkan debat tidak akan jatuh kerana kita akan sentiasa ada mereka menjadi penasihat dan penyokong. Mereka adalah sahabat yang setia. Kita lalai, akan ditegur supaya bangun. Andai lemah, mereka mendukung. Sungguh benarlah bidalan lama "Kawan ketika senang banyak sekali, Kawan ketika menangis tiada galang gantinya". Jadi hargai lah sesiapa yang sentiasa menyokong pembangunan debat kerana bukan semua faham erti kesukaran debat ini.

Penutupan Siri Kehidupan debat ini aku sebenarnya mempecayai junior-junior ku empunya masa depan yang cemerlang serta kami telah memberikan "pembaris serta peralatan lukisan" kepada mereka umpama asas kepada keadaan lukisan masa depan mereka sendiri cuma mereka harus melukis apa yang mereka ingini bersama asas yang telah kami didik In sha allah menyebabkan mereka tidak cacat piawainya. Semoga berjaya Juniorku dalam meneruskan kejayaan Debat UTHM!!



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Berhentilah seketika bagi membiarkan kita menikmati saat-saat yang kita hadapi.